Random Post

Saturday 28 January 2012

Birthday Yang ke-22



TAK PERCAYAAAAAA... Ya itulah yang sedang Labi-Labi alaminya apabila  Labi-Labi telah masuk ke alam umur 22 pada 25 January yang lepas... Terima kasih kepada yang wish pada hari lahir Labi-Labi.. kepada PikaRowk, Ezza, Tim, and BiskutKering (bukan nama sebenar) thanks guys sebab wish and biskut kering kepada hang thanks sebab letak status terus dekat BBM eh? Dan tak lupa jugak kepada bakal cikgu yang comel molek kecik ketot putih gebu (read: Suzie) yang telah bertungkus lumus untuk memyambut bersama-sama Labi-Labi nie sebab serius Labi-Labi tak expect pun awak buat macam tu pada Labi-Labi because I just expecting yang awak datang and teman Labi-Labi je.. By the way, thanks tau for the cakes, belt and wallet, and more yang tah lah banyak sangat yang awak dah bagi tu.. (macam mana lah aku nak balas eh?)

Tak lupa juga thanks sebab plan nak panggil satu secret recipe punya staff suh menyanyikan lagu happy birthday dekat Labi-Labi, serius terharu gila tau (even tak tadi sebab orang ramai its oke ini pun Labi-Labi dah terharu gila)

Yang paling tak dapat tahan tu sempat lagi kan my birthday eve tu awak pesan suruh bangun awal kan, ingatkan untuk wat apa lah kan.. Rupa-rupanya awak dah suruh Apek kedai kek tu hantar kan cakes tu kerumah ek.. JAHAT!! (*nada gedik) Serius terharu sangat tau.. Tapi serius agak terkejut sebab time Apek tu call pukul 11 baru Labi-Labi terjaga setelah 2 kali Apek tu call (nasib sempat gosok gigi tau)

Thanks semua yang wish happy birthday di dalam facebook dan tak lupa juga yang call terus dan yang message dan juga yang BBM pada Labi-Labi. Saya sungguh terharu tau..

And thanks jugak kepada Family Labi-Labi yang tak terhingga sebab malam tu bawak pergi makan dekat tepi pantai hehe.. Thanks mak :-)

Ketam kecil masa lepak tepi pantai tengok sunset bersama TEETTTTT :D
######Gambar dekat atas nie diambil pada 27 January (22 tahun 2 hari) *secara tak sengaja* semasa dekat LLB (Lingkaran Luar Butterworth) kononnya nak tengok sunset lah.. tapi apakan daya view tak cantik sebab dihalang oleh bukit so tak dapat lah tengok full sunset nye.. Tapi takpe akan datang nak kena cari tempat yang betul-betul boley nampak.. HAHAHA

Lelabi : Sorry if kalau ada permintaan pada hari lahir Labi-Labi yang tidak dapat Labi-Labi tunaikan sebab dah plan dah.. and thanks for makes me more "hotter" haha.. n thanks for the blueberry cake and chocolate cake :) blueberry tu sedap.. :D 
Click Sini untuk tabung LabiLabi

Monday 2 January 2012

Selamat Tahun 2012

Salam 2012 semua..

Mungkin tidak terlambat bagi Labi-Labi jika ingin mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada para pembaca blog Labi-Labi yang tidak seberapa ini.. Apa azam terbaru anda semua? Mungkin ada yang masih meneruskan azam yang tahun lepas kerana mungkin tidak berkesempatan untuk melunaskan azam tahun lepas so terpaksa forward azam tu ke tahun ini.. Tapi itu tak jadi masalah bagi Labi-Labi as long as you guys still keep in track it fine with me..

Kepada Labi-Labi tahun 2012 ini diharapkan dapat memberi 1000 pengertian terhadap diri Labi-Labi dan kehidupan Labi-Labi.. Pelbagai kejadian telah berlaku pada 2011 pahit, manis, kelat, payau yg telah berlaku dalam 2011. Kesedihan, kegembiraan, pengorbanan dan kebodohan sepanjang yang berlaku pada 2011 diharapkan agar dapat memberi pengajaran kepada kehidupan Labi-Labi yang akan datang.

*Aku tak tahu apa aku merapu sekarang ini tapi ada aku kesah hahaha*

Bila nak bercakap tentang relationship pula bagi Labi-Labi biarlah Labi-Labi slow dahulu bukan nak bangga diri or jual mahal kan, tapi alangkah baiknya jika kita kenal antara satu sama lain dengan lebih mendalam sebelum memulakan sesuatu perhubungan bukan? *Nasib tak jadi mat gay!HAHAHA*

Dan bukannya tiada rasa ingin seperti dahulu dan calon semua ada dah, tapi tak tahu lah bila nak betul-betul official sebab Labi-Labi meminta masa dan dia juga ALHAMDULILLAH faham dengan diri Labi-Labi ini.. Life must go on right?

Rasa phobia terhadap kejadian lepas masih menebal dalam diri Labi-Labi ahh.. Labi-Labi pun tak tahu lah... Tapi better beringat sebelum BANANA FRUIT TWO TIMES right *HAHAHA*

Ok tentang ekonomi Labi-Labi pula Labi-Labi dah plan dan nak dapatkan kerja dan mencari duit tak kisah lah kerja apa asalkan HALALAN TOYYIBANN untuk menampung kehidupan Labi-Labi yang ala-ala supermodel PRADA kononnya ini dan telah diAPPROVE oleh Ibu Labi-Labi sendiri yang Labi-Labi seorang yang bersikap boros.. *Of course lah mak, ini lah yang akan terjadi apabila mak ada anak seorang yang berotak businessman tapi bukan seorang accountant yang bagus..Hahaha*

Kehidupan sebagai seorang pelajar degree ini amat menyakitkan otak kerana pelbagai dugaan dan cabaran yang datang bertubi-tubi ibarat seorang guru memberikan latihan tubi kepada anak murid yang lemah dalam matematik seperti Labi-Labi ini.. Oh banyak gila assignment..!! Final Project!! Damn!!

Ok dah maybe sampai sini sahaja celoteh Labi-Labi dan harapnya kita semua success oke? Okbai!
Click Sini untuk tabung LabiLabi