Random Post

Tuesday, 22 February 2011

Proses E-Voting UiTM Kedah

Yeeehhaaa..Tertunai juga kewajipan Labi-Labi sebagai seorang pelajar di UiTM Kedah ini apabila telah berjaya menjalankan kewajipan Labi-Labi sebagai seorang pengundi yang berkaliber,dinamik,berdaya saing, dan pelbagai BER lagi

Suasana yang Labi-Labi akan ceritakan melalui gambar-gambar yang terpampang dibawah ini.



Part ini yang Labi-Labi paling suka..KARANGAN BERGAMBAR..


Pada suatu hari yang indah lagi permai, Muthu Labi-Labi dan rakan-rakan telah menghadirkan diri ke kelas dengan rasa yang gembira dan semacam pun ada kerana tak pernah-pernah Labi-Labi bangun dan bersiap awal untuk ke kelas punya awal macam tu.

Gambar diatas adalah gambar yang menunjukkan betapa seriusnya UiTM Kedah mengingatkan para pelajar mereka untuk menjalankan kewajipan sebagai seorang pelajar untuk memilih Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kedah untuk sesi kali ini. Sistem pengundian secara E-Voting telah dipilih untuk memudahkan para pencacai pengira undi untuk mengira undi lah..takkan nak kira batu kot.


Labi-Labi masuk ke PINTU SESUKA HATI NOMBOR 2 milik UiTM Kedah. Setiap Fakulti memiliki pintu sesuka hati mereka sendiri. So, tak boleh lar nak main masuk je pintu rumah orang lain..takde adab namanya tu.

Selepas melangkah masuk ke dalam dewan pengundian itu terpampang lah pulak Bunting ini. Ini senang cita macam tutorial bagaimana untuk mengundi menggunakan sistem E-Voting. Memula Labi-Labi pun tak tahu la jugak mana tak nya pergi tangkap gambar je tapi tak tengok pun langkah-langkah tu..


Ini adalah tempat yang terletaknya meja para petugas bilik pengundian kerja mereka hanya check je nama pelajar yang datang nak mengundi tu.



Dua keping gambar diatas ini adalah posing classmate Labi-Labi lah..Dorang tau dorang nak masuk blog Labi-Labi yang tak femes ni tu pasal lah dorang posing bagai nak rak tu.



Ini adalah contoh gambar sistem yang sempat Labi-Labi snap sebelum Labi-Labi memulakan proses pengundian. Setiap Pelajar boleh mengundi hanya 2 orang wakil sahaja daripada fakulti masing-masing. So, sendiri mau ingat lah..Kalau korang baik dengan senior & junior dan bila nampak kitorang tak masam muka tapi senyum memanjang itu lah yang kami akan pilih.


Ha yang atas nie bukan kad no MAGNUM 4D or Sport TOTO. ini adalah security ID atau bahasa mudahnya ialah PASSWORD untuk E-Voting. Selepas vote kena masukkan kertas ini kedalam tong yang disediakan.

Sekian Terima Kasih.
-LabiLabi-


No comments:

Post a Comment