Random Post

Wednesday 19 January 2011

Hikayat Labi-Labi Busy

Semester ini adalah semester yang agak busy bagi Labi-Labi kerana telah menjawat jawatan dan pelbagai aktiviti yang akan berlangsung diantara Januari hingga Mei ini...

Labi-Labi sahaja nak cerita dekat hangpa semua ye lah sekali-sekala nak release tension mesti kene luahkan walaupun pahit ditelan masin dikunyah..hehe..



Di UiTM Labi-Labi telah menjawat jawatan sebagai Exco Publisiti dan Komunikasi dalam organisasi Jawatankuasa Perwakilan Kolej (organisasi pelajar kedua terbesar selepas Majlis Perwakilan Pelajar). Labi-Labi juga telah dilantik (tak tahu lah antara saja nak pekena ke memang meraka rasa Labi-Labi boleh buat kerja Labi-Labi pun tatau ar itu kena tanya mereka lah) sebagai Class Rep. Tugasan semester ini agak berat bagi Labi-Labi yang baru freshie ini..Tapi Labi-Labi tak kesah kerana mungkin perkara ini adalah salah satu dugaan yang perlu Labi-Labi tempuhi untuk menjadi seorang insan yang berjaya suatu hari nanti..Kadang-kala masa Labi-Labi agak terhad jika dibandingkan dengan activities yang perlu dijalankan dan pernah juga terpacul rungutan yang agak tidak membina, tapi sekarang Labi-Labi perlu menerimanya dengan positive dan open-minded

Mungkin sesetengah manusia diluar sana menganggap Labi-Labi hanya duduk diam tanpa berbuat apa-apa tapi percaya lah..Jika anda berasa di tempat Labi-Labi pasti anda kelam kabut jadinya..

Time management atau pengurusan masa amat penting apabila anda menjawat jawatan mahupun anda tidak menjawat jawatan..Time management adalah suatu element yang penting dalam suatu organisasi dan amat penting dalam menguruskan diri kita. Labi-Labi telah sedaya upaya membahagikan masa untuk jawatan Labi-Labi dan personal life..tapi Labi-Labi hanya manusia biasa..tidak mampu berlaku adil..pasti ada kebocoran yang berlaku dalam pengurusan masa Labi-Labi.

Apabila Labi-Labi more on concentrate kepada jawatan pastinya akan effect personal life Labi-Labi..So bila Labi-Labi try untuk meluangkan masa untuk personal life Labi-Labi i just need people will be punctual because time is goal gold..Masa Labi-Labi amat-amat bermakna.

Jika anda ada kebolehan menguruskan masa dengan baik..InsyaAllah, you are the next billionaire !
Click Below For More Information


No comments:

Post a Comment