Random Post

Showing posts with label panduan memulakan perniagaan. Show all posts
Showing posts with label panduan memulakan perniagaan. Show all posts

Tuesday, 8 February 2011

Tips 5 Perkara yang dilarang ketika perundingan perniagaan

Kepada pembaca JariPlastik yang Labi-Labi sayangi,

Tujuan Labi-Labi menulis entry kali ini bukan kerana Labi-Labi nak pergi meninggalkan kamu semua, tetapi Labi-Labi mahu berikan info yang terbaik daripada Encik Shahabudeen Jalil melalui blog beliau yang banyak memberi inspirasi kepada Labi-Labi khususnya dalam selok belok perniagaan dan keusahawanan ini.

Ok, tanpa bercakap lebih lanjut tips dibawah yang Labi-Labi bawakan ini adalah daripada blog Encik Shabudeen Jalil sendiri

Sebagai usahawan, kita akan berjumpa pelbagai jenis orang atau klien yang akan menilai kita melalui kaedah kita berunding. Mereka mungkin tidak mengenali anda sebelum ini, tetapi mereka menilai anda dengan setiap gerak-geri dan percakapan anda.

Disini saya sediakan 5 perkara terlarang untuk membuat perundingan perniagaan.

1. Elakkan perkataan “diantara ini dan itu”

Kita sering selesa menggunakan perkataan “diantara” dalam pembualan harian kerana kita merasa kita memberikan rundingan yang fleksibel.
Contohnya seperti berkata:
“harganya antara RM 2000-2500″
“kerja ini boleh disiapkan diantara 3-4 minggu”
Tetapi kesannya sangat berbeza, klien anda akan merasakan anda tidak yakin atau kurang pasti dengan perniagaan anda. Otak mereka akan menafsirkan ini sebagai satu ketidakyakinan.
Ini sama seperti kita. Kita lebih selesa dengan peniaga yang memberi jawapan tepat 5 minggu berbanding jawapan 3-4 minggu.
Anda akan dapat melihat perbezaannya apabila memberi jawapan yang berkeyakinan berbanding jawapan yang mempunyai perkataan “diantara”.

2. Jangan  guna ayat “Saya sangat-sangat bersetuju dengan rundingan ini”

Dalam sebarang rundingan, jangan tunjukan bahawa anda telah berpuas hati dengan harga atau tawaran yang ditawarkan. Ini akan memberi kesan kepada pembeli bahawa anda telah membuat jualan yang sangat menguntungkan.
Anda mungkin pernah hadapi situasi sebegini:
Anda: Apek, ini kasut berapa harga ?
Apek : Itu saya kasi saya you RM 300 la.. harga untuk you saja.
Anda : Ayo.. mahal sangat la.. bagi la murah sikit.
Apek : Brapa you mau ?Anda : RM 200 boleh ?
Apek : OK OK .. amik RM 200.
Anda : (aik ??? kenapa senang sangat)
Apek.. murah lagi boleh?
Apek : You mau kena tumbuk ka ?
Jadi walaupun anda sudah mencapai target anda, tenang dan tawarkan perkhidmatan tambahan kepada pelanggan anda.





3. Elakkan Ayat “Cuba tuan tawarkan saya sesuatu”

Mengikut sebuah kajian, keputusan rundingan biasanya berpihak kepada pihak yang menawarkan harga dahulu.
Maksudnya, dalam apa-apa rundingan, pastikan bukan klien anda yang menetapkan harga perundingan terlebih dahulu. Anda perlu lontarkan tawaran anda terlebih dahulu sebelum meneruskan perundingan.
Anda lebih mengetahui mengenai kos dan keuntungan. Klien anda mungkin tidak ada idea langsung mengenai harga ini.
Mengikut satu lagi kajian yang dinyatakan dalam buku Neotiation oleh Adam D. Galinsky, “Dalam kajian kami, kami mendapati bahawa keputusan akhir sesebuah rundingan bergantung kepada samada penjual atau pembeli membuat tawaran yang pertama.
Secara spesifik, apabila penjual membuat tawaran pertama, harga akhir didapati lebih tinggi berbanding dengan apabila pembeli membuat tawaran pertama.

4. Ayat “Sayalah pembuat keputusan sepenuhnya”

Walaupun perniagaan anda hanya dimiliki oleh anda seorang. Pastikan anda tidak sekali-kali menyebut sebegini.
Klien yang bijak biasanya akan bertanya, siapakah yang membuat keputusan dalam syarikat ini. Anda seharusnya menjawab “saya dan rakan perniagaan saya”.
Jika pelanggan memang tahu anda adalah CEO syarikat ini. Anda mungkin perlu menjawab “Saya perlu bertanya pengurus yang in charge di bahagian ini”.
Anda tidak seharusnya menunjukan bahawa anda adalah pembuat keputusan. Kadang-kadang dalam keadaan tidak mengizinkan, anda mungkin akan membuat keputusan berdasarkan perasaan.
Contohnya jika ada seorang gadis sangat cantik meminta harga yang rendah. Anda mungkin tertawan dan memberikan harga itu. Ini adalah salah.
Sepatutnya, anda berkata “saya tidak boleh menawarkan harga ini, kerana syarikat kami telah menetapkan harga paling rendah adalah ini”

5. Jangan sekali-kali mencarut

Perunding yang hebat, tidak akan mengambil kisah sebarang kritikan kepada perniagaannya. Perniagaan bukan diri anda, jadi anda tidak perlu marah jika perniagaan anda dikritik orang.
Perniagaan adalah seperti bayi kita, tetapi kritikan seperti ini perlu ditangkis dengan baik dan bukan dengan perasaaan marah. Kesalahan seperti ini sering dilakukan oleh usahawan.
Contohnya, keadaan yang biasa saya hadapi.

Klien : Tuan yang anjurkan kursus usahawan import barang dari China ???

SJ : Ya tuan

Klien : Tapi saya tengok barang-barang dari China ini berkualiti rendah. Cepat rosak. Diorang pun banyak menipu.

SJ : Betul tu tuan. Itulah yang saya cuba didik kepada usahawan melalui kursus ini. Di China, terdapat barangan yang berkualiti tinggi dan barangan yang berkualiti rendah. Jika tidak, tidak mungkin syarikat-syarikat besar seperti Adidas, Nike, Puma pun menghasilkan produk di sana.Tentu mereka tahu caranya. Oleh itu, usahawan yang tertipu di China adalah usahawan yang tidak tahu kaedah betul memborong. Jika mereka tahu, kebarangkalian untuk ditipu adalah sangat rendah. Malah terdapat ramai pemborong China yang sangat bagus.

Sekian, posting kali ini agak panjang.. minta maaf.

Thursday, 27 January 2011

Panduan Untuk Memulakan Perniagaan

 Hi entry kali ini Labi-Labi share untuk korang semua yang sangat minat business macam Labi-Labi nie satu article yang agak memberi input-input yang sangat berguna kepada anda jika anda seorang business minded macam Labi-Labi.

Apabila anda merancang untuk memulakan perniagaan, perkara pertama yang perlu anda sediakan adalah Rancangan Perniagaan anda. Ramai bakal usahawan tidak menyedari kepentingan mempunyai sebuah Rancangan Perniagaan. Mereka hanya menyediakannya jika mahu membuat permohonan pinjaman modal. Jika tidak, tiadalah Rancangan Perniagaan.

Sebenarnya Rancangan Perniagaan bukan sekadar berguna untuk memohon pinjaman tetapi ia memang sesuatu yang perlu dan merupakan antara kunci kejayaan anda khususnya dalam memandu perniagaan yang baru anda ceburi. Sebuah Rancangan Perniagaan yang disediakan dengan lengkap serta teliti akan membantu anda menguruskan perjalanan perniagaan anda dalam keadaan serba sedar dan serba bersedia setiap masa.
Anda akan dapat mengenalpasti semua elemen kunci yang bakal berlegar di sekitar perniagaan anda seperti keperluan, potensi, kekuatan, kelemahan, cabaran di samping cara-cara mengurus atau menangani elemen-elemen berkenaan supaya matlamat yang anda ingin capai, boleh tercapai.




Apabila anda mempunyai sebuah Rancangan Perniagaan, anda boleh menetapkan milestone-milestone tertentu untuk anda capai dalam tempoh-tempoh tertentu. Kaedah ini adalah penting supaya anda mempunyai matlamat dan penanda aras yang jelas dalam memastikan perniagaan anda berkembang dan berjaya.
Calculated risk, konsep penting apabila anda menceburkan diri dalam bidang perniagaan hanya wujud apabila anda memiliki sebuah Rancangan Perniagaan. Jika tidak ada, tentulah mustahil untuk anda membuat penilaian mengenai potensi dan risiko perniagaan anda secara sistematik. Perniagaan tidak boleh berdiri di atas dasar trial & error kerana setiap langkah adalah wang.
Satu perkara yang amat penting mengenai Rancangan Perniagaan adalah, anda harus menyediakannya sendiri. Jangan upah orang, biar berapa profesional pun dia. Anda lebih tahu apa yang anda ingin capai, apa yang anda impikan dan di mana kekuatan serta kelemahan anda yang sebenar-benarnya. Jika anda memerlukan bantuan, dapatkan sekadar yang perlu, selebihnya buatlah sendiri. Anda harus lebih tahu mengenai perniagaan yang akan anda jalankan dari orang lain.

Di bawah adalah salinan draf Rancangan Perniagaan oleh Tekun Nasional. Anda hanya perlu mengisi maklumat yang berkenaan selengkap mungkin dalam setiap bahagian untuk menyiapkan Rancangan Perniagaan anda. Selamat mencuba.


1. TUJUAN 
     - Tujuan ingin menjalankan perniagaan

2. LATAR BELAKANG PROJEK

    2.1 PENGENALAN - Lokasi projek /keluasan
          - Latar belakang industri dan trend pasaran
          - Senario masa hadapan
    2.2 SYARIKAT / KUMPULAN - Profil Syarikat
         - Kepakaran Ahli dan Pengalaman 2.3 LATAR BELAKANG PENGUSAHA / AHLI - Latar               Belakang Pengusaha, Nama, Alamat, telefon
         - Pengalaman
         - Kelulusan akademik
         - Kepakaran
         - Kursus dan latihan ( peserta diwajibkan menghadiri kursus berkaitan sebelum pembiayaan diluluskan)   
    2.4 MODEL/KONSEP PERNIAGAAN/KEUSAHAWANAN 

3. RANCANGAN PENGURUSAN

    - Diuruskan sendiri oleh pengusaha; atau
    - Project Management Consultant (PMC)
    - Kakitangan pengurusan
    - Pengalaman/kepakaran
    - Jawatan dalam Bahagian/Agensi
    - Struktur organisasi

4. RANCANGAN PEMASARAN

   Analisis Pemasaran - Ramalan jualan – perlu buat analisis pelanggan, pasaran dan perkhidmatan
   - Kaji arah aliran pasaran dalam industri
   - Mengukur saiz pasaran
   - Pesaing Ramalan Jualan Strategi Pemasaran - Strategi pemasaran secara keseluruhan spt bagaimana menghadapi pesaing dari segi kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya
   - Contract farming/manufacturing Strategi Perkhidmatan - Faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan     Strategi Harga - Penentuan harga
   - Tawaran harga dan sebagainya Strategi Pengedaran - Cara pengedaran dibuat
   - Kos-kos terlibat
   - Rancangan jangka pendek dan panjang jualan tersebut Strategi Promosi - Teknik-teknik promosi yang dijalankan Belanjawan Pemasaran

5. RANCANGAN OPERASI

    - Perkhidmatan/produk ditawarkan
    - Proses operasi
    - Keupayaan operasi
    - Senarai bahan mentah (jika ada)
    - Pembekal bahan mentah / sumber produk
    - Khidmat sokongan / bantuan daripada agensi
    - Senarai pekerja terlibat 

6. RANCANGAN KEWANGAN

Rancangan kewangan akan memastikan sejauhmana kebenaran andaian/ramalan yang dibuat dalam pasaran, jualan dan kos-kos terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ianya boleh digunakan untuk menilai dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan. Rancangan kewangan merangkumi:
   - Kos projek – kos tetap / kos berubah
   - Sumber pembiayaan Sendiri daripada peserta
Pembiayaan TEKUN - Profoma aliran tunai – bulanan dan tahunan ( 3 – 5 tahun)
   - Profoma penyata pendapatan – tahunan (3 – 5 tahun)
   - Analisis ROI / pay back period

7. JADUAL PELAKSANAAN PROJEK

    - Tunjukkan peringkat-peringkat perlaksanaan projek

8. PENGLIBATAN AGENSI KERAJAAN 

    - FAMA / JABATAN PERTANIAN / PENTERNAKAN / HAIWAN / LPP/LPPK / MARDI / LKIM / AGENSI DI BAWAH KERAJAAN NEGERI DLL 

9. PENGURUSAN RISIKO PROJEK 

     - Cagaran / Penjamin
     - Kajian Teknikal / Pengesahan Jabatan/Agensi Kerajaan
     - Cadangan pengurangan risiko projek 

10. PENUTUP 

Bahagian ini merupakan kesimpulan atau rumusan yang memberi gambaran yang menyeluruh mengenai perniagaan yang dijalankan. Pengusaha juga boleh memberi sebarang maklumat sokongan lain yang boleh memberi justifikasi mengenai daya maju perniagaan pengusaha.

Sumber : KakiBisnes

Click Below For More Information