Random Post

Monday, 18 April 2011

Anjing itu Haram KAH?

Salam you all semua,

Entry Kali ini Labi-Labi nak bawa anda semua bincang tentang :-

Adakah anjing ini haram?
Sebelum itu jom kita tengok gambar di bawah ini..Tapi dinasihati anda supaya kosongkan minda dan berfikir sejenak adakah betu apa yang orang " Islam " dibawah ini buat..

Baby kumpulan Res2

Anak kepada Artis Malaysia

Adakah anjing ini haram dalam Islam?

Pemeliharaan anjing sebagai hobi atau pet.

Penjelasannya boleh saja ditemui dalam kitab yang masyhur, alHalal wal Haram fil Islam oleh Prof Dr Yusof alQardhawi yang telah lama diterjemah dan beredar dalam pasaran.

Kata alQardhawi, hukum membela anjing sebagai pet (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah saw. Dalilnya: Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda," Barangsiapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath." [Bukhari-Muslim dan semua ahli hadith yg lain] Inilah juga pendapat majoriti madzhab, antaranya Syafie, Hambali, Maliki dan Zahiri ( alMajmuu', IX/234)

Pemeliharaan Anjing Sebagai Penjaga Ladang atau Harta Benda

Merujuk kepada pandangan ulamak yang diatas pemeliharaan Anjing sebagai penjaga Ladang atau Harta Benda adalah diharuskan kerana anjing yang dibela itu ada satu keperluan dimana kita mahu anjing itu sama-sama menjaga kawasan ladang dan harta benda kita.


Pandangan Labi-Labi tentang isu Anjing

Labi-Labi pelik dengan sesetengah butthurt yang sewenang-wenangnya meletakkan hukum yang mengatakan memegang anjing ini hukumnya HARAM. Ini sama sekali tidak benar kerana tiada dalam satu dalil pun mengatakan anjing ini Haram dipengang. Jika kita memengang Anjing apa yang kita perlu buat adalah bersamak dan ia tidak mendatangkan dosa pun kepada kita.

Yang haram itu adalah memakan daging anjing atau daging babi dan sejenis dengan nya yang terang-terangan tertulis dalam hadith dan Alquran.

Kepelikan yang kedua yang Labi-Labi terfikir adalah apabila butthurts yang bercakap tentang memegang anjing ini haram tapi pernahkah mereka berfikir yang mereka itu lagi Haram kerana ber " butthurt " dengan manusia yang membuat dosa ataupun bersekongkol dengan butthurt lain bersama-sama menjayakan majlis dosa itu!

Tapi apabila terjadi seperti itu mereka dengan tangkas dan efficient menyangkal dakwaan itu. Sudah terang lagi mau bersuluh..

Kesimpulannya, pegang anjing tak haram cuma perlu samak sahaja tapi kalau bela suka-suka tak boleh la bhai..

Sumber Gambar: OhBulan, Ustaz Asyraf,
Click Sini untuk tabung LabiLabi

No comments:

Post a Comment