Hai kali ini Labi-Labi nak beri tips kepada anda bagaimana untuk menjaga gigi. Walaupun Labi-Labi bukan expert tapi sekadar ingin berkongsi maklumat bersama-sama anda sahaja
10. Jangan Merokok dan Makan Makanan Bergula
Kamu!Jika kamu seorang perogol perokok Labi-Labi sarankan kepada anda please stop smoking..Mulut kamu BUSUK! Kamu tahu tak apabila kamu merokok gigi kamu menjadi kuning dan nafas kamu berbau PERGHHH..MasyaAllah, bau punya la mengcengkam jiwa dan raga. Ingat!Merokok juga boleh menyebabkan oral cancer dan boleh memendekkan umur kamu sebanyak 14 tahun so sendiri mau ingat lah. Gula pula boleh menyebabkan cavity pada gigi anda if kamu seorang yang kuat makan gula please arrange your "dating" with dentist soon..Gula juga boleh merosakkan enamel gigi kamu, sebab tu lah bila kamu lihat gigi kanak-kanak dan "ORANG TUA" ada yang hitam tu sebab salah satunya kerana gula.
9. Makan Makanan yang Menguatkan Gigi
Bukan semua product yang manis akan memberi kesan kepada gigi kamu contohnya seperti dairy product ia penuh dengan calsium *jika anda tidak tahu apa itu calsium sila google* dimana ia menguatkan bahagian luar gigi. Kamu juga boleh try makan Onion kerana onion mengandungi bahan sulfur yang membantu melawan bakteria.Walaupun setelah anda makan bawang tapi dengan mengunyah chewing gum settle problem beb!Bau harum je mulut kamu pastu ley cegah plaque pada gigi kan 2 in 1 dah!hahaha
8. Jangan Memberus Gigi BETUL-BETUL Selepas Makan
Mungkin ramai yang pelik kenapa Labi-Labi suruh jangan gosok pulak..tadi bagi tips jaga gigi pastu cakap jangan gosok lak..Ok fine Labi-Labi terangkan, memberus gigi selepas makan hanya menyingkirkan tidak lebih daripada sekadar sisa-sisa makanan anda yang dalam mulut itu je. Tanpa menunggu sehingga paling-paling kurang 30minit enamel gigi kamu pun ley rosak. So as a conclusion, beruslah gigi tapi tunggu dalam 45min selepas makan supaya lapisan enamel gigi kamu tidak rosak akibat berus gigi
7 Memutihkan Gigi Anda Dua Kali Setahun
Kepada penggemar kopi ini adalah untuk anda dan kepada para perokok jangan bergembira ini juga untuk anda kerana gigi anda telah melekat segala kekotoran akibat asap rokok itu. Kepada penggemar kopi jika anda setiap hari mengamalkan pengambilan caffeine anda juga berpotensi untuk mengalami masalah seperti kekuningan gigi. So, jika kamu mengalami masalah gigi kuning anda boleh berjumpa dengan dentist dan start memutihkan gigi anda..Kos untuk memutihkan gigi Labi-Labi tak pasti..Tapi try lah tanye then kongsi dengan Labi-Labi ye?
6. Gunakan Tongue Scraper
Kebanyakan bakteria tinggal di lidah, lelangit dan di tepi-tepi mulut kita. Daripada anda menggunakan berus gigi untuk menggosok lidah anda lebih baik anda menggunakan berus lidah yang betul-betul memberi kesan yang terbaik kepada anda dan tidak memberi kesan dan komplikasi buruk terhadap deria rasa anda di kemudian hari.
5. Letak Berus Gigi di Tempat yang Bersih dan Tidak Berair
Pasti ramai diantara kita yang sambil lewa meletakkan berus gigi mereka didalam bilik air..Labi-Labi tekankan kepada anda supaya JANGAN LETAK DALAM BILIK AIR tambah-tambah lagi bilik air yang ada jamban sekali tu..PLEASE DON'T DO THIS AT HOME,HOSTEL,EVEN IN HOTEL! Kerana bilik air mempunyai bakteria dan bakteria sangat cepat membiak dalam kawasan yang lembab dan berair..Anda try letak dekat microscope then tengok berapa banyak bakteria yang telah anda ternak dan tanya diri anda samaada anda mahu lagi gunakan berus itu atau tidak.
4. Tukar Berus Gigi Anda dengan Kerap.
Berus gigi adalah wajar ditukar sekitar 2~3 bulan penggunaannya untuk menjamin kualiti dan kadar pembiakan bakteria yang ada dekat berus gigi itu tidak akan menyebabkan kemudaratan kepada diri kita. Berus gigi juga bagi pendapat Labi-Labi perlu ditukar apabila berusnya tidak lagi sedap dipakai bak kata orang..haha.Tapi jangan lah pulak pergi tukar setiap hari kalau kamu tu tokey takpelah just do it!
3. Jumpa Doktor Gigi 2 Kali Setahun
Ini juga penting kerana ia dapat menjana pendapatan kepada doktor gigi. Jika anda tidak pergi sapa lagi nak pergi kan?baik tak payah ada doktor gigi..hahaha..Tapi serius Labi-Labi kata, gigi kita perlukan regular checkup untuk memastikan gigi kita sihat dan kuat Apabila kita buat regular checkup, kita dapat prevent hal-hal yang kecik daripada menjadi semakin besar dan terjadinya sakit gigi..HOOOYEH..Tapi Labi-Labi agak gerun jugak ar bile time skola dulu..dengar je Klinik Pergigian datang dan-dan terus lari..ahahaha..kecut perot Labi-Labi tau tak..
2. Floss Gigi Anda Sekurang-Kurangnya 3-4 kali Seminggu
Flossing bukan tentang menghilangkan sisa makanan. Ini sebenarnya tentang menghilangkan plak iaitu bahan bertanggungjawab untuk gigi berlubang, radang gusi dan akhirnya kehilangan gigi.
1. Berus Gigi 2 Kali Sehari Sekurang-Kurangnya 2minit
Berus gigi anda jika anda risau gigi anda jadi seperti gigi yang dibawah ini.
Click Below For More Information
No comments:
Post a Comment