Warning : Entry ini Ya Rabbi tersangatlah panjang tak pernah Labi-Labi menulis sepanjang ini selama 2 jam lebih Labi-Labi focus kepada entry ini.. *Konon-konon All-Out lah tu padahal tak pun*. So kepada para pembaca diminta jangan memaki hamun tak tentu pasal apabila membaca entry ini kerana entry ini adalah hasil cetusan hati Labi-Labi yang memberontak setelah sekian lama berselindung dibalik cengkerang yang lembut. Sudah tiba masa untuk menggigit kembali...
Sekarang jam menunjukkan waktu 2.51 a.m., masa berlalu dengan pantas tanpa aku sedari sudah berlalu kisah itu selama 19 hari... Oh Tuhanku, pantas sungguh masa itu berlalu, benarlah waktu tidak akan menunggu kita jika kita tidak berbuat sesuatu untuk mengisi waktu tersebut.
Masih terpahat jelas kelihatan memori-memori indah saat dahulu... Aku tidak boleh berharap agar waktu itu kembali lagi... Tidak sama sekali kerana aku pun seorang manusia biasa seperti kamu semua..
Ya, kita semua sama, mana mungkin kita ulang kembali kemasa yang lepas untuk memperbetulkan segala permasalahan yang telah engkau hadapi mahupun mengulangi segala kenangan manis engkau coretkan bersama insan yang bermakna kepadamu...
Masih juga terpahat dimemoriku saat aku memaki, memujuk dan merayu kepadamu...
Dan,
Masih juga terpahat jelas lagi dimemoriku setiap kesalahan dan kekhilafan yang telah aku ceretkan diatas hatimu yang aku ubati dengan kata-kata maaf... Aku masih ingat... Ingat akan setiap kejadian itu walaupun ada diantaranya aku mengingatinya tetapi tidak tahu bagaimana hendak menceritakannya semula...
Aku tahu walau diubati dengan kata maaf tidak dapat menyembunyikan parut yang berbekas dihati yang masih terasa itu, tapi aku telah buat sebaik dan semampu aku melakukannya...
Aku berusaha mengawal diri aku supaya aku takkan mengulangi kesalahan yang sama untuk kali kedua... Hanya Tuhan dan kamu sahaja yang mengetahui samaada aku pernah mengulanginya atau tidak... Didalam sedar aku yakin yang aku tidak pernah lakukan segala kesalahan yang pernah kamu tegur itu buat kali kedua. Aku berusaha untuk menjaga hatimu.. "Ahhhh, persetankan sahaja semua itu untuk apa kamu menjaga hati dia?" sisi gelap diri aku bermonolog... Diriku yang baru hendak mengenali erti kasih sayang dan kesetiaan menghalang diriku daripada dikawal oleh sisi gelap ku...
Aku nekad yang aku mahu tinggalkan segala title yang pernah aku kecapi suatu ketika dahulu... Dengan rasa bangga, riak, bongkak, dan takbur satu persatu hati wanita aku telah permainkan, semudah A,B,C... Pernah aku cuba untuk setia, tapi ianya tidak pernah bertahan... Entah kenapa aku boleh setia bila dengan kamu...
Kawanku Syafiq (bukan nama sebenar) menyedari akan perubahan aku... Beliau juga terkejut dengan perubahan aku kerana sepanjang perkenalan beliau dengan aku tak pernah dia tengok aku sebegini... Beliau tidak pernah melihat aku sesetia sebegini...
Oh, sebelum aku terlupa, aku ingin meminta maaf itupun kalau sudi untuk maafkan aku sebab aku mungkir janji.. Kamu teringat tak lagi aku pernah kata yang aku takkan tinggalkan kamu walau apa pun terjadi? Aku minta maaf sebab aku rasa aku tak dapat penuhi permintaan kamu itu... Itu kali pertama aku minta putus kan dari kamu sepanjang 1 tahun 2 bulan 1 hari kita " couple " walupun kamu dah berkali-kali minta daripada aku tapi aku degil kan tak mahu putus juga? hahaha... Aku cakap kamu kepala batu tapi aku pun sama... HaHaHa...
Aku pun tak tahu lah macam mana aku boleh tahan dengan sikap kamu tu... Serius aku katakan aku tak pernah menghadapi saat seperti mana aku dengan kamu... Kamu degil dan dalam kedegilan kamu tu ada sifat manja yang terus menerus mengikat aku untuk bersama kamu...
Kamu ingat tak lagi yang kamu suka cakap pada aku yang aku tak pernah fahami diri kamu? Ya aku faham aku tak faham tentang diri kamu... Tapi teringat tak kamu aku selalu tanya apa yang bagi kamu aku tidak memahami diri kamu? Aku bukan si pembaca minda atau Professor X (Watak dalam cerita X-MEN) yang dapat membaca minda seseorang... Aku hanya lelaki biasa yang ada sifar ilmu tentang wanita dan kesetiaan... Aku mengaku memang itu kelemahan aku didalam kebanyakan kelemahan-kelemahan aku yang lain... Tapi cakap lah lain kali apa yang sebenarnya diri kamu itu mahukan, tapi selepas ini mungkin bukan dengan aku dah, tapi kamu boleh praktikkan apabila kamu bertemu dengan jodoh kamu yang lain selepas ini atau sekarang jika kamu telah temui atau aku tahu siapa orang itu...
Aku masih teringat disaat beberapa hari lagi hari yang paling bermakna buat aku iaitu hari konvokesyen aku... Kita cadang nak keluar kan hari ahad itu, Aku dah rancang untuk kamu temani aku pergi potong rambut dan aku nak kamu jadi advisor aku tentang rambut aku yang macam sarang tebuan masa itu, aku nak minta pendapat kamu tentang kasut hitam yang aku tak pernah ada sejak aku semester 1 diploma tapi semata-mata konvo aku terpaksa beli sebab tu lah aku nak ajak kamu dan aku ada 1 kejutan untuk kamu waktu itu sempena hari jadi kamu yang aku tak sempat sambut dengan kamu....tapi................
Aku teringat lagi aku mesej kamu dengan harapan kamu telah bergerak daripada rumah kamu menuju ke destinasi yang akan kita jumpa... Ya memang kamu keluar tapi bersama orang lain dengan harapa orang itu akan membawa kamu berjumpa aku..
Aku terkejut tapi dapat menahan lagi perasaan dan aku bertanya kenapa perlu orang itu membawa kamu?
Kamu masih teringat lagi tak yang kamu dengan bongkak dan riak mengeluarkan ayat " Ok fine! Banyak tanye sangat kan, Kita tak payah keluar," *ayat mungkin lain sikit tapi maknanya still sama sahaja..
Dua kali aku bertanya hal yang sama dan dua kali juga kamu cakap dengan begitu bongkak dan riak... Selepas itu aku masih teringat lagi yang kamu terus-terusan menghantar mesej umpama mengemaskini (read : update) status Facebook... Ada mesej kamu pergi ke Shopping Complex A lah.. Kamu baiki laptop lah, lepastu tanya nak jumpa ke tak lah... Kamu tak sedar ke yang kamu dah tarik ayat bongkak kamu itu kemudian kamu nak jumpa lagi dengan aku? Kata maaf bagi kamu begitu berat untuk diucapkan bukan? Aku pernah kata kepada kamu bukan yang aku takkan ungkitkan lagi hal jika kamu mengucapkan maaf kepada aku... Bagi aku cukup sekadar kata-kata maaf dari mulutmu itu sahaja yang mahu aku dengari tapi kenapa engkau lupa? Aku mengaku memang aku kuat membebel dan membebel tapi pernah aku bebel dekat kamu sehingga terkeluar darah ikut telinga? Tak pernah bukan?
Kamu telefon aku, tapi ada waktu itu kalau tak silap aku sebanyak 2 call aku reject.. Masa tu aku dekat dalam 7-Eleven nak cucuk duit... Dan apabila aku masuk dalam kereta Alhamdulillah kamu call aku sekali lagi pada mulanya aku tak mahu jawab... Tapi atas desakan kawan-kawan yang ada dalam kereta itu mereka telah berjaya memujuk aku untuk jawab panggilan daripada kamu... Kamu tahu hati aku sebak semasa menjawab panggilan daripada kamu tu? Hati lelaki mana tak berkecai bila kekasih dia jumpa lelaki lain lebih kerap daripada BF (read : ex-bf) dia sendiri... Kamu sedar tak sejak aku duduk sambung degree tu kamu jumpa aku berapa kali? 1 kali je tau waktu tu itupun sebab kau beralasan nak " bincang elok2 " kan dengan aku kalau tidak jangan harap nak jumpa kan ... Laki tu kau jumpa bape puluh kali dah? Sorry lah if soalan tu memang nampak mengjengkelkan tapi kalau ianya tak menjengkelkan kamu takkan amik kesah pun pasal itu...
Aku dalam sebak aku cakap " Dia (read : kamu) pergilah dengan laki tu, kita (read : aku) bukan sapa-sapa pun bagi dia kan... Sekarang nie macam nie, halalkan semuanya dan kita tiada apa-apa lagi " ayat itu jelas lagi terpahat dimemori aku sebab sepanjang 1 tahun 2 bulan 1 hari itulah pertama kali aku ungkapkan ayat itu sebab aku dah serius tak tahu macam mana lagi... Aku larang sebab aku kenal perangai dia tu... Bukan sebab aku jeles... Aku and kawan-kawan aku kenal dia lebih lama daripada kamu, so ada asasnya kenapa aku larang kamu...
Sembang bombang bukan main hebat... Dia provoke aku provoke lah balik kan? "Fair and Square" Gila apa aku nak meroyan pergi pukul orang... Tak pasal kena charge assaulting...
Kamu mesti akan teringat yang bila kamu datang keesokan hari atau hari selasa lepas aku ucap kita putus tu aku lupa lak dah hari apa time tu... Aku menggunakan kata ganti "Aku" dan "Hang" bukan? Aku minta maaf memang aku sengaja cakap macam tu sebab aku ikut style kamu, hari ahad itu kamu cakap style langsi, so aku langsi lah balik tak salah kan? Aku ikut style kamu je... Dan aku halau kamu balik seperti mana kamu datang macam tu kamu balik kan... Serius aku memang tak ada belas kasihan dah dekat kamu semasa itu sebab kamu yang mulakan dahulu... Payung yang digunakan untuk ambil kamu itupun daripada aku dan aku buat itu bukan kerana kamu tapi kerana mak kamu... Aku tahu bagaimana mak kamu sayangkan kamu nak bagi kamu jadi orang yang baik-baik dan begitu juga lah aku walaupun aku jahat tapi takkan aku nak bagi kamu ikut jahat seperti aku?
Kesimpulannya, aku tahu apa yang terjadi pada kamu... Kamu benci lah aku... Aku tak marah.. Tapi bila kamu benci aku maknanya kamu benci diri kamu... Aku dah berkali-kali nasihat tapi kau tetap begitu... Lepas tu kamu merungut cakap kita selalu gaduh padahal bila ditanya apa masalahnya kamu buntu dan lidah kamu kelu seribu bahasa...
Akhir kata tak kisahlah kamu tak maafkan aku sekalipun tapi aku tetap maafkan kamu kerana bagi aku setiap manusia buat silap tak kisah lah berulang-ulang atau selalu buat silap... Kerana manusia bukannya maksum terlepas daripada godaan syaitan bukan? So bila dah selalu kena goda maknanya selalu buat silap lah kan tak gitu? Hopefully kamu bahagia dengan siapa yang kamu pilih... dan aku tetap begini...
Penafian : Penggunaan "Aku" dalam entry ini tak salah bukan? kerana "Aku" tu digunakan sebagai kata ganti nama untuk orang-orang yang rapat dengan kita.. So hopefully tak jadi issue tentang hal ini... Sebarang pertanyaan boleh berhubung secara terus ke email : naim_areim@yahoo.com
Lelabi : Mesti ada jantan yang akan butthurt dengan entry aku ini
Click Sini untuk tabung LabiLabi
No comments:
Post a Comment