Anda mengalami masalah sakit jantung, darah tinggi, sakit buasir atau sakit pinggang? Ye Labi-Labi ada penyelesaiannya tapi untuk yang nak kekal langsing lah..To those yang girls nie mesti mengalami masalah-masalah berat badan masih meningkat padahal dah makan macam-macam pil dah korang gune..
Mana taknye Cik Timah oi, Kak Bedah, Kak Pah, Kak Yan oi...ko pergi makan benda tu tapi ko tak bersenam..Cube ko bersenam sikit ni tak harapkan makan pil segala taik arnab tu watpe..
Ayat diatas itu bukan ditulis oleh Labi-Labi tapi Vincent Fernando yang tulis..google nama dia dekat Facebook mesti jumpe...
Hari ini Labi-Labi nak bagi Tips Untuk Kekal Langsing kepada yang ada masalah berat badan yang berlebihan dan sikit lagi nak terlebih tu sila ikot petua-petua macam mana nak kurus dan langsing macam Vincent Fernando tu ok?
Gambar Ehsan Google |
TIPS KEKAL LANGSING
- Pastikan anda makan pada waktu yang tetap,jangan ubah waktu makan
- Jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi,sebab sarapan pagi boleh control jumlah pemakanan anda pada waktu tengahari.
- Banyakkan makan buah dan sayur-sayuran serta minum susu untuk kuatkan tulang
- Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap tapi jangan makan benda berlemak lak..makan buah buahan atau sayur - sayuran ok..
- Jangan minum ais,sebab ais boleh buat stamina kita rendah dan perut buncit
- Bersenam/Jogging/Skipping-memadai hanya setengah jam sehari,tapi haruslah constant untuk kurangkan lemak.Kalau nak laju-laju pun bagus,baik untuk jantung!
- Mandi waktu pagi supaya tubuh lebih segar.
- Jangan tidur selepas subuh,bila badan aktif waktu pagi,badan anda kurang lemak Maknenye bangun lah solah Subuh..Tu pasal lah ada Solat Subuh..
- Jangan malas buat aktiviti macam sapu sampah,kemas rumah sebab dengan cara ni dapat membakar kalori. Kepada pemalas nak mati Labi-Labi syorkan yang ini.
- Kurangkan tidur di siang hari,memadai hanya rehat selama 1 jam.Kalau rasa mengantuk selepas lunch,sila buat kerja-kerja seperti mengemas dan lain-lain.
- Jangan makan malam selepas jam 8 malam dan jangan tak makan malam. Seeloknya makan pada pukul 6 petang untuk membolehkan makanan dihadam dengan lebih effective
- Tinggalkan meggi sebab meggi ada bahan yang tak bagus,dipercayai ada bahan perasa yang tidak sesuai untuk badan anda
- Kurangkan penggunaan 3 in 1 dalam minuman.Bahaya!Jangan minum langsung pun takpe..Gula banyak tu..
- Kurangkan gula dalam makanan dan minuman. Gula boleh menyebabkan cavities dan lain-lain penyakit gigi.
- Banyakkan minum air masak/air suam untuk buang toksin dalam badan. Air itu akan dibuang apabila anda berpeluh ketika bersenam dan membuang air kecil
- Kurangkan makan fast food macam KFC,MCD dan lain-lain makan masakan yang anda masak sendiri lagi senang.
- Jangan takut untuk makan nasi,hanya ambil dalam kuantiti yang sedikit!
No comments:
Post a Comment