Random Post

Wednesday 25 July 2012

Tutorial : Tingkatkan Prestasi Komputer Menggunakan Pendrive

Hi guys, Kali ini Labi-Labi nak ajar macam mana nak buat pendrive anda semua jadi virtual memory dan tingkatkan prestasi komputer anda dengan lebih effisen.. Ok just follow je step dekat bawah nie je..

TINGKATKAN PRESTASI RAM MENGGUNAKAN VIRTUAL RAM

1) Masukkan pendrive kedalam PC/laptop.

2) Right Click pada My Computer.

3) Open properties.

4) Pergi ke Advanced Option.

5) Sekarang select Settings of Performance.

6) Sekali lagi Click pada Advanced Button yang terpapar pada popup Window.

7) sekarang click pada Change button shown in Virtual memory.

8) Select the available memory of your removable USB/Pendrive.

9) Set the value and apply the changes.

10) Restart your PC/Laptop and Thus you are done.

Visit here for more info : VISIT

Click Sini untuk tabung LabiLabi

Monday 16 July 2012

MyDreamVacation : Phi Phi Island

Hai semua para pembaca blog Jari Plastik sekalian. Sungguh lama rasanya Labi-Labi tidak active dalam penulisan blog sejak kali terakhir Labi-Labi post entri.


Kali ini tanpa membuang masa, Labi-Labi nak share dengan anda semua satu tempat percutian yang ada dalam list TO GO Labi-Labi nie lah kan iaitu Phi Phi Island ataupun Pulau Phi Phi. Pulau ini terletak di Phuket Thailand. Para pengunjung yang berhasrat untuk ke pulau ini boleh pergi kesana melalui khidmat penerbangan tambang murah AirAsia ke Phuket ataupun melalui jalan darat daripada Perlis.


Pulau ini telah menjadi tumpuan para pelancong asing dan acap kali menjadi tumpuan para pembikin filem Hollywood untuk membuat penggambaran disini sebagai contoh "The Beach". Pantai disana menjadi pilihan adalah kerana keputihan pantainya dan kebiruan warna air lautnya.

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disana ( sila rujuk gambar )
Speed Boat Tour
Maya Bay Camping
Berenang Bersama Jerung
Labi-Labi harap Labi-Labi dapat merealisasikan impian untuk pergi ke Phi Phi Islan ini kerana Labi-Labi memang minat gila dengan air laut dan hidupan marin.. Jadi anda boleh membantu Labi-Labi dengan klik mana-mana iklan nuffnang yang tertera sebagai sumbangan ikhlas anda kepada Labi-Labi


Click Sini untuk tabung LabiLabi

Wednesday 8 February 2012

Buddha Itu Adalah Nabi Zulkifli?

WARNING!!! Entry Ini agak panjang sedikit. Anda diminta bukakan minda anda dan kita sama-sama berfikir samada Gautama Buddha ini adalah Nabi atau tidak kerana beliau tidak pernah meminta dirinya untuk disembah. Beliau hanya meminta orang (pada zamannya) berbuat baik dan mentaati satu sama lain
Benarkah Buddha adalah Nabi Zulkifli a.s? Apakah bukti Buddha adalah Nabi Zulkifli? Kalau kita semak dan pelajari riwayat hidup kedua2 tokoh ini... maka ada kemungkinan 90 % mereka adalah orang yang sama...
1. Menurut Abu’l Kalam Azad (seorang Urdu scholar), Sang Buddha (Buddha Shakyamuni) yg dikenal sbg guru suci bagi umat Buddha tidak lain adalah Nabi Zulkifli, yg dlm Al-Quran disebut sbg Nabi yg mempunyai tingkat kesabaran yg tinggi, dan sangat baik. Dalam bahasa Arab Zulkifli sendiri berarti “orang yg berasal dari Kifl”. Sedangkan Kifl itu sendiri, masih menurut Kalam Azad, merupakan nama Arab utk Kapila (singkatan dari Kapilavastu).
2. Buddha Maitreya yg dikenal dlm agama Buddha sbg “Buddha yg akan datang” menurut beberapa analisa tidak lain adalah Nabi Muhammad. Dalam kitab Chakkavatti Sinhnad Suttanta D. III, 76 bisa ditemui: “There will arise in the world a Buddha named Maitreya (the benevolent one) a holy one, a supreme one, an enlightened one, endowed with wisdom in conduct, auspicious, knowing the universe“.
SIAPAKAH NABI ZULKIFLI
Zulkifli bermaksud sanggup menjalankan amanah raja. Menurut cerita, raja di negeri itu sudah lanjut usia dan ingin mengundurkan diri daripada menjadi pemerintah, tetapi beliau tidak mempunyai anak.
Justeru, raja itu berkata di khalayak ramai:"Wahai rakyatku! Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada waktu malam. Selain itu, sentiasa bersabar ketika menghadapi urusan, maka akan aku serahkan kerajaan ini kepadanya."
Tiada seorang pun menyahut tawaran raja itu. Sekali lagi raja berkata:"Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada malamnya serta sanggup bersabar?"
Sejurus itu, Basyar dengan suara yang lantang menyatakan kesanggupannya. Dengan keberanian dan kesanggupan Basyar melaksanakan amanah itu beliau diberi gelaran Zulkifli.
Baginda juga adalah nabi yang cukup sabar seperti firman Allah, bermaksud:
"Ismail, Idris dan Zulkifli adalah orang yang sabar dan Kami beri rahmat kepada semua kerana mereka orang yang suka bersabar."
SIAPAKAH SIDDHARTHA GAUTAMA
Pada akhir abad ketujuh S.M. (tahun 623 S.M.), lahirlah seorang yang bernama Siddhartha Gautama di bandar Kapilavastu/Kapilavathu (Kapil, lidah Arab menyebut Kafil @ Kafli). Siddhartha Gautama merupakan putera kepada Raja Suddhodana dan Permaisuri Maha Maya. Raja Suddhodana dari keturunan suku kaum Sakyas, dari keluarga kesastrian dan memerintah Sakyas berdekatan negeri Nepal. Manakala Permaisuri Maha Maya pula adalah puteri kepada Raja Anjana yang memerintah kaum Koliya di bandar Devadaha.
Sebelum kelahiran Buddha: Permaisuri bermimpi dibawa oleh 4 orang dewa ke sebuah gunung yang tinggi. Kemudian, permaisuri melihat seekor gajah putih yang cantik. Pada belalai gajah itu terdapat sekuntum bunga teratai. Gajah mengelilinginya 3 kali sebelum masuk ke dalam perut permaisuri.
MAKSUD ISTILAH BUDDHA
Dalam agama Buddha, perkataan Buddha bermaksud 'seorang yang bijaksana' atau 'dia yang mendapat petunjuk'. Kadang kala istilah ini digunakan dengan maksud 'nabi'. Gautama Buddha pernah menceritakan kedatangan seorang Antim Buddha. Perkataan Antim bermaksud 'yang terakhir' dan Antim Buddha bermaksud 'nabi yang terakhir' (Antim terakhir yang dimaksudkan ialah Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir). Pada saat kematian Gautama Buddha, beliau memberitahu perkara ini kepada pengikut setianya bernama Ananda.
Makna "Nabi" dalam bahasa Arab (berasal dari kata naba yang bererti "dari tempat yang tinggi"; kerana itu orang 'yang di tempat tinggi' dapat melihat tempat yang jauh). Nabi dalam bahasa Arab sinonim dengan kata Buddha sebagaimana yang difahami oleh para penganut Buddha. Sinonimnya pengertian ini dapat diringkaskan sebagai "Seorang yang diberi petunjuk oleh Tuhan sehingga mendapat kebijaksanaan yang tinggi menggunung".
RINGKASAN KISAH SIDDARTHA GAUTAMA
Kelahiran Bodhisatta (Bodhisattva, bakal Buddha atau bakal mencapai Pencerahan) pada tanggal 623 S.M. pada bulan purnama Vesak. Selepas sahaja Bodhisatta dilahirkan, Permaisuri Maha Maya mangkat selepas tujuh hari melahirkan anak.
Pada hari kelahiran Bodhisatta telah disedari secara ghaib oleh seorang tua yang sedang bertapa di kaki gunung Himalaya yang digelar Asita Bijaksana (nama asalnya Kala Devala). Asita bergegas ke istana pada keesokannya untuk melihat dan menilik putera Raja Suddhodana.
Asita mendapati terdapat 32 tanda utama dan 80 tanda kecil menunjukkan Bodhisatta bakal menjadi Manusia Agung dan Guru Agung kepada manusia dan dewa-dewa (i.e. Jin dan Malaikat, kelemahan umat Hindu dan Buddha ialah tidak dapat bezakan antara Jin dan Malaikat yang keduanya dipanggil DEWA-DEWA).
Asita menangis kerana sedih tidak sempat mendengar ucapan dan pengajaran Buddha di masa akan datang, beliau kemudian berlutut tunduk hormat kepada bayi Bodhisatta.
Kenyataan terakhir Asita ialah Bodhisatta hanya akan menjadi salah satu dari dua iaitu sekiranya ia kekal membesar dalam istana dia akan menjadi Maharaja Agung manakala kalau dia berjaya lari dari istana maka dia akan menjadi Mahaguru Agung.
Upacara menamakan putera raja diadakan pada hari kelima selepas Boddhisatta dilahirkan. Pada akhir majlis itu, 108 orang bijaksana memutuskan nama yang sesuai untuk putera raja iaitu SIDDHARTHA GAUTAMA yang membawa maksud ‘Cita-Cita Terkabul’.
Siddhartha kemudian membesar di istana dan belajar kepada seorang guru istana bernama Sirva Mitra. Beliau menjadi pelajar yang luar biasa pintar dan mahir dengan ilmu ketenteraan. Yang menjadi kehairanan kepada orang disekeliling dan gurunya ialah sifat Siddharta yang sensitif terhadap penganiayaan hinggakan tidak ada seorang pun yang beliau lihat menganiaya binatang kecuali mencegahnya serta merta.
Malah beliau sangat bersedih melihat para petani berkerja keras membajak tanah dibawah terik matahari menyebabkannya lari ketempat lain ke sebuah pokok(Tiin-Bodhi) dan duduk di sana secara bertafakur (samadhi) untuk membuang stress.
PERSAMAAN NABI ZULKIFLI DENGAN SIDDARTHA GAUTAMA
Maka berbalik kepada maudhu' perbahasan, benarkah Buddha itu disebut dalam Al-Qur'an? Sebenarnya tidak ada kata-kata “Buddha” dalam Al-Qur'an, namun menurut Dr. Alexander Berzin bahawa terdapat catatan para sejarawan dan peneliti yang mengaitkan beberapa ayat Al-Qur'an dengan Sang Buddha, iaitu pada maksud ayat;
"Demi (buah) Tin (fig) dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai, dan demi kota (Mekah) ini yang aman, sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu? Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?"(At-Tin 95 : 1)
Beliau menjelaskan bahawa buah Zaitun melambangkan Jerusalem, Isa a.s. (Jesus, Kristian). Bukit Sinai melambangkan Musa a.s. dan Yahudi. Kota Mekah pula menunjukkan Islam dan Muhammad SAW. Manakala pohon Tin (fig) pula melambangkan apa?
Tin (fig) = Pohon Bodhi
Pohon Bodhi adalah tempat Buddha mencapai Pencerahan Sempurna. Al-Qasimi di dalam tafsirnya berpendapat bahawa sumpah Allah SWT dengan buah tin yang dimaksud ialah pohon Bodhi. Prof. Hamidullah juga berpendapat sama dengan al-Qasimi bahawa perumpamaan pohon (buah) tin (fig) di dalam Al-Qur'an ini menunjukkan Buddha itu sendiri, maka dari sinilah mengapa sebahagian ilmuan Islam meyakini bahawa Buddha telah diakui sebagai nabi di dalam agama Islam.
Manakala Hamid Abdul Qadir, seorang sejarawan abad ke-20 mengatakan dalam bukunya Buddha Yang Agung: Riwayat dan Ajarannya (Arab: Budha al-Akbar Hayatuh wa Falsaftuh), menjelaskan bahawa Buddha adalah nabi Dhul-Kifl, yang bererti “ia yang berasal dari Kifl”. Nabi Dhul-Kifl @ Zulkifli disebutkan 2 kali dalam Al-Qur'an:
"Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar." (Al-Anbiya' 21: 85).
"Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa, dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik." (Shad 38 : 48).
KESIMPULAN
“Kifl” adalah terjemahan Arab dari Kapilavastu (Kapil), tempat kelahiran Bodhisattva (Buddha). Hal ini juga yang mungkin menyebabkan Mawlana Abul Azad seorang ahli teologi Muslim abad ke-20 turut menekankan bahawa Dhul-Kifl dalam Al-Qur'an boleh jadi adalah Buddha.
Dalam sejarah Islam, Nabi Zulkifli a.s. adalah antara nabi yang mempunyai cerita yang paling sedikit dibicarakan. Hal ini mungkin menjadi faktor kepada sebahagian ulama' menyamakan watak Dzul-Kifli dalam Al-Qur'an dengan Buddha yang secara kebetulan banyak persamaan sekiranya disuaikan.
Yang menarik perhatian saya ialah mengenai surah at-tin (the fig). Allah berfirman mengenai pokok/buah tin, pokok/buah zaitun, bukit sinai dan kota mekah. Mekah dikaitkan dgn Nabi Muhammad s.a.w., Bukit Sinai dengan Nabi Musa, zaitun dengan Nabi Isa a.s., dan siapa pula dikaitkan dengan buah atau pokok tin?
Dikatakan dalam sejarah bahawa Gautama Buddha duduk bawah pokok tin. Kalau ikut istilah islam, dia dapat wahyu masa duduk bawah pokok tersebut. Ikut tulisan orang Buddhist, dia dapat ilham masa duduk bawah pokok tersebut.
Bila Allah berfirman... "Wattiini wazaitun... watuurisinina wahazal baladil amin."
Allah menyebut perihal nabi2-Nya... Tiin (Nabi Zulkifli-Buddha), Zaitun (Nabi Isa a.s), Siniina- bukit Sinai(Nabi Musa) dan Baladil amin -Tanah yang aman dan selamat(Mekah)- NABI MUHAMMAD SAW... ia ikut urutan... hebatnya Qur'an...sebagai kalimat Tuhan.. susunan sejarah riwayat nabi-Nya...  
Mari kita sama-sama fikirkan... HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.
Lelabi : Jom kita siasat!! Post yang Labi-Labi janju tak post lagi sorry dalam BB lagi tak transfer lagi malas hahaha

Click Sini untuk tabung LabiLabi
SUMBER

Saturday 4 February 2012

Selamat Menyambut Mulidul Rasul

Hai semua pembaca blog Labi-Labi ini semoga kalian sihat dan ceria selalu disamping orang yang tersayang..Tak lupa juga selamat menyambut Mulidul Rasul pada 5 Feb ini kepada semua umat Islam di dunia ini dan memperbanyakkan SELAWAT keatas junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Ok berbalik kepada entry pula, dalam entry ini sebenarnya Labi-Labi malas nak celoteh panjang just nak bagi tahu sahaja yang Labi-Labi ada 1 entry yang tengok diperkasamkan padahal dah lama dah tulis *panjang pulak aku tulis nie jenuh bercakap dengan 1 nafas je :P*

Ok biar Labi-Labi cerita sinopsisnya sedikit lah tentang entry itu,

Kisahnya berkenaan dengan makan ayam. *ye makan ayam then apa yang terjadi?* Tapi kalau makan ayam nie akan menimbulkan banyak penyakit terutamanya bagi lelaki yang kemungkinan besar akan menyebabkan pembesaran payudara.... *APA!! PAYUDARA BESAR??*

Anda ingin tahu kenapa dan bagaimana ikuti entry Labi-Labi pada post yang seterusnya...

Bye2

Lelabi : Syok pulak duk menulis macam nie *-.-"*

Click Sini untuk tabung LabiLabi

Saturday 28 January 2012

Birthday Yang ke-22



TAK PERCAYAAAAAA... Ya itulah yang sedang Labi-Labi alaminya apabila  Labi-Labi telah masuk ke alam umur 22 pada 25 January yang lepas... Terima kasih kepada yang wish pada hari lahir Labi-Labi.. kepada PikaRowk, Ezza, Tim, and BiskutKering (bukan nama sebenar) thanks guys sebab wish and biskut kering kepada hang thanks sebab letak status terus dekat BBM eh? Dan tak lupa jugak kepada bakal cikgu yang comel molek kecik ketot putih gebu (read: Suzie) yang telah bertungkus lumus untuk memyambut bersama-sama Labi-Labi nie sebab serius Labi-Labi tak expect pun awak buat macam tu pada Labi-Labi because I just expecting yang awak datang and teman Labi-Labi je.. By the way, thanks tau for the cakes, belt and wallet, and more yang tah lah banyak sangat yang awak dah bagi tu.. (macam mana lah aku nak balas eh?)

Tak lupa juga thanks sebab plan nak panggil satu secret recipe punya staff suh menyanyikan lagu happy birthday dekat Labi-Labi, serius terharu gila tau (even tak tadi sebab orang ramai its oke ini pun Labi-Labi dah terharu gila)

Yang paling tak dapat tahan tu sempat lagi kan my birthday eve tu awak pesan suruh bangun awal kan, ingatkan untuk wat apa lah kan.. Rupa-rupanya awak dah suruh Apek kedai kek tu hantar kan cakes tu kerumah ek.. JAHAT!! (*nada gedik) Serius terharu sangat tau.. Tapi serius agak terkejut sebab time Apek tu call pukul 11 baru Labi-Labi terjaga setelah 2 kali Apek tu call (nasib sempat gosok gigi tau)

Thanks semua yang wish happy birthday di dalam facebook dan tak lupa juga yang call terus dan yang message dan juga yang BBM pada Labi-Labi. Saya sungguh terharu tau..

And thanks jugak kepada Family Labi-Labi yang tak terhingga sebab malam tu bawak pergi makan dekat tepi pantai hehe.. Thanks mak :-)

Ketam kecil masa lepak tepi pantai tengok sunset bersama TEETTTTT :D
######Gambar dekat atas nie diambil pada 27 January (22 tahun 2 hari) *secara tak sengaja* semasa dekat LLB (Lingkaran Luar Butterworth) kononnya nak tengok sunset lah.. tapi apakan daya view tak cantik sebab dihalang oleh bukit so tak dapat lah tengok full sunset nye.. Tapi takpe akan datang nak kena cari tempat yang betul-betul boley nampak.. HAHAHA

Lelabi : Sorry if kalau ada permintaan pada hari lahir Labi-Labi yang tidak dapat Labi-Labi tunaikan sebab dah plan dah.. and thanks for makes me more "hotter" haha.. n thanks for the blueberry cake and chocolate cake :) blueberry tu sedap.. :D 
Click Sini untuk tabung LabiLabi

Monday 2 January 2012

Selamat Tahun 2012

Salam 2012 semua..

Mungkin tidak terlambat bagi Labi-Labi jika ingin mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada para pembaca blog Labi-Labi yang tidak seberapa ini.. Apa azam terbaru anda semua? Mungkin ada yang masih meneruskan azam yang tahun lepas kerana mungkin tidak berkesempatan untuk melunaskan azam tahun lepas so terpaksa forward azam tu ke tahun ini.. Tapi itu tak jadi masalah bagi Labi-Labi as long as you guys still keep in track it fine with me..

Kepada Labi-Labi tahun 2012 ini diharapkan dapat memberi 1000 pengertian terhadap diri Labi-Labi dan kehidupan Labi-Labi.. Pelbagai kejadian telah berlaku pada 2011 pahit, manis, kelat, payau yg telah berlaku dalam 2011. Kesedihan, kegembiraan, pengorbanan dan kebodohan sepanjang yang berlaku pada 2011 diharapkan agar dapat memberi pengajaran kepada kehidupan Labi-Labi yang akan datang.

*Aku tak tahu apa aku merapu sekarang ini tapi ada aku kesah hahaha*

Bila nak bercakap tentang relationship pula bagi Labi-Labi biarlah Labi-Labi slow dahulu bukan nak bangga diri or jual mahal kan, tapi alangkah baiknya jika kita kenal antara satu sama lain dengan lebih mendalam sebelum memulakan sesuatu perhubungan bukan? *Nasib tak jadi mat gay!HAHAHA*

Dan bukannya tiada rasa ingin seperti dahulu dan calon semua ada dah, tapi tak tahu lah bila nak betul-betul official sebab Labi-Labi meminta masa dan dia juga ALHAMDULILLAH faham dengan diri Labi-Labi ini.. Life must go on right?

Rasa phobia terhadap kejadian lepas masih menebal dalam diri Labi-Labi ahh.. Labi-Labi pun tak tahu lah... Tapi better beringat sebelum BANANA FRUIT TWO TIMES right *HAHAHA*

Ok tentang ekonomi Labi-Labi pula Labi-Labi dah plan dan nak dapatkan kerja dan mencari duit tak kisah lah kerja apa asalkan HALALAN TOYYIBANN untuk menampung kehidupan Labi-Labi yang ala-ala supermodel PRADA kononnya ini dan telah diAPPROVE oleh Ibu Labi-Labi sendiri yang Labi-Labi seorang yang bersikap boros.. *Of course lah mak, ini lah yang akan terjadi apabila mak ada anak seorang yang berotak businessman tapi bukan seorang accountant yang bagus..Hahaha*

Kehidupan sebagai seorang pelajar degree ini amat menyakitkan otak kerana pelbagai dugaan dan cabaran yang datang bertubi-tubi ibarat seorang guru memberikan latihan tubi kepada anak murid yang lemah dalam matematik seperti Labi-Labi ini.. Oh banyak gila assignment..!! Final Project!! Damn!!

Ok dah maybe sampai sini sahaja celoteh Labi-Labi dan harapnya kita semua success oke? Okbai!
Click Sini untuk tabung LabiLabi