Random Post

Monday, 24 October 2011

Apabila Ibu Kecewa Terhadap Seorang Anaknya

Kesian dengan babak realistik ini, Nasihat seorang ibu diendahkan semata-mata si anak ingin mengecapi keseronokan yang sementara bersama seorang kawan yang baru dikenali, Darah muda yang membuak-buak inginkan keseronokan sehingga nasihat ibu diabaikan demi seorang insan yang bergelar lelaki, Aku tergamam apabila seorang ibu betul-betul frust dengan anaknya sehinggakan mengeluarkan statement yg lebih kurang maksud begini "apa yang dibuatnya dia tanggung sendiri, ******* (aku saje letak banyak2 bgi korang tak tahu siapakah dia) tidak akan campur baik,susah atau senang," demikianlah begitu hancurnya hati seorang ibu yang melahirkan kita apabila anak yg dikandung 9bulan didalam rahim itu menderhaka kepadanya semata-mata ingin mengecapi apa yang dia mahukan..

Aku rasa bagai nak menangis bila dengar ibunya kata begitu, sebab apa? Sebab aku tak pernah buat mak aku macam tu even sejahat-jahat aku pun.. Kepada anak muda, janganlah kita menderhaka kepada ibu bapa sesungguhnya segala larangan dan nasihat mereka ada maksud disebaliknya..

Dalam kekecewaan aku, aku tetap tak sanggup apabila seorang ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan didalam rahim, ditatangnya dengan penuh kasih sayang, dibelai dan dijaga dengan baik telah mengeluarkan statement sedemikian rupa terhadap anaknya.. Aku tak menyalahkan ibunya kerana aku faham jauh siapa tidak terasa apabila anak buat begitu? Jauh disudut hati ibunya terasa akan perlakuan anaknya itu..

Aku mula memujuk ibunya supaya tidak berkata demikian sedangkan aku memang tiada apa-apa kaitan lagi dengan keluargannya sedangkan aku boleh sahaja cakap " Ahhh, persetankan sahaja gadis itu, bukan menjadi  tanggung jawab aku lagi untuk mengambil berat keatasnya." . Tetapi akal yang baik telah mematangkan aku supaya aku tidak bersikap lepas tangan sebaliknya aku menasihati ibunya supaya jangan berkata sedemikian kerana sebusuk-busuk dia tu tetap anakmu. Ya, memang dia keras kepala, tapi kita tak patut buat macam tu, kita nak dia jadi baik dan faham kenapa kita melarangnya berbuat begitu dan begini semata-mata untuk kebaikannya sahaja. Masih tidak terlambat lagi untuk menyedarkannya, Aku yakin suatu hari nanti dia akan berubah. Aku masih menaruh kepercayaan aku kepadanya untuk berubah.

Kadang-kadang aku pun tak paham kenapa dia selalu salah anggap setiap perbuatan aku? Sedangkan aku nak dia jadi baik-baik sahaja dikemudian hari. Apa yang aku larang itulah yang ibunya juga akan larang sebab aku tahu apa yang ibumu mahukan.. Dusta aku jika aku berkata yang ibumu tidak kisah apa yang terjadi kepadamu sepanjang kamu bersamaku...

ITU SEMUA DUSTA!

Ibumu meletakkan harapan keatasku untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya dan itulah harapan yang terpapar dimata beliau. Kamu tahu? Secara automatik aku telah memikul tanggungjawab yang besar, apa terjadi kepadamu itu menjadi tanggungjawab aku dan aku tahu ibumu semestinya mencari aku dahulu sebelum mencari orang lain.. Tapi kamu? Masih dengan kawan barumu itu... "Ibumu Diderhakai Kawan Barumu Disanjungi.." . Nak tahu kenapa aku kata begitu? Disaat ibumu melarang kamu tapi kamu mempertahankan manusia itu, Kamu sanggup bermasam muka dan membuat satu scene yang dingin apabila dengan ibu kamu, Kamu sedar tak kamu sekarang telah melakukan penderhakaan terhadap ibu kamu? Aku nak sedarkan kamu daripada terus hanyut dalam dunia ciptaan kamu! Aku tahu aku sudah bukan sesiapa bagi kamu, tapi kamu sedarlah yang masih ada lagi orang yang sayang pada kamu!

Kesabaran aku benar-benar teruji dengan sikap dia kenapa susah sangat dia nak beralah? Dengan ibumu sendiri pun engkau susah nak beralah inikan lagi apabila dengan orang lain... Kamu tidak fahamkah concept GIVE AND TAKE? Kenapa begitu senang kamu mengucapkan concept itu tanpa kamu mengamalkannya?

Aku hanya ada satu sahaja nak cakap kepada dia jika diberi kesempatan, Aku harap dia akan meminta kemaafan kepada ibunya yang selama ini mengandungkannya selama 9 bulan, ditatang bagai minyak yang penuh, diberi ilmu yang cukup tapi malangnya dia telah menyebabkan ibunya begitu kecewa terhadapnya... Sedarkah kamu yang syurga kamu dibawah telapak kaki ibumu? Menderhaka kepada ibumu jawapannya tidak bau syurga sepanjang hidup kamu. Jika bau pun tak boleh inikan pula hendak masuk kesana bukan?Kamu tidak ada rasa malu kah apabila orang luar sendiri faham tentang ibu kamu sedangkan kamu terus terusan menimbulkan segala masalah ciptaan kamu sendiri? Aku tahu kamu akan marah dengan aku, tapi aku sekurang-kurangnya mahu sedarkan kamu daripada hanyut dan terus hanyut dalam dunia kamu... 

Aku maafkan segala kesalahanmu, tetapi kamu tolong tolong tolong jangan derhaka kepada ibu kamu sebab kamu ada dia. Sementara kamu ada dia kamu hargailah sementara dia masih hidup kamu jangan jadi macam aku menyesal tak sudah sehingga sekarang kerana tak sempat minta maaf dengan arwah bapa aku.. Selagi aku masih hidup ini lah aku nak nasihat kamu dan kamu terpaksa menadah telinga nak dengar segala bebelan aku, tapi lepas aku takda aku janji aku takkan gangu kamu lagi.. Biarkanlah aku aman di alam yang lagi satu tu lagi.. Last word, Aku nak kamu jangan berasa diri kamu itu terlalu hebat sehinggakan kamu boleh buat apa-apa sahaja terhadap orang lain, Ingatlah, Tuhan sentiasa melihat kamu..

Lelabi : Serious aku menitis air mata semasa menukilkannya betapa hancurnya hati seorang ibu terhadap anaknya.. Perkara ini benar-benar terjadi didalam hidup aku sendiri.. Aku tidak berbohong akan cerita ini..

Lelabilabi : Sorry, Labi-Labi terpaksa menggunakan kata ganti nama Aku instead of Labi-Labi kerana mengikut kesesuaian entry, Bagi Labi-Labi kata ganti nama Aku membawa maksud sesuatu yang lebih rapat dalam perhubungan semasa kita bercakap dengan orang lain..Hopefully korang semua tidak kisah..

Click Sini untuk tabung LabiLabi

No comments:

Post a Comment