Random Post

Tuesday, 1 March 2011

Kisah Motivasi Usahawan

Hi kali ini Labi-Labi ada satu cerita untuk memotivasikan diri Labi-Labi dan diri anda yang mana mahu menjadi seorang usahawan dan bebas daripada belenggu kemiskinan..Walaupun cerita ini Labi-Labi kopipes je tapi percayalah, Labi-Labi betul-betul bermotivasi setelah membaca cerita ini


KISAH 1


Ini bermula dengan kisah 'budak rempit' daripada kampung. Mukanya pon muka rempit. Datang dari Felda. Naik bas ke KL dan turun di Puduraya. Pertama kali datang seorang diri ke kota KL, terasa dirinya amat kerdil, terasa amat hina. SPM pon bukan lah cemerlang sangat. Nak kerja pon takda orang mahu ambil. Dia hanya gamble sahaja datang ke KL. Member2 kata di Shah Alam ada banyak kerja kat kilang. Walk in sahaja dan terus boleh start kerja. Oppss... lupa mahu bagitau nama budak ni Udin. Si Udin ni walau nampaknya cuma budak kampung, tapi otaknya bergeliga. Udin nampak KL ni ORANGNYA RAMAI. Tidak seperti di kampung dan di Felda di mana orang tak ramai. Kalau nak berniaga di kaki lima, berapa orang lah sangat yang nak beli. Di KL ni orang ramai dan sentiasa sibuk. Udin dahaga dan beliau mahu beli air minuman. Terperanjat beruk apabila dia mendapati harga satu tin Coke ialah RM1.80 !!!!! Mahalnya... kalau aku jual sendiri, RM1.40 pon dah cukup untuk untung. Nak pendek cerita, Udin pon ke Shah Alam, beliau kerja kilang selama 3 bulan. Dapat simpan duit gaji dalam RM1500. Sudah cukup untuk dijadikan modal berniaga. Udin kemudian berhenti kerja kilang dan mula berniaga menjual air di kaki 5. Jual secara haram sahaja. Air di KL ni jual cuma RM1.20 secawan. Pada hari yang panas, boleh dapat RM300 sehari !!!!!!
Pendek kata, RM5000 sebulan tu sudah tentu dapat. Kini Udin sudah mempunyai  7 gerai menjual air secara haram di sekitar KL. Pendapatan Udin? 5 angka.


KISAH 2


Namanya 'Abe Zek'. Orang Kelate 

Dia ni kepala hotak tak boleh kerja dengan orang. Kerja sebulan, kemudian mesti berhenti. Macam biasa jugak lah duit takda. Nak niaga lesen pon takda. Pendek kata semua takda 

Tapi orang Kelantan ni semangat asobiyah kuat. Abe Zek kita ni ada ramai member karja kerajaan. Abe Zek ni pon ada diploma daripada UITM. dari situlah dia ada ramai kawan yang akhirnya masuk kerja government.

Salah seorang kawan Abe Zek kita ni dah jadi engineer kat sebuah jabatan kerajaan. Dia yang uruskan perolehan dan keluarkan LO sampai RM50K.

" Zek, mung nok nego tok? Aku nok bui projek ko mung nih. Pree jah" - kata kawan si Zek
(Zek, kau nak niaga tak? Aku nak beri kat kau nih. Free aja"

"Aku mano ado lesen MOF, lagi pon barang yang kau minta nih aku tak biasa. Aku bukan budak engeneering masa kat UITM dulu" - jawab Zek

" Kau pinjam aja lah lesen kawan kau, bila dapat LO nanti kau pi gadai gelang atau tanah mak kau. Dapat duit, kau deliver barang nih. Jangan risau, aku beri kau contact mana nak dapatkan supply barang nih. Kerja kau ialah order sahaja dan make sure barang ni sampai ke stor kami. Aku tolong follow up payment biar cepat masuk" - cakap member si Zek.

Nak dipendekkan cerita, first delivery berjaya. Untung pon besar jugak. LO RM49K, untung bersih dalam RM12 ribu.

Maka Abe Zek pon guna duit untung pertama itu untuk daftar Enterprise sebanyak RM75 dan daftar kat MOF RM480. 

Sales maintain. Dapat LO pon tak banyak cuma 3-4 sebulan, TAPI SETIAP LO TU RM45K-49K 
Untung bersih? Selepas dah baik dengan manufacturer, Abe Zek dapat harga yang lebih murah. Satu LO yang RM49K dah boleh dapat untung sampai RM15K  Kalau sebulan dapat 4 LO, bukan ker RM50 ribu?

Abe Zek ni tak bukak office. Buat kat rumah aja. Kerani pon takda. Dia bawak sebijik laptop dan buat kerja kat mamak aja 

Dengar ceritanya Abe Zek kini dah masuk ke beberapa kementerian. Sales sebulan pon dah dekat RM300 ribu. Untung berapa? Kira sendiri lah. Tapi Abe Zek tetap takda office. Semua dia taip sendiri dan bawak sebijik beg galas simpan laptop dan dokumen. Kereta pon pakai Waja sahaja walaupon dia boleh beli BMW 5 Series.


Apa persamaan Cerita diatas?

- Dua-dua takde lesen..tapi dengan betabahan dan keazaman mereka berjaya..


No comments:

Post a Comment