Random Post

Monday 28 November 2011

Chasing Pavement


Lelabi : Should I give up? Hayati lagu ini, saya tahu awak selalu melawat blog saya..
Click Sini untuk tabung LabiLabi

Saturday 26 November 2011

I Never Told You



Lelabi : no comment..just listen to this song and enjoy..
Click Sini untuk tabung LabiLabi

Saturday 19 November 2011

Pandangan Peribadi : Gambar Seksi Zarina Anjoulie Lavocah

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Labi-Labi yang tak seberapa famous macam blog blogger yang lain...

Entry kali ini Labi-Labi nak bagi pandangan peribadi Labi-Labi yang boleh dikatakan sedang hangat di perkatakan oleh manusia-manusia yang active dengan arena hiburan tanah air tercinta *kononnye lah*. Iaitu mengenai seorang artis bernama Zarina Anjoulie Lavocah *dah rupe Lucah dah aku menyebutnye*

Anda semua kenal siapa artis itu? Ok kalau tak kenal sila lihat gambar yang dibawah ini..

gambar zarina an joulie fhm indonesia

Ok anda sudah tahu yang mana satu artis yang Labi-Labi cakapkan tadi? Ok, sepertimana yang anda tahu, artis ini telah dilabel sebagai seorang artis yang amat-amat bermasalah dengan kes gambar dia dan laki mana entah yang sedang membuat aksi porno dan akhirnya gambar itu tersebar diinternet.. *pandai-pandai lah kau cari ye*

Tupp..tuuupp...

Sekarang dah keluar pula satu controversy yang baru tentang minah ni iaitu gambar sexy beliau minah nie *tak layak aku nak letak beliau, because beliau just untuk orang yang bermakna dan berjasa je kan?* dalam satu majalah di Indonesia yang dikenali sebagai FHM (For Him Magazine) yang menayangkan segala lurah-lurah dendam si Zarina nie..Ok, sila tengok gambar dibawah ini kalau anda seorang yang pervert *HAhaHA*

gambar zarina an joulie fhm indonesia
gambar zarina an joulie fhm indonesia
gambar zarina

Ok, anda dah tengok dah gambar yang Labi-Labi tempek dekat atas tu? Ini pandangan peribadi Labi-Labi kenapa minah nie buat macam nie :-
  1. Zarina memang seorang yang Bad Ass sebab tu dia buat macam tu
  2. Mungkin juga dia tiada punca mata pencarian sebab itu lah dia buat macam tu
  3. Memang dia seorang model sebab itu dia suka ber modelling bagai tu..
Ok, Sebab kenapa Labi-Labi cakap si Zarina seorang Bad Ass nie adalah kerana anda masih ingat gambar yang Labi-Labi cakap dekat memula diatas entry tadi tu? Pasal itu lah Labi-Labi kata dia nie memang Bad Ass, sebab tak abis-abis create scene yang hangat je kan.. *konon-kononnya dia nie macam Paris Hilton la pulak kan*

Ok, sebab yang kedua pula adalah maybe dia telah diGAM oleh banyak media-media dia Malaysia ini kerana keBAD-ASSan dia yang acap kali memulakan onar didalam industri sebab itu lah dia menerima pelawaan untuk menjadi COVER GIRL majalah Indonesia itu... Mungkin dia sedang mengalami ketiadaan duit ke nak bayar ansuran barang-barang dia *andaian semata-mata* sebab itu lah dia terima job tu nak langsaikan hutang-hutang kan *hangpa apa tau? duk kutuk ja*

Ok sebab yang ketiga lak, dia seorang model sebab itu lah dia terima job dari FHM Indonesia itu.. Dah takde orang nak tawarkan dia buat drama/filem dia pun nak cari makan juga benda itu je yang dia fikir dia boleh buat... 

Kesimpulannya, memang salah apa yang si Zarina ini buat, tapi please try to put yourself into her shoes then baru buat apa-apa kutukan atau cacian.. Kita ini semua sama sahaja disisi Allah yang membezakan ialah amal ibadat dan iman kita sahaja... Jangan ingat kita baik sikit daripada si Zarina ini kita comfirm masuk syurga dan si Zarina nie comfirm Minah Neraka *kononnya lah* tapi selagi Allah tak hisab kita, kita takda hak nak judge orang lain..

Sekian,

Labi-Labi :-)

Disclaimer : Labi-Labi memberikan pendapat ini adalah berdasarkan apa yang Labi-Labi fikir secara logik. Kita berhak untuk membenci perangai seseorang itu sahaja dan bukan individu itu secara total kerana kita harus membimbing bukan menyisihkan. Jika kita menyisih maka lebih ramai lagi yang akan rasa tersisih seterusnya lagi teruk dia akan jadi.. Dan Labi-Labi langsung tak dapat satu sen daripada apa yang Labi-Labi tulis pasal si Zarina Lavocah ini. So, tepuk dada dan tanya IMAN :-)

Click Sini untuk tabung LabiLabi

Friday 18 November 2011

Lagu : Scotty McCreery : You Were Always On My Mind


Lagu ini sangat tenang dan menyeronokkan bila Labi-Labi dengar. So i decided to share with you guys.. And lagu dia nie ada lagi satu yang Labi-Labi suka juga iaitu lagu I Love You This Big lagu ni pun seronok juga sebab bagi Labi-Labi ia ada satu memori yang Labi-Labi teringat bila dengar lagu ini..
Click Sini untuk tabung LabiLabi

Wednesday 16 November 2011

How to Test the Working of Your Antivirus

How to Test the Working of Your Antivirus

Salam kepada semua..

Entry kali ini Labi-Labi nak ajar ilmu yang baru Labi-Labi pelajari iaitu cara untuk test samaada antivirus di computer anda berfungsi atau tidak..


Ok tanpa berceloteh panjang lebar mari Labi-Labi ajarkan apa yang Labi-Labi baru belajar ini..

1- Click Window Start Button > Accessories > Notepad
2- Copy code ini ke dalam Notepad yang telah anda buka tadi :
X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*
3- Rename Notepad anda daripada New Text Document > LabiLabi.com dan Save
4- Run software Antivirus anda dan lihat hasilnya.

Click Sini untuk tabung LabiLabi

Trick : How to search music file using Google Search

Salam semua para pembaca blog Labi-Labi yang tak seberapa ini..

Alhamdulillah segala pujian hanya berhak kepada yang Maha Esa sahaja dan itulah selayak-layak pujian yang harus diberikan. Syukur juga Labi-Labi dapat menulis lagi di dalam blog picisan Labi-Labi ini walaupun pelbagai aral yang melintang di pertengahan jalan menuju kebahagiaan, mungkin kebahagiaan itu bukan milik Labi-Labi lagi so Labi-Labi redha sahaja lah kan..

Ok, hari ini Labi-Labi nak kongsi tips yang Labi-Labi jumpa semasa Labi-Labi google tadi lah kan..

Trick : How to search music file using Google search

Anda hanya perlu taip/copypaste kod ini

?intitle:index.of? mp3 Music
?intitle:index.of? mp3 “Music”
?intitle:index.of? mp3 “Music” untitled
?intitle:index.of? mp3 “Music”
Tukarkan perkataan "Music" itu kepada file yang anda mahukan..

Labi-Labi ingin berterima kasih kepada anda kerana sudi membaca dan juga menyokong penulisan Labi-Labi yang agak membosankan kadang-kala dan agak tajam ibarat buluh runcing gitu..

Anyway jika rasa Blog Labi-Labi wajib di"follow" maka anda hanya perlu click sahaja butang follower itu dan jangan segan-segan untuk share blog Labi-Labi ini juga oke?

Thank You in advance :-)
Click Sini untuk tabung LabiLabi

Thursday 10 November 2011

Coretan Penghabisan Sebuah Perhubungan

Warning : Entry ini Ya Rabbi tersangatlah panjang tak pernah Labi-Labi menulis sepanjang ini selama 2 jam lebih Labi-Labi focus kepada entry ini.. *Konon-konon All-Out lah tu padahal tak pun*. So kepada para pembaca diminta jangan memaki hamun tak tentu pasal apabila membaca entry ini kerana entry ini adalah hasil cetusan hati Labi-Labi yang memberontak setelah sekian lama berselindung dibalik cengkerang yang lembut. Sudah tiba masa untuk menggigit kembali...

Sekarang jam menunjukkan waktu 2.51 a.m., masa berlalu dengan pantas tanpa aku sedari sudah berlalu kisah itu selama 19 hari...  Oh Tuhanku, pantas sungguh masa itu berlalu, benarlah waktu tidak akan menunggu kita jika kita tidak berbuat sesuatu untuk mengisi waktu tersebut.

Masih terpahat jelas kelihatan memori-memori indah saat dahulu... Aku tidak boleh berharap agar waktu itu kembali lagi... Tidak sama sekali kerana aku pun seorang manusia biasa seperti kamu semua..

Ya, kita semua sama, mana mungkin kita ulang kembali kemasa yang lepas untuk memperbetulkan segala permasalahan yang telah engkau hadapi mahupun mengulangi segala kenangan manis engkau coretkan bersama insan yang bermakna kepadamu...

Masih juga terpahat dimemoriku saat aku memaki, memujuk dan merayu kepadamu...

Dan,

Masih juga terpahat jelas lagi dimemoriku setiap kesalahan dan kekhilafan yang telah aku ceretkan diatas hatimu yang aku ubati dengan kata-kata maaf... Aku masih ingat... Ingat akan setiap kejadian itu walaupun ada diantaranya aku mengingatinya tetapi tidak tahu bagaimana hendak menceritakannya semula...

Aku tahu walau diubati dengan kata maaf tidak dapat menyembunyikan parut yang berbekas dihati yang masih terasa itu, tapi aku telah buat sebaik dan semampu aku melakukannya... 

Aku berusaha mengawal diri aku supaya aku takkan mengulangi kesalahan yang sama untuk kali kedua... Hanya Tuhan dan kamu sahaja yang mengetahui samaada aku pernah mengulanginya atau tidak... Didalam sedar aku yakin yang aku tidak pernah lakukan segala kesalahan yang pernah kamu tegur itu buat kali kedua. Aku berusaha untuk menjaga hatimu.. "Ahhhh, persetankan sahaja semua itu untuk apa kamu menjaga hati dia?" sisi gelap diri aku bermonolog...  Diriku yang baru hendak mengenali erti kasih sayang dan kesetiaan menghalang diriku daripada dikawal oleh sisi gelap ku...

Aku nekad yang aku mahu tinggalkan segala title yang pernah aku kecapi suatu ketika dahulu... Dengan rasa bangga, riak, bongkak, dan takbur satu persatu hati wanita aku telah permainkan, semudah A,B,C... Pernah aku cuba untuk setia, tapi ianya tidak pernah bertahan... Entah kenapa aku boleh setia bila dengan kamu... 

Kawanku Syafiq (bukan nama sebenar) menyedari akan perubahan aku... Beliau juga terkejut dengan perubahan aku kerana sepanjang perkenalan beliau dengan aku tak pernah dia tengok aku sebegini... Beliau tidak pernah melihat aku sesetia sebegini...

Oh, sebelum aku terlupa, aku ingin meminta maaf itupun kalau sudi untuk maafkan aku sebab aku mungkir janji.. Kamu teringat tak lagi aku pernah kata yang aku takkan tinggalkan kamu walau apa pun terjadi? Aku minta maaf sebab aku rasa aku tak dapat penuhi permintaan kamu itu... Itu kali pertama aku minta putus kan dari kamu sepanjang 1 tahun 2 bulan 1 hari kita " couple " walupun kamu dah berkali-kali minta daripada aku tapi aku degil kan tak mahu putus juga? hahaha... Aku cakap kamu kepala batu tapi aku pun sama... HaHaHa... 

Aku pun tak tahu lah macam mana aku boleh tahan dengan sikap kamu tu... Serius aku katakan aku tak pernah menghadapi saat seperti mana aku dengan kamu... Kamu degil dan dalam kedegilan kamu tu ada sifat manja yang terus menerus mengikat aku untuk bersama kamu... 

Kamu ingat tak lagi yang kamu suka cakap pada aku yang aku tak pernah fahami diri kamu? Ya aku faham aku tak faham tentang diri kamu... Tapi teringat tak kamu aku selalu tanya apa yang bagi kamu aku tidak memahami diri kamu? Aku bukan si pembaca minda atau Professor X (Watak dalam cerita X-MEN) yang dapat membaca minda seseorang... Aku hanya lelaki biasa yang ada sifar ilmu tentang wanita dan kesetiaan... Aku mengaku memang itu kelemahan aku didalam kebanyakan kelemahan-kelemahan aku yang lain... Tapi cakap lah lain kali apa yang sebenarnya diri kamu itu mahukan, tapi selepas ini mungkin bukan dengan aku dah, tapi kamu boleh praktikkan apabila kamu bertemu dengan jodoh kamu yang lain selepas ini atau sekarang jika kamu telah temui atau aku tahu siapa orang itu...

Aku masih teringat disaat beberapa hari lagi hari yang paling bermakna buat aku iaitu hari konvokesyen aku... Kita cadang nak keluar kan hari ahad itu, Aku dah rancang untuk kamu temani aku pergi potong rambut dan aku nak kamu jadi advisor aku tentang rambut aku yang macam sarang tebuan masa itu, aku nak minta pendapat kamu tentang kasut hitam yang aku tak pernah ada sejak aku semester 1 diploma tapi semata-mata konvo aku terpaksa beli sebab tu lah aku nak ajak kamu dan aku ada 1 kejutan untuk kamu waktu itu sempena hari jadi kamu yang aku tak sempat sambut dengan kamu....tapi................

Aku teringat lagi aku mesej kamu dengan harapan kamu telah bergerak daripada rumah kamu menuju ke destinasi yang akan kita jumpa... Ya memang kamu keluar tapi bersama orang lain dengan harapa orang itu akan membawa kamu berjumpa aku..

Aku terkejut tapi dapat menahan lagi perasaan dan aku bertanya kenapa perlu orang itu membawa kamu?

Kamu masih teringat lagi tak yang kamu dengan bongkak dan riak mengeluarkan ayat " Ok fine! Banyak tanye sangat kan, Kita tak payah keluar," *ayat mungkin lain sikit tapi maknanya still sama sahaja..

Dua kali aku bertanya hal yang sama dan dua kali juga kamu cakap dengan begitu bongkak dan riak... Selepas itu aku masih teringat lagi yang kamu terus-terusan menghantar mesej umpama mengemaskini (read : update) status Facebook... Ada mesej kamu pergi ke Shopping Complex A lah.. Kamu baiki laptop lah, lepastu tanya nak jumpa ke tak lah... Kamu tak sedar ke yang kamu dah tarik ayat bongkak kamu itu kemudian kamu nak jumpa lagi dengan aku? Kata maaf bagi kamu begitu berat untuk diucapkan bukan? Aku pernah kata kepada kamu bukan yang aku takkan ungkitkan lagi hal jika kamu mengucapkan maaf kepada aku... Bagi aku cukup sekadar kata-kata maaf dari mulutmu itu sahaja yang mahu aku dengari tapi kenapa engkau lupa? Aku mengaku memang aku kuat membebel dan membebel tapi pernah aku bebel dekat kamu sehingga terkeluar darah ikut telinga? Tak pernah bukan?

Kamu telefon aku, tapi ada waktu itu kalau tak silap aku sebanyak 2 call aku reject.. Masa tu aku dekat dalam 7-Eleven nak cucuk duit... Dan apabila aku masuk dalam kereta Alhamdulillah kamu call aku sekali lagi pada mulanya aku tak mahu jawab... Tapi atas desakan kawan-kawan yang ada dalam kereta itu mereka telah berjaya memujuk aku untuk jawab panggilan daripada kamu... Kamu tahu hati aku sebak semasa menjawab panggilan daripada kamu tu? Hati lelaki mana tak berkecai bila kekasih dia jumpa lelaki lain lebih kerap daripada BF (read : ex-bf) dia sendiri... Kamu sedar tak sejak aku duduk sambung degree tu kamu jumpa aku berapa kali? 1 kali je tau waktu tu itupun sebab kau beralasan nak " bincang elok2 " kan dengan aku kalau tidak jangan harap nak jumpa kan ... Laki tu kau jumpa bape puluh kali dah? Sorry lah if soalan tu memang nampak mengjengkelkan tapi kalau ianya tak menjengkelkan kamu takkan amik kesah pun pasal itu... 

Aku dalam sebak aku cakap " Dia (read : kamu) pergilah dengan laki tu, kita (read : aku) bukan sapa-sapa pun bagi dia kan... Sekarang nie macam nie, halalkan semuanya dan kita tiada apa-apa lagi " ayat itu jelas lagi terpahat dimemori aku sebab sepanjang 1 tahun 2 bulan 1 hari itulah pertama kali aku ungkapkan ayat itu sebab aku dah serius tak tahu macam mana lagi... Aku larang sebab aku kenal perangai dia tu... Bukan sebab aku jeles... Aku and kawan-kawan aku kenal dia lebih lama daripada kamu, so ada asasnya kenapa aku larang kamu... 

Sembang bombang bukan main hebat... Dia provoke aku provoke lah balik kan? "Fair and Square" Gila apa aku nak meroyan pergi pukul orang... Tak pasal kena charge assaulting... 

Kamu mesti akan teringat yang bila kamu datang keesokan hari atau hari selasa lepas aku ucap kita putus tu aku lupa lak dah hari apa time tu... Aku menggunakan kata ganti "Aku" dan "Hang" bukan? Aku minta maaf memang aku sengaja cakap macam tu sebab aku ikut style kamu, hari ahad itu kamu cakap style langsi, so aku langsi lah balik tak salah kan? Aku ikut style kamu je... Dan aku halau kamu balik seperti mana kamu datang macam tu kamu balik kan... Serius aku memang tak ada belas kasihan dah dekat kamu semasa itu sebab kamu yang mulakan dahulu... Payung yang digunakan untuk ambil kamu itupun daripada aku dan aku buat itu bukan kerana kamu tapi kerana mak kamu... Aku tahu bagaimana mak kamu sayangkan kamu nak bagi kamu jadi orang yang baik-baik dan begitu juga lah aku walaupun aku jahat tapi takkan aku nak bagi kamu ikut jahat seperti aku?

Kesimpulannya, aku tahu apa yang terjadi pada kamu... Kamu benci lah aku... Aku tak marah.. Tapi bila kamu benci aku maknanya kamu benci diri kamu... Aku dah berkali-kali nasihat tapi kau tetap begitu... Lepas tu kamu merungut cakap kita selalu gaduh padahal bila ditanya apa masalahnya kamu buntu dan lidah kamu kelu seribu bahasa...

Akhir kata tak kisahlah kamu tak maafkan aku sekalipun tapi aku tetap maafkan kamu kerana bagi aku setiap manusia buat silap tak kisah lah berulang-ulang atau selalu buat silap... Kerana manusia bukannya maksum terlepas daripada godaan syaitan bukan? So bila dah selalu kena goda maknanya selalu buat silap lah kan tak gitu? Hopefully kamu bahagia dengan siapa yang kamu pilih... dan aku tetap begini...

Penafian : Penggunaan "Aku" dalam entry ini tak salah bukan? kerana "Aku" tu digunakan sebagai kata ganti nama  untuk orang-orang yang rapat dengan kita.. So hopefully tak jadi issue tentang hal ini... Sebarang pertanyaan boleh berhubung secara terus ke email : naim_areim@yahoo.com

Lelabi : Mesti ada jantan yang akan butthurt dengan entry aku ini
Click Sini untuk tabung LabiLabi

Hati Saya...


Lelabi : Even hati saya dah jadi macam yang Last sekali tu, tapi...
Click Sini untuk tabung LabiLabi

Wednesday 9 November 2011

Tips Untuk Kearah Kehidupan Yang "Simple"


Lelabi : Hopefully tips ini dapat membantu anda dan juga diri Labi-Labi juga...
Click Sini untuk tabung LabiLabi

Jodoh Telah Allah Tentukan

Ayat untuk renungan Labi-Labi

‎"Walau sekuat mana pun kita setia, sehebat mana pun kita merancang, selama mana pun kita menunggu,setinggi mana pun kita bersabar,sejujur mana pun kita menerima seseorang, andai ALLAH tidak menulis jodoh kita bersama si dia,kita tetap tidak akan bersamanya..."

Mungkin ayat ini terkena batang hidung Labi-Labi sendiri, mungkin jodoh kami hanya setakat itu sahaja atau mungkin juga hanya setakat itu dahulu... Who's know maybe Labi-Labi tak layak untuk dia... Tapi dalam keikhlasan doa, Labi-Labi harap dia bahagia walau dengan siapa dia bersama...


Lelabi : Hopefully you will fine without me...

Click Sini untuk tabung LabiLabi

Monday 7 November 2011

CINTA YANG TAK MASUK AKAL

CINTA YANG TAK MASUK AKAL
-------------------------------------

Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.

Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.

Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.

Beberapa tahun berlalu…

Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:

- Mana ibumu?

- Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia.
- Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu?

- Tidak!

- Di mana pula abangmu?

- Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka.

- (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku?

- Tidak!

- لا حول ولا قوة إلا بالله

- Kakakmu di mana?

- Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.

- Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?

- Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya…

Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!

Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?

Kita menerima SURAT dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. SURAT yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?

Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.

Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada SURAT yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!


"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.

sebarkan pada Muslim yang lain..

Click Sini untuk tabung LabiLabi

Tuesday 1 November 2011

51 Facts About Guys

Salam y'all, Labi-Labi share je facts dekat bawah nie sebab Labi-Labi tengok benda ini memang ada pada majoriti lelaki yang sejati. Semua ini adalah benar tapi biasalah lelaki mana nak mengaku kan. hehehe



‎51 FACTS ABOUT GUYS

1. Guys hate sluts.

2. "Hey, are you busy?" or "Are you doing something?" ~ two phrases guys open with to stop from stammering on the phone.

3. Guys may be flirting around all day but before they go to sleep, they always think about the girl they truly care about.

4. Before they call, guys try to plan out a little about what they're gonna say so there aren't awkward pauses, but once he's on the phone he forgets it all and makes it up as he goes.

5. Guys go crazy over a girl's smile.

6. Guys will do anything just to get you to notice him.

7. Guys hate it when you talk about your ex-boyfriend or ex love-interest. Unless they're goin for the let-her-complain-to-you-and-then-have-her-realize-
how-wonderful-and-nice-you-are method.

8. A guy who likes you wants to be the only guy you talk to.

9. Boyfriends need to be reassured often that they're still loved.

10. Don't talk about your guy friends to your boyfriend.

11. Guys get jealous easily.

12. Guys are more emotional than they'd like people to think.

13. Giving a guy a hanging message like "You know what?!..uh...nevermind.." would make him jump to a conclusion that is far from what you are thinking. And he'll assume he did something wrong and he'll obsess about it trying to figure it out.

14. Guys are good flatterers when courting but they usually stammer when they talk to a girl they really like.

15. Guys hate asking parents for money to buy girls presents. So they come up with ideas like saving their lunch money for a week. But it never works because guys are always hungry so they end up asking the parents for money anyway.

16. Girls are guys' weaknesses.

17. Guys are very open about themselves.

18. It's good to test a guy first before you trust him. But don't let him wait too long.

19. Your best friend, whom your boyfriend seeks help from about his problems with you may end up being admired by your boyfriend.

20. If a guy tells you about his problems, he just needs someone to listen to him. You don't need to give advice.

21. A usual act that proves that the guy likes you is when he teases you.

22. Guys love you more than you love them if they are serious in your relationships.

23. Guys will brag about anything.

24. Guys use words like hot or cute to describe girls. We rarely use beautiful. If a guy uses that, he likes you.

25. Guys think WAY too much. One small thing a girl does, even if she doesn't notice it can make the guy think about it for hours, trying to figure out what it meant.

26. Guys seek for advice from girls not other guys. Because most guys think alike, so if one guy's confused, then we're all confused.

27. Any guy could write out a rulebook or advice book for flirting, but no guy can write out a book about relationships.

28. Try to be as straightforward as possible.

29. A guy has to experience rejection, because if he's too-good-never-been-busted, never been in love and hurt, he won't be mature and grown up.

30. If the guy does something stupid in front of the girl, he will think about it for the next couple days or until the next time he spends time with the girl.

31. No matter how much guys talk about asses and boobs, personality is key.

32. Guys learn from experience not from the romance books that girls read and take as their basis of experience.

33. Guys worry about the thin line between being compassionate and being whipped.

34. If a guy looks unusually calm and laid back, he's probably faking it and is spazzing inside.

35. When a guy says he is going crazy about the girl, he really is. Guys rarely say that.

36. When a guy asks you to leave him alone, he's just actually saying, "Please come and listen to me."

37. Guys don't really have final decisions.

38. If a guy starts to talk seriously, listen to him. It doesn't happen that often, so when it does, you know something's up.

39. If your best guy friend seems to avoid you or is never around when you're with your boyfriend, he's probably jealous and likes you.

40. When a guy looks at you for longer than a second, he's definitely thinking something.

41. Guys like femininity not feebleness.

42. Guys don't like girls who punch harder than they do.

43. A guy has more problems than you can see with your naked eyes.

44. Don't be a snob. Guys can be intimidated and give up easily.

45. Everything in moderation. Put on makeup, wear perfume. Just not too much.

46. Guys talk about girls more than girls talk about guys.

47. Guys hate rejection, but they hate being led on even more.

48. Guys really think that girls are strange and have unpredictable decisions and are MAD confusing but somehow are drawn even more to them.

49. A guy would give his left nut to be able to read a girl's mind for a day.

50. No guy can handle all his problems by his own. He's just too stubborn to admit it

51. Not all guys are assholes. Just because ONE is a jackass doesnt mean he represents ALL of us.

Click Sini untuk tabung LabiLabi

Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-75 Universiti Teknologi MARA



Lelabi : Malas nak celoteh tengok je dalam gambar nie sudah..hehe
Click Sini untuk tabung LabiLabi