Random Post

Monday, 7 March 2011

Kebaikan Anda Walau 1000 kali Tidak Dapat Menutup Kesilapan Yang Anda Lakukan sekali

Salam sejahtera kepada semua pembaca JariPlastik & NineMustafa sekalian, entry hari ini mungkin agak slow sedikit memandangkan hari ini Labi-Labi seriously mood pun da macam pengat pisang basi tah sekarang nie. Labi-Labi sebenarnya bukan tak mahu update blog Labi-Labi ini tapi takpelah demi anda semua Labi-Labi akan try menulis dengan sepenuh hati.

Tajuk yang ingin Labi-Labi ceritakan hari ini adalah 

Kebaikan Anda Walau 1000 kali Tidak Dapat Menutup Kesilapan Yang Anda Lakukan sekali.

Sebagai manusia biasa kita tidak lekang daripada membuat kesilapan-kesilapan yang kadang-kadang bodoh dan tidak masuk akal. Labi-Labi agak terkilan kenapa warga manusia kini akan terus menghukum dan menghukum .

Labi-Labi pelik kenapa ada sesetengah orang (walaupun bagi Labi-Labi 99.99%) manusia yang tidak menghiraukan kebaikan yang telah seseorang itu telah lakukan semata-mata untuk menghukum kerana kesalahan yang telah orang itu buat. Adakah ini adil? Kita menutup mata tanpa ada rasa bertimbang rasa, bongkak, takbur, riak dan sebagainya semata-mata untuk memuaskan hati apabila menghukum seseorang itu.

Ya Labi-Labi akur memang setiap kesalah itu akan diberi pembalasan yang setimpal tapi wajarkah kita mengenakan sesuatu hukuman tanpa perlu kita mempertimbangkan kebaikan yang telah seseorang itu lakukan. Itu sama sekali tidak adil.

Mengapa perlu perasaan ego, bongkak, takbur, dan riak perlu dijadikan penanda aras untuk melakukan hukuman.?Kenapa? Adakah dengan berbuat sedemikian anda berasakan anda itu sudah terlampau besar?terlampau hebat?atau terlampau agung? Ingatlah wahai pembaca blog JariPlastik & NineMustafa sekalian, perasaan itu hanya satu perasaan yang menggembirakan syaitan dan kunco - kunconya yang berusaha menyesatkan kamu tiada satupun yang berniat nak meluruskan kamu.

Pembaca blog sekalian, Labi-Labi bukan nak mengangkat bakul sendiri walaupun Labi-Labi ini kadang-kadang berperangai loqlaq (sila refer orang utara jika tidak tahu) tapi Labi-Labi seboleh-bolehnya cuba membuat keputusan dengan mental yang waras dan setelah Labi-Labi melakukan pertimbangan diatas kesemua kesalahan dan kebaikan yang telah seseorang itu lakukan. Jika kesalahan seseorang itu boleh dimaafkan dengan apa yang telah beliau lakukan Labi-Labi tidak akan teragak-agak untuk memaafkan beliau kerana Labi-Labi seorang yang malas nak jadikan masalah ini seperti cerita bersiri. Tapi yang selalu buat cerita bersiri bagi Labi-Labi adalah wanita kerana jika mereka mempunyai ego,ego mereka akan menjadi sebesar gunung percayalah wahai Lelaki..

Di bawah ada sedikit renungan buat kita bersama



Lelabi: LYSMEAM


No comments:

Post a Comment