Random Post

Tuesday, 1 March 2011

Usahawan Melayu Semakin Kritikal

Salam semua kepada pembaca JariPlastik & NineMustafa sekalian,

Entry kali ini Labi-Labi tergerak nak menulis tentang kejadian yang amat kritikal pada waktu kini iaitu Usahawan Melayu.

Keusahawanan ialah satu konsep yang dijayakan melalui daya usaha seseorang individu itu sendiri. Keusahawanan ini juga boleh memupuk ramai ahli perniagaan daripada golongan Bumiputera khususnya Melayu seperti Labi-Labi dan anda diluar sana.

Tetapi apa yang Labi-Labi mahu bincangkan sekarang adalah berkenaan JUTAWAN bumiputera khususnya Melayu yang kaya raya tetapi tiada inisiatif untuk menolong bangsanya sendiri. Kenapa hal ini boleh terjadi? Adakah mereka mahu kaya seorang diri tanpa memikirkan menolong saudara seagama dan sebangsa itu sebagai satu fardhu kifayah?

Apabila melihat cerita " The Apprentice " yang dikelolakan oleh Donald Trump iaitu seorang jutawan yang terkenal di Amerika Syarikat pada hemat Labi-Labi, beliau ( Donald Trump) itu adalah satu insan yang bijak dan tidak mampu dipertikaikan lagi bagaimana beliau mampu membina empayar Trump seperti yang beliau ada sekarang ini..

Kembali kepada " The Apprentice " , program terbitan Chanel NBC  daripada idea asal Mark Burnett. Pada hemat Labi-Labi, mengapa tiada pembikin program realiti yang mahu mengambil peluang untuk menjayakan sebuah program seperti program ini? Labi-Labi masih teringat dahulu pernah ada program mencari kerja seperti ini tapi hanya sekadar bertahan selama satu musim sahaja.

Labi-Labi bingung kenapa mereka tidak meneruskan program seperti ini daripada membuat program realiti yang berbentuk hiburan seperti Akademi Fantasia yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia berfantasi untuk menjadi seorang artis yang bagi Labi-Labi langsung tiada nilai langsung dari segi persembahan mahupun suara. Tidakkah kamu tahu bahawa semua itu hanya mengundang dosa berlipat kali ganda?





" The Apprentice " memaparkan 16 - 18 jenis perniagaan yang berlainan dalam setiap episod  yang dapat menguji tahap kreadibiliti, kerjasama dan leadership . Program ini menawarkan USD250,000 untuk pemenang program realiti tersebut dan menjadi nadi penggerak didalam salah satu syarikat milik Donald Trump. Labi-Labi agak terkilan kenapa tiada pihak yang mahu tampil untuk menjayakan program seperti ini, jika para Billionaire yang ada di Malaysia cuba melaksanakan program seperti ini mungkin ianya adalah satu yang amat-amat bernilai dan para pelabur yang membuat rancangan realiti ini kerana keuntungan daripada hak penyiaran program itu mungkin dapat meliputi kos-kos yang mereka laburkan untuk memberi hadiah kepada pemenang dan sebagainya.

Labi-Labi amat berharap agar ada rancangan seperti ini di Malaysia kerana sesiapa yang menjadi pelabur seperti Donald Trump itu semestinya sangat-sangat beruntung kerana dapat menguji para peserta secara intensif  dan hanya yang betul-betul berpotensi sahaja yang mampu menjadi pekerja di empayar Trump. Selain itu mereka dapat menaikkan portfolio syarikat mereka dan dapat memperkenalkan syarikat mereka di seluruh pelusuk dunia.

Labi-Labi amat berharap kepada manusia-manusi yang bergelar Jutawan ini tidak lokek untuk memberi bantuan daripada hanya memenuhkan poket mereka sendiri sahaja seharusnya mereka perlu bersama-sama memajukan ekonomi orang-orang Melayu samaada didalam atau diluar bandar.

Lelabi : Jangan Jadi Boneka


No comments:

Post a Comment