Random Post

Monday, 4 April 2011

Ustaz yang tiada Rational Diri

Gambar Hiasan

Kes pukul pelajar: Ustaz minta maaf atas perbuatannya

04/04/2011 8:08pm
KANGAR 4 April - Bapa angkat kepada murid yang dipukul sehingga meninggal dunia tidak menyangka individu yang menjemputnya untuk melihat keadaan anak angkatnya itu di hospital merupakan indivdu yang melakukan perbuatan tersebut.

Mohd Zamri Shafie, 40, seorang pekerja kilang simen berkata, ustaz tersebut yang menelefonnya sendiri pada pukul 1.40 pagi Jumaat lalu untuk memaklumkan bahawa anak angkatnya Saiful Syazani Saiful Sopfidee 7, telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah akibat mengalami sawan dan mengajaknya untuk melihat kanak-kanak tersebut.

"Pada mulanya saya tidak menyangka ustaz itu yang memukul anak saya sehinggalah beliau sendiri datang jumpa saya pada pagi hari Jumaat dan meminta maaf atas perbuatannya,” kata Mohd Zamri kepada pemberita di rumahnya di Jejawi dekat sini hari ini.

Saiful Syani, seorang anak yatim pada mulanya koma setelah dikatakan dipukul hampir dua jam oleh seorang ustaz yang berumur 26 tahun yang juga penyelia asrama di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Jejawi.
Kanak-kanak tersebut kemudianya meninggal dunia di hospital pada 8.50 pagi semalam. - Bernama

Salam sejahtera kepada rakan-rakan seperjuangan ku sekalian..Anda baca ini? Apakah perasaan kamu semua bila terbaca berita seperti ini??

Bagi Labi-Labi hati kecil ini seraya berkata:

"Ustaz apa ini berhati syaitan? Ini ustaz ker hape nie?"
Tergamak seorang ustaz ini memukul pelajar yang seorang anak yatim piatu sehingga meninggal dunia..Apakah hukumnya apabila memukul anak yatim? Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pun bila ternampak nak yatim baginda pegang kepala dan usap-usap kepala anak itu..Tapi apakah ini tauladan seorang yang bergelar USTAZ?

Inikah ciri-ciri yang kita cari dalam seorang ustaz iaitu panas baran dan tidak mempunyai pemikiran rational? 

Ini bukan lagi sifat-sifat ustaz yang khatam 30juzuk Al-Quran..Labi-Labi terkilan, bagaimana ustaz ini mendidik anak muridnya?*Pity for them*

Ustaz ini pernah berfikir jika kejadian ini terjadi kepada anak beliau?

*Oh sorry i forget! This "Ustaz" do not have children yet!No wonder is he doesn't know how*

Akhir kata, Labi-Labi harap tiada lagi kejadian seperti ini berlaku di Malaysia khususnya penderaan dalam kalangan pendidik.





No comments:

Post a Comment