Mungkin tidak terlambat bagi Labi-Labi jika ingin mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada para pembaca blog Labi-Labi yang tidak seberapa ini.. Apa azam terbaru anda semua? Mungkin ada yang masih meneruskan azam yang tahun lepas kerana mungkin tidak berkesempatan untuk melunaskan azam tahun lepas so terpaksa forward azam tu ke tahun ini.. Tapi itu tak jadi masalah bagi Labi-Labi as long as you guys still keep in track it fine with me..
Kepada Labi-Labi tahun 2012 ini diharapkan dapat memberi 1000 pengertian terhadap diri Labi-Labi dan kehidupan Labi-Labi.. Pelbagai kejadian telah berlaku pada 2011 pahit, manis, kelat, payau yg telah berlaku dalam 2011. Kesedihan, kegembiraan, pengorbanan dan kebodohan sepanjang yang berlaku pada 2011 diharapkan agar dapat memberi pengajaran kepada kehidupan Labi-Labi yang akan datang.
*Aku tak tahu apa aku merapu sekarang ini tapi ada aku kesah hahaha*
Bila nak bercakap tentang relationship pula bagi Labi-Labi biarlah Labi-Labi slow dahulu bukan nak bangga diri or jual mahal kan, tapi alangkah baiknya jika kita kenal antara satu sama lain dengan lebih mendalam sebelum memulakan sesuatu perhubungan bukan? *Nasib tak jadi mat gay!HAHAHA*
Dan bukannya tiada rasa ingin seperti dahulu dan calon semua ada dah, tapi tak tahu lah bila nak betul-betul official sebab Labi-Labi meminta masa dan dia juga ALHAMDULILLAH faham dengan diri Labi-Labi ini.. Life must go on right?
Rasa phobia terhadap kejadian lepas masih menebal dalam diri Labi-Labi ahh.. Labi-Labi pun tak tahu lah... Tapi better beringat sebelum BANANA FRUIT TWO TIMES right *HAHAHA*
Ok tentang ekonomi Labi-Labi pula Labi-Labi dah plan dan nak dapatkan kerja dan mencari duit tak kisah lah kerja apa asalkan HALALAN TOYYIBANN untuk menampung kehidupan Labi-Labi yang ala-ala supermodel PRADA kononnya ini dan telah diAPPROVE oleh Ibu Labi-Labi sendiri yang Labi-Labi seorang yang bersikap boros.. *Of course lah mak, ini lah yang akan terjadi apabila mak ada anak seorang yang berotak businessman tapi bukan seorang accountant yang bagus..Hahaha*
Kehidupan sebagai seorang pelajar degree ini amat menyakitkan otak kerana pelbagai dugaan dan cabaran yang datang bertubi-tubi ibarat seorang guru memberikan latihan tubi kepada anak murid yang lemah dalam matematik seperti Labi-Labi ini.. Oh banyak gila assignment..!! Final Project!!
Ok dah maybe sampai sini sahaja celoteh Labi-Labi dan harapnya kita semua success oke? Okbai!
Click Sini untuk tabung LabiLabi
No comments:
Post a Comment