BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….
Disclaimer Note : Please open your mind, heart and feel free from everything before you judge me. I know when i post this entry maybe someone will feel uncomfortable with what I am writing now. And very very very sorry if my English becoming MANGLISH ( Malay + English = Manglish) because I'm still addict to sambal belacan and it tune my tongue until now. To those who are girls, please read this because it is crucial if u currently have boyfriend, and it is important if you don't have any BF yet, and don't read this if u are planning not to love someone called a MAN.
- Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... (Kecantikan akan dimamah usia apabila semakin usang jasad kita, tapi keihlasan dan ketulusan hati kamu akan memberi kesan kepada hubungan kita..)
- Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. ( Yeah, that correct, Labi-Labi akan lakukan apa sahaja untuk dapatkan kamu)
- Si dia akan sentiasa menghantar sms..walaupun tidak dibalas..ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu…
- Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu. (Labi-Labi tak pernah nangis untuk kamu! *nada confident dengan riak muka tak reti nak menipu padahal dia lah paling suke nangis*)
- Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. (Yang ini Labi-Labi sendiri tak tahu nak jawab sebab terlalu subjective jika hendak mengukur usaha yang sedaya upaya, but i hope u will realize that I'm really committed to cheer you up when you are sad )
- .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. ( Strongly agree, Labi-Labi mengaku memang Labi-Labi kuat membebel, susahkan nak cari lelaki yang kuat membebel macam perempuan? Mungkin Labi-Labi mewarisi mak Labi-Labi kot, But dear percayalah Labi-Labi, takkan membebel jika sesuatu tu pada pandangan Labi-Labi kemudian hari akan menimbulkan lebih banyak masalah daripada kebaikannya )
- Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja ( Labi-Labi sering kali terfikir akan perkara ini, bukan maknanya tidak percaya tapi Labi-Labi risaukan akan perhubungan Labi-Labi akan berakhir di tengah jalan, For GOD sake, Labi-Labi tak pernah layan perempuan yang pernah bercinta dengan Labi-Labi melebihi wanita yang sedang bertakhta dihati Labi-Labi sekarang ini. Labi-Labi akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan daripada menyerah begitu sahaja sebab bagi Labi-Labi jika hubungan ini berakhir ditengah jalan mungkin Labi-Labi menutup pintu hati Labi-Labi tapi bukan bermakna Labi-Labi gay tapi serik akan kehilangan orang yang kita sayang )
- Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu..
- Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. ( I strongly AGREE with this one, do you ever realize that I'm trying to get your attention? You know, I don't remember when was the last time you coax me, yeah what I said is truth so I hope you will take note and never angry or " touching " with me )
- Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. ( I always offering my self and asking you if you have any problem just tell me, I promise I will try my best to help you, but you insist to tell me lately, then for what i become your boyfriend if i can't help you dear?)
- Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya..
- Tidak suka kamu memakai seksi...kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek...
- Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
- Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
- Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. ( Yeah, but Labi-Labi pun tak tahu dia perasan akan hal ini atau tidak.. I hope dia sedar lah.. )
- Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
- Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya. ( Deep in my heart, this is what i will do if you dump me )
- Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu...
- Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
- Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. ( Labi-Labi tak suke lelaki mendekati kamu sebab Labi-Labi tak suke FULLSTOP. If u like any guy and don't hesitate to tell me... )
HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.
Lelabi : These all totally reflect me
Click Sini untuk tabung LabiLabi
No comments:
Post a Comment