Random Post

Friday 21 October 2011

Perbezaan Antara Lelaki dan Perempuan

Salam semua,

Ok kali ini Labi-Labi share satu diagram yang dapat menunjukkan perbezaan antara lelaki dan perempuan. Bukan Labi-Labi nak memisahkan antara dua gender, tetapi itulah hakikatnya lelaki dan perempuan adalah berlainan.

Ok, tak kira kau perempuan yang bertukar jadi lelaki atau lelaki yang bertukar jadi perempuan kau tetap takkan boleh menafikan diagram dibawah ini. Sebab sila tengok diagram dibawah...


Ok, kepada yang pernah bekerja dibawah bos lelaki dan perempuan, sudah semestinya anda dapat merasai bagaimana kelainannya bukan? Sudah tentu kadang-kadang bos perempuan akan kadang-kala lebih mengikut emosi. Ye Labi-Labi akui memang ada jugak lelaki menggunakan emosi semasa melakukan sesuatu perkara, tetapi tidak sekerap perempuan kerana sudah itu fitrah mereka yang menggunakan emosi/nafsu melebihi menggunakan akal.

Ok, yang tadi baru  pasal kerja, tak masuk lagi bab dalam relationship lagi kan?

Ok, bab relationship pula, kadang-kadang anda perasan tak perempuan lebih menggunakan emosi dalam sesuatu hubungan rather than akal?Ok mungkin lah kadang-kadang ada jugak lelaki menggunakan emosi, tetapi tak de lah sebanyak perempuan menggunakan emosi dalam menilai dan mencari solution bagi sesuatu masalah itu. Mereka akan try untuk mencari jalan yang paling mudah. Anda fikir sendiri ye wahai kaum lelaki dan perempuan. Tetapi bagi lelaki pula mereka akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan dan pilih jalan terbaik antara yang terbaik untuk menyelesaikannya.

Ok, kepada kaum lelaki anda pernah tak dalam perhubugan wanita itu minta jalan mudah dengan memutuskan sahaja hubungan itu? Kalau anda pernah so maknanya perempuan itu menggunakan emosi. Tapi jangan putus asa wahai lelaki sebab secara fitrahnya perempuan memang menggunakan emosi melebihi akal sebab tu  kuasa talak hanya pada lelaki sahaja..

Ok, bila masuk soal financial pula, Labi-Labi puji sikap sesetengah wanita yang betul-betul buat financial budget seperti mak Labi-Labi. Beliau memang bukan Labi-Labi nak puji mak sendiri lah tetapi Labi-Labi tak dapat cari lagi seorang yang betul-betul pandai menguruskan kewangan dan perbelanjaan seperti mak Labi-Labi. Anda boleh bayangkan bagaimana duit RM1000+RM500 boleh digunakan untuk perbelanjaan sebulan keluarga kami. Nak kata kehidupan makan pagi kais pagi pernah la pulak, makan mengalahkan orang gaji 2 3 ribu sebulan.. Nak tahu kenapa? Sebabnya mak Labi-Labi tidak menjadikan tabiat berhutang apabila membeli sesuatu.. Tapi kalau dah benda harga beribu-ribu terpaksa lah juga berhutang tapi kalau benda tu setakat ratus-ratus je mak Labi-Labi bayar cash je..

Ok, tapi bab financial Labi-Labi salute lah dekat kaum wanita sebab sesetengah mereka macam mak Labi-Labi.. Tapi ada jugak yang memang perabih boreh je, ibarat mendukung biawak hidup je jenis perabih duit pandai pastu nak mencari tu malas..Hopefully takde lah macam tu kan para pembaca Labi-Labi *Paragraph nie untuk semua wanita dan lelaki*

Ok, setakat itu je Labi-Labi nak celoteh sebab nak celoteh banyak-banyak pun bukan hangpa nak jegei *read : tengok* baca kan..

Lelabi : Baru Labi-Labi perasan yang semua paragraph dimulakan dengan OK! Adei!

Click Sini untuk tabung LabiLabi

No comments:

Post a Comment