Random Post

Thursday, 27 January 2011

Panduan Untuk Memulakan Perniagaan

 Hi entry kali ini Labi-Labi share untuk korang semua yang sangat minat business macam Labi-Labi nie satu article yang agak memberi input-input yang sangat berguna kepada anda jika anda seorang business minded macam Labi-Labi.

Apabila anda merancang untuk memulakan perniagaan, perkara pertama yang perlu anda sediakan adalah Rancangan Perniagaan anda. Ramai bakal usahawan tidak menyedari kepentingan mempunyai sebuah Rancangan Perniagaan. Mereka hanya menyediakannya jika mahu membuat permohonan pinjaman modal. Jika tidak, tiadalah Rancangan Perniagaan.

Sebenarnya Rancangan Perniagaan bukan sekadar berguna untuk memohon pinjaman tetapi ia memang sesuatu yang perlu dan merupakan antara kunci kejayaan anda khususnya dalam memandu perniagaan yang baru anda ceburi. Sebuah Rancangan Perniagaan yang disediakan dengan lengkap serta teliti akan membantu anda menguruskan perjalanan perniagaan anda dalam keadaan serba sedar dan serba bersedia setiap masa.
Anda akan dapat mengenalpasti semua elemen kunci yang bakal berlegar di sekitar perniagaan anda seperti keperluan, potensi, kekuatan, kelemahan, cabaran di samping cara-cara mengurus atau menangani elemen-elemen berkenaan supaya matlamat yang anda ingin capai, boleh tercapai.




Apabila anda mempunyai sebuah Rancangan Perniagaan, anda boleh menetapkan milestone-milestone tertentu untuk anda capai dalam tempoh-tempoh tertentu. Kaedah ini adalah penting supaya anda mempunyai matlamat dan penanda aras yang jelas dalam memastikan perniagaan anda berkembang dan berjaya.
Calculated risk, konsep penting apabila anda menceburkan diri dalam bidang perniagaan hanya wujud apabila anda memiliki sebuah Rancangan Perniagaan. Jika tidak ada, tentulah mustahil untuk anda membuat penilaian mengenai potensi dan risiko perniagaan anda secara sistematik. Perniagaan tidak boleh berdiri di atas dasar trial & error kerana setiap langkah adalah wang.
Satu perkara yang amat penting mengenai Rancangan Perniagaan adalah, anda harus menyediakannya sendiri. Jangan upah orang, biar berapa profesional pun dia. Anda lebih tahu apa yang anda ingin capai, apa yang anda impikan dan di mana kekuatan serta kelemahan anda yang sebenar-benarnya. Jika anda memerlukan bantuan, dapatkan sekadar yang perlu, selebihnya buatlah sendiri. Anda harus lebih tahu mengenai perniagaan yang akan anda jalankan dari orang lain.

Di bawah adalah salinan draf Rancangan Perniagaan oleh Tekun Nasional. Anda hanya perlu mengisi maklumat yang berkenaan selengkap mungkin dalam setiap bahagian untuk menyiapkan Rancangan Perniagaan anda. Selamat mencuba.


1. TUJUAN 
     - Tujuan ingin menjalankan perniagaan

2. LATAR BELAKANG PROJEK

    2.1 PENGENALAN - Lokasi projek /keluasan
          - Latar belakang industri dan trend pasaran
          - Senario masa hadapan
    2.2 SYARIKAT / KUMPULAN - Profil Syarikat
         - Kepakaran Ahli dan Pengalaman 2.3 LATAR BELAKANG PENGUSAHA / AHLI - Latar               Belakang Pengusaha, Nama, Alamat, telefon
         - Pengalaman
         - Kelulusan akademik
         - Kepakaran
         - Kursus dan latihan ( peserta diwajibkan menghadiri kursus berkaitan sebelum pembiayaan diluluskan)   
    2.4 MODEL/KONSEP PERNIAGAAN/KEUSAHAWANAN 

3. RANCANGAN PENGURUSAN

    - Diuruskan sendiri oleh pengusaha; atau
    - Project Management Consultant (PMC)
    - Kakitangan pengurusan
    - Pengalaman/kepakaran
    - Jawatan dalam Bahagian/Agensi
    - Struktur organisasi

4. RANCANGAN PEMASARAN

   Analisis Pemasaran - Ramalan jualan – perlu buat analisis pelanggan, pasaran dan perkhidmatan
   - Kaji arah aliran pasaran dalam industri
   - Mengukur saiz pasaran
   - Pesaing Ramalan Jualan Strategi Pemasaran - Strategi pemasaran secara keseluruhan spt bagaimana menghadapi pesaing dari segi kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya
   - Contract farming/manufacturing Strategi Perkhidmatan - Faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan     Strategi Harga - Penentuan harga
   - Tawaran harga dan sebagainya Strategi Pengedaran - Cara pengedaran dibuat
   - Kos-kos terlibat
   - Rancangan jangka pendek dan panjang jualan tersebut Strategi Promosi - Teknik-teknik promosi yang dijalankan Belanjawan Pemasaran

5. RANCANGAN OPERASI

    - Perkhidmatan/produk ditawarkan
    - Proses operasi
    - Keupayaan operasi
    - Senarai bahan mentah (jika ada)
    - Pembekal bahan mentah / sumber produk
    - Khidmat sokongan / bantuan daripada agensi
    - Senarai pekerja terlibat 

6. RANCANGAN KEWANGAN

Rancangan kewangan akan memastikan sejauhmana kebenaran andaian/ramalan yang dibuat dalam pasaran, jualan dan kos-kos terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ianya boleh digunakan untuk menilai dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan. Rancangan kewangan merangkumi:
   - Kos projek – kos tetap / kos berubah
   - Sumber pembiayaan Sendiri daripada peserta
Pembiayaan TEKUN - Profoma aliran tunai – bulanan dan tahunan ( 3 – 5 tahun)
   - Profoma penyata pendapatan – tahunan (3 – 5 tahun)
   - Analisis ROI / pay back period

7. JADUAL PELAKSANAAN PROJEK

    - Tunjukkan peringkat-peringkat perlaksanaan projek

8. PENGLIBATAN AGENSI KERAJAAN 

    - FAMA / JABATAN PERTANIAN / PENTERNAKAN / HAIWAN / LPP/LPPK / MARDI / LKIM / AGENSI DI BAWAH KERAJAAN NEGERI DLL 

9. PENGURUSAN RISIKO PROJEK 

     - Cagaran / Penjamin
     - Kajian Teknikal / Pengesahan Jabatan/Agensi Kerajaan
     - Cadangan pengurangan risiko projek 

10. PENUTUP 

Bahagian ini merupakan kesimpulan atau rumusan yang memberi gambaran yang menyeluruh mengenai perniagaan yang dijalankan. Pengusaha juga boleh memberi sebarang maklumat sokongan lain yang boleh memberi justifikasi mengenai daya maju perniagaan pengusaha.

Sumber : KakiBisnes

Click Below For More Information


Wednesday, 26 January 2011

Tips SEO

Hi kali ini Labi-Labi nak share dengan korang tentang Search Engine Optimization (SEO) atau dalam bahasa Malaysia ialah " Pengoptimuman Enjin Carian".


Apa itu SEO?

selalu dikaitkan dengan teknik-teknik untuk meningkatkan trafik atau pasaran sesuatu laman web atau blog. Ia sememangnya tepat kerana SEO membantu dalam mempromosikan sesuatu laman dan dalam masa yang sama menuntut kepakaran dari segi teknikal, sekurang-kurangnya memahami aturcara HTML.

SEO dikaitkan dengan teknik pemasaran menggunakan teks atau kandungan dalam satu laman web atau blog. Secara umum, SEO ditakrifkan sebagai aktiviti untuk mengoptimumkan satu laman web atau keseluruhan sistem laman supaya lebih mesra kepada agen carian seterusnya mendapatkan trafik tertinggi dalam satu siri penilaian.


Disini Labi-Labi nak share dengan korang Tips bagaimana hendak membuat SEO secara Basic sahaja lah..Sebab Labi-Labi pun still belajar lagi..so kalau korang ada tips yang lain boleh lah share dengan Labi-Labi oke?

Tips SEO

Tip 1 : URLs kita mestilah mesra Search engine
contoh : kalo web/blog kita pasal web hosting..URL kita leh letak web-hosting atau web_hosting.
ni kene pandai main ngan niche..

Tip 2: Keyword yang betul
Contoh : web/blog pasal web hosting. korang leh buat MINISITE pasal web
web hosting tapi menggunakan keyword yang menarik "web Hosting percuma"

Tip 3: Kajian Keywords
Ni penting sebelum korang tentukan apa yang korang fokuskan dalam web.
ni tools untuk buat research.

https://adwords.google.com/select/KetwordToolExternal
http://www.sofnik.com/download/gkwv2_setup.exe
http://www.goodkeywords.com

Tip 4: Alamat IP
penting web korang ada unik ip sendiri.sebab utamanya ialah kebanyakan web
adalah dalam "SHARED" hosting servis yang mana berkongsi IP. kalo salah 1 web dalam
SHARED hosting kene banned olek Search Engine. Boleh efek ranking web korang.

Tip 5 : Site Map
selalu lah korang letak SITE MAP dalam web korang yer. pastu Submit Site-Map
menggunakan Google1s webmaster tools.Site-Map memudahkan Search Engine buat carian.
http://www.google.com/webmasters/sitemaps/

Tip 6 : Guna H1 Tags
dah dibuktikan oleh pakar SEO..menggunakan H1 tags bagus untuk optimization.
Jadi,Pastikan HEADLINE web korang dalam mode H1.

Tip 7 : Menu Links
link menu pun leh jadik salah 1 keyword. kreatif lah dalam membuat ayat-ayat cinta link korang tuh...
pastikan realted ngan web korang..

Tip 8: Css Div Tags
ni tutorial camne nak buek benda ni..
http://www.ndesign-studio.com/re ... asic-css-tableless/

Tip 9: Limitkan Javascripts
jangan banyak sangat buh javaskipt..contohnye..letak jam lah..letak unable right klik..yang bukan
maklumat sebenar web korang...

Tip 10 : Meta Description
Selalulah guna meta description ni..meta tags kate orang..Google cari pakai meta tag ni..

Kalau anda mempunyai tips yang lain anda boleh share dengan Labi-Labi

Click Below For More Information


Tuesday, 25 January 2011

Merehatkan diri di Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka

Oh kambeng Saya it has been long i never posted new entry yet..Kali ini Labi-Labi nak post kepada Kalian semua tentang percutian yang tidak dirancang oleh Labi-Labi dan kawan ke suatu tempat yang indah lagi permai yang dikenali sebagai Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka (eleh dekat je pun)

Perjalanan ini telah membawa 4 anak muda yang berjiwa kental bersama-sama mengharungi onak dan duri disamping mengapai cita-cita mereka menjadi seorang Kapoww (cite Zizan yang boxOffice sendiri) Anak muda berjiwa kental.

Perjalanan ini bermula dengan kebosanan 3 orang sekawan/satu rumah lain-lain bilik yang teramat bosan menunggu activiti yang akan wajib dilakukan pada malam hari iaitu Termasya Sukan Kolej..Ye bagi menghilangkan stress biasalah para professional seperti kami perlulah bermalas-malasan kerana jika kami terlampau hebat nanti penyertaan kami akan ditarik dan di " Banned" serta merta atas alasan kami terlalu kuat.. (padahal Labi-Labi just jadi organizer je)

Perjalanan yang mengambil masa selama 5 minit jika menaiki kapal terbang dan 1 jam jika anda main agak-agak je telah membolehkan anda berada ditempat yang indah itu..Tapi serious lah..kalau daripada Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka dengan menaiki bot dalam 5~8minit da boleh sampai dah..Tapi kalau korang ikut jalan darat@jalan biasa nie maybe akan memakan masa sehingga 1-1 1/2 jam kalau daripada UiTM Kedah nie lah...Agak jauh lah sebab nak kena pusing balik..baik nek bot je..senang..bayar RM2 untuk pergi dan RM2 untuk balik...Perkhidmatan Bot hanya disediakan sehingga selagi nampak cahaya matahari dan ley nampak pantai je..selain itu sorry der..

Actually, gambar yang dekat atas nie time Labi-Labi dekat Pantai Merdeka dah..menarik tak orang view yang dalam gambar tu?

Gambar nie time Labi-Labi posing mula-mula da sampai..Time tunggu boat yang nak gerak tu Labi-Labi ambil peluang tok posing tok masuk Blog
Dalam perjalanan pergi ke Pantai Merdeka..

Akhirnya Da sampai jugak..Pantai Merdeka

I love this picture Credit to My Photographer Faiz Syafiq



View daripada Pantai Merdeka ke Jeti Tanjung Dawai (Gambar)

Gamat
Ini bukan tahi..ini adalah salah satu hidupan marine yang tinggal didalam laut di persisiran Pantai Merdeka..Ia lebih dikenali sebagai GAMAT..oke GAMAT...Yang coklat-coklat keluar tu adalah enzyme yang bagus untuk kesihatan..(men taram je aku nie)..Terasa nak pegang so Labi-Labi pegang je lah Gamat itu..sebab lagi 3 orang rakan-rakan Labi-Labi agak kewcutt + geligeleman nak pegang si Gamat Bunting itu
Setiap yang hodoh pasti ada Ubatnya

Posing maut kew??


Alang (kiri) & Labi-Labi
Ha..gambar ni time nak tangkap da tak kesah dah tentang pe orang sekeliling nak kata..padahal agak ramai jugak lah orang yang duduk dekat situ..ada yang start gelak-gelak lagi dekat kitorang..Tapi lantak je la..Labi-Labi peduli ape..hahaha..


Nasrul Poyo bersama mata Ultraman nya

Puteri Bunian Mandi Di Laut



Dalam Boat OTW nak pulang Tanjung Dawai

Alang bersama Life Jacket

Perrghh..lupa nak cite dekat korang nie..time Labi-Labi nak balik tu..Labi-Labi and Nasrul Poyo nie duduk lah dekat depan boat tu..perghhhh..syok wa kata sama lu Serious dude!macam naik dekat theme park Genting Highland Labi-Labi cakap dekat korang..
Akhirnya gambar yang last nie selepas kami berangkat pulang daripada melawat Pantai Merdeka agak-agak da pukul 6 lebih dah..kitorang pun start motor dan gerak untuk aktiviti Termasya Sukan Kolej..

Click Below For More Information


Friday, 21 January 2011

Business Baru Akan Menemui Anda

Labi-Labi sebenarnya baru balik daripada event yang Labi-Labi dan rakan-rakan seperjuangan kena handle dekat UiTM. Kami kena handle Sukan Kolej @ SUKOL dalam bahasa senangnya. Ianya suatu event yang sangat menarik dan pelbagai activities yang telah kami anjurkan..Labi-Labi sebagai salah seorang ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej amat berbesar hati kerana dapat membantu rakan-rakan sejawatan Labi-Labi dalam usaha memartabatkan nama baik UiTM..

Nanti Labi-Labi upload gambar..sekarang agak kepenatan lah..

Sebenarnya Labi-Labi nak cerita benda lain nie..Labi-Labi sekarang tengah dalam process nak launching business 100% NON-ALCOHOLIC DRINKS PERFUME..Kepada anda semua nantikan kemunculannya..

Lelabi : Belajar cara susah untuk jadi orang senang
Click Below For More Information


Wednesday, 19 January 2011

Hikayat Labi-Labi Busy

Semester ini adalah semester yang agak busy bagi Labi-Labi kerana telah menjawat jawatan dan pelbagai aktiviti yang akan berlangsung diantara Januari hingga Mei ini...

Labi-Labi sahaja nak cerita dekat hangpa semua ye lah sekali-sekala nak release tension mesti kene luahkan walaupun pahit ditelan masin dikunyah..hehe..



Di UiTM Labi-Labi telah menjawat jawatan sebagai Exco Publisiti dan Komunikasi dalam organisasi Jawatankuasa Perwakilan Kolej (organisasi pelajar kedua terbesar selepas Majlis Perwakilan Pelajar). Labi-Labi juga telah dilantik (tak tahu lah antara saja nak pekena ke memang meraka rasa Labi-Labi boleh buat kerja Labi-Labi pun tatau ar itu kena tanya mereka lah) sebagai Class Rep. Tugasan semester ini agak berat bagi Labi-Labi yang baru freshie ini..Tapi Labi-Labi tak kesah kerana mungkin perkara ini adalah salah satu dugaan yang perlu Labi-Labi tempuhi untuk menjadi seorang insan yang berjaya suatu hari nanti..Kadang-kala masa Labi-Labi agak terhad jika dibandingkan dengan activities yang perlu dijalankan dan pernah juga terpacul rungutan yang agak tidak membina, tapi sekarang Labi-Labi perlu menerimanya dengan positive dan open-minded

Mungkin sesetengah manusia diluar sana menganggap Labi-Labi hanya duduk diam tanpa berbuat apa-apa tapi percaya lah..Jika anda berasa di tempat Labi-Labi pasti anda kelam kabut jadinya..

Time management atau pengurusan masa amat penting apabila anda menjawat jawatan mahupun anda tidak menjawat jawatan..Time management adalah suatu element yang penting dalam suatu organisasi dan amat penting dalam menguruskan diri kita. Labi-Labi telah sedaya upaya membahagikan masa untuk jawatan Labi-Labi dan personal life..tapi Labi-Labi hanya manusia biasa..tidak mampu berlaku adil..pasti ada kebocoran yang berlaku dalam pengurusan masa Labi-Labi.

Apabila Labi-Labi more on concentrate kepada jawatan pastinya akan effect personal life Labi-Labi..So bila Labi-Labi try untuk meluangkan masa untuk personal life Labi-Labi i just need people will be punctual because time is goal gold..Masa Labi-Labi amat-amat bermakna.

Jika anda ada kebolehan menguruskan masa dengan baik..InsyaAllah, you are the next billionaire !
Click Below For More Information


Monday, 17 January 2011

Kenderaan Awam oh Kenderaan Awam

Sambil mendengar lagu di Hitz.fm maka datanglah suatu ilham ingin Labi-Labi coretkan dalam personal blog ini..mungkin ramai menganggapnya sebagai suatu yang sia-sia..namun bagi sesetengah individu ianya membawa seribu makna yang mendalam (cheewah..ayat da macam gurindam jiwa)

Pengangkutan awam menjadi salah satu pilihan yang terbaik bagi penduduk di Malaysia. Walaupun kadar penggunaan kenderaan awam masih dalam kadar yang rendah, tetapi bagi Labi-Labi ianya semakin meningkat hari demi hari (tapi nak kata pesat sangat tu takde la sangat)

Disebalik kenderaan awam ini, ada permasalahannya tersendiri yang kadang kala sering kali kita hadapinya.Kenderaan awam terdiri daripada 3 jenis iaitu darat,laut dan udara. Tetapi apa yang Labi-Labi nak kupaskan ini adalah berkisar tentang kenderaan awam darat (ek eleh Labi-Labi nie duk dalam air wat poyo lak nak cite dalam darat)*kepada tukang menyampuk : lantak lah blog aku aku nyer suke ah!*

Kenderaan awam darat Labi-Labi rasa tidak perlulah untuk diterangkan secara terperinci lagi mahupun memerlukan Labi-Labi menyatakan jenis-jenisnya sekali. Anda ada otak anda fikirlah sendiri. (malas nak type nie)

Masalah

Problems yang sering kali kita kedengaran adalah seperti dinyatakan dibawah :
Ampun ya pak..ketiak kami berbau bangat!

* Berhimpit bersama-sama tanpa rela dengan pendatang asing
   
Ye lah seperti yang anda sedia maklum bila naik kenderaan awam ini kadang kala timbul rasa kurang senang apabila menaiki kenderaan awam ini bersama-sama mereka ye la kan kadang-kala natural fragrances yang terpancul keluar daripada badan mereka mengalahkan bau lembu jantan yang sedang mencari pasangan.(tambah-tambah pula bila dorang angkat tangan nak berpaut pada besi atas tu..perghhh..ketiak bau cengkam da setaraf dengan bau longkang sumbat dah)

* Kaki raba berleluasa dalam kenderaan awam

Problem ini yang paling Labi-Labi benci sebab takde kesedaran moral..kalau Labi-Labi dapat masyarakat yang suka meraba tanpa kebenaran nie amik kayu pukul tangan dia sampai hancur jari. Apa ke bodoh ke orang yang meraba nie..such retarded dumb a** . Masalah ini kadang-kala berleluasa tanpa mengira pendatang asing yang sangap dan masyarakat Malaysia sendiri yang tengah gatal punai sebab penyakit syphilis

* Manusia takde kesedaran diri.

Jenis manusia ini anda boleh lihat dalam kenderaan awam secara jelasnya dalam LRT/MONOREL/BAS AWAM nak tahu kenapa Labi-Labi kata macam tu sebab bila ada orang tua,OKU,ibu mengandung this fu**ing maggot bukan reti nak berdiri nak bagi tempat duduk tapi ley wat slumber taugeh je wat tatau..Hey jika kamu macam itu pastikan kamu semasa itu bukan dihadapan Labi-Labi kerana anda mungkin akan disepak laju-laju dengan Labi-Labi secara percuma.

*Pemandu taxi makan riba

Mesti anda pernah menghadapi masalah ini bila menaiki taxi. Riba yang dimaksudkan oleh Labi-Labi adalah pemandu taxi yang charge lebih daripada yang biasa pada penumpangnya. Contoh : jarak ke pekan A ke Pekan B normal rate hanya rm5 tapi bila ada seorang pelancong asing yang naik taxi bahalol tu dia charge rm10.

Lelabi: Jalan masih sesak..

Click Below For More Information


Sunday, 16 January 2011

Super Duper : Tayar Pecah Atas Highway SgDua



17 January 2011 adalah hari yang paling "manis" dan bermakna dalam hidup Labi-Labi kerana telah berjaya menolak motosikal diatas highway haa...Korang pernah buat apa yang Labi-Labi buat? Tak Pernah kan?Kan kan??

Nak tahu tak kesahnya macam mane?Bagi memudahkan kalian untuk memahami kronologi kisah Labi-Labi tolak motor dibawah Labi-Labi telah kepilkan satu video untuk anda yang lambat pick-up style lori balak yang overload kawkaw..hahaha

Sila click sini <----


Tak boleh click? Sila Scroll kebawah.
































Anda terkena jerat dan perangkap Labi-Labi..yeahaa..

Orait!Baiklah Labi-Labi cerita lah..alkisah..setelah berhabis-habisan menentang komunis memerah otak memikirkan bila lah Labi-Labi nak pulang ke UiTM nie..Dengan rasa berat hati dan confident nye Labi-Labi telah bertekad untuk balik UiTM pada petang hari kerana menurut ramalan kaji cuaca petang tidak menunjukkan tanda-tanda Hujan Asid yang berkepekatan tinggi akan turun pada petang itu.

Setelah merujuk kepada Tok Kadi yang melangsungkan perkahwinan anak jiran pada tahun lepas Labi-Labi telah memulakan perjalanan yang agak mencabar dengan menaiki Unta Putih bernombor pendaftaran  PJS****  (hey mana boleh gitau nanti ada orang mark lak susa lak kang) So,setelah confident dengan cuaca yang agak cerah disinari cahaya matahari petang itu telah membuat Labi-Labi melangkah pergi dengan gembira   sedih meninggalkan Ibu yang tercinta di sebuah taman disalah satu kawasan perkampungan di PulauPinang. Berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul (*dei apa la lu cerita ini dey! back to topic lah)

Setelah memulakan perjalanan yang jitu menerusi padang bola yang dihadapan taman permainan kanak-kanak ...telah bermulalah satu epilog cinta  episod minggu yang baru untuk pulang ke UiTM..Setelah melepasi susur masuk Highway JURU dengan senang hatinya Labi-Labi memecut (80km/j je lah..saje nak propa bg ayat boombang) sehingga sampai ke Area Sungai Dua : Seberang Perai Utara, Labi-Labi terdengar bunyi boooommm...dalam hati Labi-Labi terdetik apakah bunyi itu..adakah bunyi tayar Labi-Labi pada 1~2minit pertama Labi-Labi tidak berasa apa-apa yang kelainan yang terjadi pada Tayar motor Labi-Labi..Tapi lepas itu..MAKKK AI.. Labi-Labi dah mula merasakan sesuatu yang agak tergelincir-tergelincir (sapa yang bawak moto dia tau lah) pastu sampai lah suatu masa itu sehingga kegelinciran itu berlaku dengan agak teruk dan Labi-Labi telah decide untuk berhenti di atas highway dan start menolak Unta Putih Labi-Labi itu..
Kalau dia nie tlg Labi-Labi masa tolak motor comfirm dia kurus

Nasib Baik 

Nasib baik semasa Labi-Labi membuat keputusan untuk menolak Labi-Labi telah berada betul-betul dihadapan susur keluar Sg.Dua dan bermulalah episod tolak menolak diantara Labi-Labi dan Labi-Labi punye Unta Putih..

Setelah tolak bagai nak cramp kaki ini nasib Labi-Labi berjumpa dengan petrol station Shell dengan harapan dapat mengisi angin dan meneruskan perjalanan ke kedai motor berdekatan nasib baik Labi-Labi berjumpa dengan seorang brother nie sedang mengisi minyak 2T kedalam motor RX-Z beliau..Kalau beliau tak tolong Labi-Labi tak tahu lah apa akan jadi..Kerana beliau telah membantu Labi-Labi memanggil mekanik motor walaupun mekanik itu tidak dapat hadir..Tetapi Labi-Labi sangat-sangat appreciated apa yang telah beliau lakukan itu..(jangan anda kata semua mat RXZ itu mat rempit suka mengambil kesempatan keatas orang lain) Tapi beliau membawa khabar gembira yang mana kedai motor itu buka walaupun hari ahad..Alhamdulillah..DAN Labi-Labi pun pergi ke kedai itu dan tukar tayar motor..kena lah RM10..PASNI Labi-Labi nak tukar pakai TUBELESS lak..da serik dah..i don't want banana fruit 2 times..kalau tidak mau Labi-Labi balik umah tak pergi UiTM..


Lelabi : Such a memorable super duper memory
Click Below For More Information


Friday, 14 January 2011

WAH..Labi-Labi Buat Blog baru..

Bila Jari Berbicara

Oh Man, its sound crazy!!
Labi-Labi telah melancarkan Rocket Personal Blog yang kedua selepas
Actually, blog NineMustafa tu dah tak beberapa personal dah..tapi untuk memudahkan anda semua mendapatkan berita personal yang terjadi kepada Labi-Labi so lebih bagus lah kalau Labi-Labi buat satu blog yang baru sahajalah..Betul tak??
Sebenarnya Labi-Labi pun dah tak boleh buang perangai BLOGGING ni loh..
Sangat mengembirakan bila dapat Blogging nie..

Lelabi : Hope tomorrow will be a nice day
Click Below For More Information