Random Post

Monday, 17 January 2011

Kenderaan Awam oh Kenderaan Awam

Sambil mendengar lagu di Hitz.fm maka datanglah suatu ilham ingin Labi-Labi coretkan dalam personal blog ini..mungkin ramai menganggapnya sebagai suatu yang sia-sia..namun bagi sesetengah individu ianya membawa seribu makna yang mendalam (cheewah..ayat da macam gurindam jiwa)

Pengangkutan awam menjadi salah satu pilihan yang terbaik bagi penduduk di Malaysia. Walaupun kadar penggunaan kenderaan awam masih dalam kadar yang rendah, tetapi bagi Labi-Labi ianya semakin meningkat hari demi hari (tapi nak kata pesat sangat tu takde la sangat)

Disebalik kenderaan awam ini, ada permasalahannya tersendiri yang kadang kala sering kali kita hadapinya.Kenderaan awam terdiri daripada 3 jenis iaitu darat,laut dan udara. Tetapi apa yang Labi-Labi nak kupaskan ini adalah berkisar tentang kenderaan awam darat (ek eleh Labi-Labi nie duk dalam air wat poyo lak nak cite dalam darat)*kepada tukang menyampuk : lantak lah blog aku aku nyer suke ah!*

Kenderaan awam darat Labi-Labi rasa tidak perlulah untuk diterangkan secara terperinci lagi mahupun memerlukan Labi-Labi menyatakan jenis-jenisnya sekali. Anda ada otak anda fikirlah sendiri. (malas nak type nie)

Masalah

Problems yang sering kali kita kedengaran adalah seperti dinyatakan dibawah :
Ampun ya pak..ketiak kami berbau bangat!

* Berhimpit bersama-sama tanpa rela dengan pendatang asing
   
Ye lah seperti yang anda sedia maklum bila naik kenderaan awam ini kadang kala timbul rasa kurang senang apabila menaiki kenderaan awam ini bersama-sama mereka ye la kan kadang-kala natural fragrances yang terpancul keluar daripada badan mereka mengalahkan bau lembu jantan yang sedang mencari pasangan.(tambah-tambah pula bila dorang angkat tangan nak berpaut pada besi atas tu..perghhh..ketiak bau cengkam da setaraf dengan bau longkang sumbat dah)

* Kaki raba berleluasa dalam kenderaan awam

Problem ini yang paling Labi-Labi benci sebab takde kesedaran moral..kalau Labi-Labi dapat masyarakat yang suka meraba tanpa kebenaran nie amik kayu pukul tangan dia sampai hancur jari. Apa ke bodoh ke orang yang meraba nie..such retarded dumb a** . Masalah ini kadang-kala berleluasa tanpa mengira pendatang asing yang sangap dan masyarakat Malaysia sendiri yang tengah gatal punai sebab penyakit syphilis

* Manusia takde kesedaran diri.

Jenis manusia ini anda boleh lihat dalam kenderaan awam secara jelasnya dalam LRT/MONOREL/BAS AWAM nak tahu kenapa Labi-Labi kata macam tu sebab bila ada orang tua,OKU,ibu mengandung this fu**ing maggot bukan reti nak berdiri nak bagi tempat duduk tapi ley wat slumber taugeh je wat tatau..Hey jika kamu macam itu pastikan kamu semasa itu bukan dihadapan Labi-Labi kerana anda mungkin akan disepak laju-laju dengan Labi-Labi secara percuma.

*Pemandu taxi makan riba

Mesti anda pernah menghadapi masalah ini bila menaiki taxi. Riba yang dimaksudkan oleh Labi-Labi adalah pemandu taxi yang charge lebih daripada yang biasa pada penumpangnya. Contoh : jarak ke pekan A ke Pekan B normal rate hanya rm5 tapi bila ada seorang pelancong asing yang naik taxi bahalol tu dia charge rm10.

Lelabi: Jalan masih sesak..

Click Below For More Information


No comments:

Post a Comment