Assalamualaikum para pembaca JariPlastik yang Labi-Labi sayangi..
Entry kali ini Labi-Labi nak cerita dekat korang tadi kan Labi-Labi pergi makan dekat Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang yang terletak di pekan Sungai Petani..Restoran itu terletak berdekatan dengan Restoran Nasi Kandar Nashmir ( ala yang dekat-dekat TESCO tu ) .
Actually, Labi-Labi memang teringin lama dah nak pergi menikmati juadah yang ada dekat sana sebab Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang kalau tak silap lah pernah masuk surat khabar atau dalam salah satu rancangan television kalau tak silap Labi-Labi lah.
Pelbagai juadah atau lauk pauk yang disediakan disana. Di Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang tu dorang ada sediakan nasi lemak itu wajib lah dan nasi biasa. Kepada anda yang nak tukar selera dorang jugak ada menyediakan makanan seperti nasi goreng,kuewtiow goreng dan lain-lain (sorry lah Labi-Labi tadi tak teliti abis lak dia nyer menu).
Kepada yang tak pernah mengunjungi restoran tersebut di bawah Labi-Labi ada sertakan gambar yang Labi-Labi pergi makan tadi bersama rakan Labi-Labi..Tapi maaflah kualiti gambar tidak memuaskan kerana pakai HP je pun tangkap gambar.
Daging Masak Hitam |
Ikan bilis & Kacang Goreng & Sambal |
Complete meal Nasi lemak with Iced Tea |
Sapik's nasi lemak ayam+telur+ikab bilis+sambal+ Air Sirap |
Cube teka berapa total kitorang kena bayar?
Labi-Labi nyer murah je rm2.50 sahaja sekali dengan air teh ais.
Sapik punya around rm4.00 ~ rm5.00 if I'm not mistake..
Memula Labi-Labi tak percaya lah jugak sebab murah sangat tau tak rm2.50 untuk apa yang Labi-Labi makan dalam gambar tadi tu. So, lepas Labi-Labi tengok list harga dekat meja cashier, Labi-Labi belek-belek then tengok air teh ais just rm1 je.. So thats mean nasi lemak hanya RM1.50 sahaja..MURAH TAK?? BERBALOI BEB!!Labi-Labi kata nie bukan sebab dorang bayar Labi-Labi tok promote,tapi benda dah betul watpe Labi-Labi nak tipu..
Daging Masak Hitam dia pergh..Memang lembut lah..Puas hati kot makan..Tak macam makan dekat tempat lain kadang-kadang "urat baloq" (istilah itu jika anda tidak faham sila tanya kepada orang UTARA) pun dorang letak dalam daging tu..
So as a conclusion for this entry, NASI LEMAK SEDAP!HOOYEAH!HAHA..
Click Below For More Information
No comments:
Post a Comment