Random Post

Tuesday 12 February 2013

Monolog Labi-Labi

Telah lama rasanya Labi-Labi tinggalkan blog ini. Mungkin juga ada yang tertanya-tanya kenapa blog ini tidak lagi mencoret segala kisah kehidupan Labi-Labi? Hmm, kehidupan ini penuh dengan ujian, dugaan dan segala macam pancaroba yang sentiasa mengheret kita ke arah kebinasaan.


Oh dunia,
Mungkin juga ini adalah satu petanda dimana pada saat ini Labi-Labi telah tergerak hati mencoretkan segala seribu satu rasa yang terbuku dihati? Adakah Labi-Labi ingin membuat satu penampilan semula terhadap laman Blog ini? Bagaimana harus Labi-Labi lakukan?

Jika hati kata tak mahu jangan disuruh buat begitu dan begini jika hati kata mahu tanpa disuruh dan diseru akan terus memberikan khidmat.

Buang yang keruh ambil yang jernih demi memulakan kehidupan yang baru. Patah tumbuh hilang berganti bak kata orang tua-tua dahulu. Jangan dikenag perkara yang lama kerana apa yang ada sekarang itulah matlamatmu. Perkara yang lepas dijadikan pedomanan supaya tidak lagi berlaku perkara sedemikian rupa. 

Hmm, (mengeluh panjang)
Jari jemari menaip satu persatu huruf yang ada di papan kekunci dan disusun menjadi satu patah perkataan dan satu demi satu patah perkataan bergabung menjadi satu ayat. Ayat demi ayat bergabung menjadi perenggan dan perenggan demi perenggan menjadi satu karya. Begitu juga lah kehidupan kita. Kita tidak dapat hidup bersendirian untuk mencapai kesempurnaan kerana tiada satu insan bergelar manusia itu adalah manusia yang sempurna kecuali para Rasul Allah S.W.T.

Kita? Siapa kita? kita hanya manusia yang tiada apa-apa. Mana mungkin seorang manusia itu manu mengejar kesempurnaan tetapi tidak mahukan kehidupan bersosial. Mana mungkin! Manusia oh manusia kenapa engkau terlalu angkuh? Kita serupa walaupun engkau itu perempuan dan Labi-Labi ini lelaki tetapi kita serupa. Kita datang daripada benih yang pertama yang masuk kedalam ovum kita adalah juara. Tapi walau engkau sang juara tapi kita masih tidak sempurna. Kita masih perlukan teman untuk menyempurnakan diri kita ini.

Moga-moga apa yang ada sekarang ini adalah penamat bagi sebuah episod yang lama.

Sekian, coretan monolog daripada isi hati Labi-Labi setelah sekian lama meninggalkan arena blogging personal.Semoga entry ini adalah satu petanda kebangkitan Labi-Labi dalam arena penulisan blogging ini kembali walaupun Labi-Labi sedar penulisan yang Labi-Labi hasilkan perlukan banyak tunjuk ajar daripada anda semua. Sekian. Terima kasih kerana membaca.
Click Sini untuk tabung LabiLabi