17 January 2011 adalah hari yang paling "manis" dan bermakna dalam hidup Labi-Labi kerana telah berjaya menolak motosikal diatas highway haa...Korang pernah buat apa yang Labi-Labi buat? Tak Pernah kan?Kan kan??
Nak tahu tak kesahnya macam mane?Bagi memudahkan kalian untuk memahami kronologi kisah Labi-Labi tolak motor dibawah Labi-Labi telah kepilkan satu video untuk anda yang lambat pick-up style lori balak yang overload kawkaw..hahaha
Sila click sini <----
Tak boleh click? Sila Scroll kebawah.
Anda terkena jerat dan perangkap Labi-Labi..yeahaa..
Orait!Baiklah Labi-Labi cerita lah..alkisah..setelah berhabis-habisan menentang komunis memerah otak memikirkan bila lah Labi-Labi nak pulang ke UiTM nie..Dengan rasa berat hati dan confident nye Labi-Labi telah bertekad untuk balik UiTM pada petang hari kerana menurut ramalan kaji cuaca petang tidak menunjukkan tanda-tanda Hujan Asid yang berkepekatan tinggi akan turun pada petang itu.
Setelah merujuk kepada Tok Kadi yang melangsungkan perkahwinan anak jiran pada tahun lepas Labi-Labi telah memulakan perjalanan yang agak mencabar dengan menaiki Unta Putih bernombor pendaftaran PJS**** (hey mana boleh gitau nanti ada orang mark lak susa lak kang) So,setelah confident dengan cuaca yang agak cerah disinari cahaya matahari petang itu telah membuat Labi-Labi melangkah pergi dengan gembira sedih meninggalkan Ibu yang tercinta di sebuah taman disalah satu kawasan perkampungan di PulauPinang. Berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul (*dei apa la lu cerita ini dey! back to topic lah)
Setelah memulakan perjalanan yang jitu menerusi padang bola yang dihadapan taman permainan kanak-kanak ...telah bermulalah satuepilog cinta episod minggu yang baru untuk pulang ke UiTM..Setelah melepasi susur masuk Highway JURU dengan senang hatinya Labi-Labi memecut (80km/j je lah..saje nak propa bg ayat boombang) sehingga sampai ke Area Sungai Dua : Seberang Perai Utara, Labi-Labi terdengar bunyi boooommm...dalam hati Labi-Labi terdetik apakah bunyi itu..adakah bunyi tayar Labi-Labi pada 1~2minit pertama Labi-Labi tidak berasa apa-apa yang kelainan yang terjadi pada Tayar motor Labi-Labi..Tapi lepas itu..MAKKK AI.. Labi-Labi dah mula merasakan sesuatu yang agak tergelincir-tergelincir (sapa yang bawak moto dia tau lah) pastu sampai lah suatu masa itu sehingga kegelinciran itu berlaku dengan agak teruk dan Labi-Labi telah decide untuk berhenti di atas highway dan start menolak Unta Putih Labi-Labi itu..
Setelah tolak bagai nak cramp kaki ini nasib Labi-Labi berjumpa dengan petrol station Shell dengan harapan dapat mengisi angin dan meneruskan perjalanan ke kedai motor berdekatan nasib baik Labi-Labi berjumpa dengan seorang brother nie sedang mengisi minyak 2T kedalam motor RX-Z beliau..Kalau beliau tak tolong Labi-Labi tak tahu lah apa akan jadi..Kerana beliau telah membantu Labi-Labi memanggil mekanik motor walaupun mekanik itu tidak dapat hadir..Tetapi Labi-Labi sangat-sangat appreciated apa yang telah beliau lakukan itu..(jangan anda kata semua mat RXZ itu mat rempit suka mengambil kesempatan keatas orang lain) Tapi beliau membawa khabar gembira yang mana kedai motor itu buka walaupun hari ahad..Alhamdulillah..DAN Labi-Labi pun pergi ke kedai itu dan tukar tayar motor..kena lah RM10..PASNI Labi-Labi nak tukar pakai TUBELESS lak..da serik dah..i don't want banana fruit 2 times..kalau tidak mau Labi-Labi balik umah tak pergi UiTM..
Click Below For More InformationSetelah memulakan perjalanan yang jitu menerusi padang bola yang dihadapan taman permainan kanak-kanak ...telah bermulalah satu
Kalau dia nie tlg Labi-Labi masa tolak motor comfirm dia kurus |
Nasib Baik
Nasib baik semasa Labi-Labi membuat keputusan untuk menolak Labi-Labi telah berada betul-betul dihadapan susur keluar Sg.Dua dan bermulalah episod tolak menolak diantara Labi-Labi dan Labi-Labi punye Unta Putih..
Lelabi : Such a memorable super duper memory
No comments:
Post a Comment