Random Post

Saturday, 17 September 2011

Cinta Muka Buku

Disclaimer Note : Apa yang akan anda baca selepas ini adalah entry yang mempunyai tahap yang mungkin akan meyampahkan kepala otak anda. Labi-Labi tidak akan bertanggungjawab keatas segala kerosakan kepala otak anda sepanjang anda membaca entry ini. Sebarang kecacatan mental dan fizikal anda selepas membaca entry ini adalah atas risiko anda sendiri. Anda juga tidak disarankan melakukan perkara yang sama seperti apa yang tertulis di dalam entry mahupun blog ini kerana anda tidak MEET THE STANDARD untuk melakukannya *anda marah? should i care?*


Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi kerana memanjangkan umur Labi-Labi dan berterus-terusan menganugerahkan segala idea-idea yang bagi Labi-Labi amat memberangsangkan untuk menyiapkan nukilan dan memngolahkannya supaya menjadi lebih bermakna tak kira untuk diri Labi-Labi atau kepada orang lain *orang lain? read : If ada orang lain yang dapat manfaat Alhamdulillah kehadrat Illahi*

Oke, mungkin anda tertanya-tanya kenapa Labi-Labi menempelkan video clip Najwa Latif - Cinta Muka Buku. Ya, Labi-Labi akui memang ada kena mengena entry ini dengan lagu ini dan pada saat Labi-Labi menulis entry ini Labi-Labi sedang mendengar lagi ini.

Sebelum Labi-Labi meneruskan dengan cerita yang seterusnya ini, Labi-Labi ingin bertanyakan satu soalan kepada anda semua; 

Anda percaya kepada CINTA MUKA BUKU (read : FACEBOOK)?

Ok, biar Labi-Labi bercerita tentang pengalaman Labi-Labi duhulu,

Dulu, Labi-Labi tak percaya kepada apa yang disebutkan cinta muka buku (read : FACELOVE). Tapi bagi Labi-Labi Facebook telah berjaya menemukan Labi-Labi dengan seorang insan yang benar-benar memahami Labi-Labi walaupun kami tidak pernah lekang daripada perselisihan faham, tapi itu adalah sesuatu yang biasa kerana setiap perselisihan itu adalah salah satu cara mematangkan diri kita ini. 

Alhamdulillah, dengan adanya muka buku (read : Facebook) ia telah menemukan dua hati yang menburu apakah dimanakah cinta dan apakah makna cinta. Tanggal 27 July 2010 adalah tarikh keramat bagi Labi-Labi berkenalan dengan beliau.

Pertemuan Labi-Labi dengan teman hati (read : awek) Labi-Labi adalah suatu yang tidak pernah dijangka, bermulanya episod perkenalan kami hanya di laman web sosial yang terkenal iaitu di Facebook. Pertemuan kami bermula kerana " Majlis Makan Malam "  yang dianjurkan oleh pelajar semester 5 pada masa itu; iaitu semester Labi-Labi. 

Pada awal perkenalan kami Labi-Labi tak pernah menjangka yang beliau ( read : awek Labi-Labi ) akan menjadi kekasih hati Labi-Labi, tapi setelah mengenali beliau dan bersembang dengan beliau baru Labi-Labi sedar yang dia ( read : awek Labi-Labi ) itu adalah calon yang terbaik untuk Labi-Labi, memang betul pepatah orang putih tua-tua yang mengatakan " don't judge a book by its cover " 

Perkenalan dengan beliau telah memberi harapan baru dan memberi makna baru kepada hidup Labi-Labi, tapi itu bukan bermakna hidup Labi-Labi yang lepas-lepas itu tidak berharapan atau tidak bermakna langsung  cuma kurang sedikit sebelum kehadiran beliau. Beliau juga seorang yang pandai berceloteh tanpa segan silu dan beliau juga mempunyai sepasang lesung pipit yang menjadi penyeri senyuman beliau dan secara tidak langsung menjadi pujaan hati Labi-Labi.

Maka, tanggal 22 August 2010 adalah tarikh yang amat bermakna bagi Labi-Labi kerana Labi-Labi telah berjaya melamar beliau walaupun Labi-Labi berasa kurang confidence pada mulanya, Alhamdulillah dengan berkat dan izin Yang Esa, Labi-Labi telah berjaya melamar beliau untuk menjadi penyeri hidup Labi-Labi.

Labi-Labi harap semoga Allah akan panjangkan jodoh kami dan jika ianya berakhir dengan perpisahan maka akhirilah ia dengan ajal kerana berpisah semasa hidup lebih sukar berbanding berpisah kerana ajal.Amin.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dalam fitting room UNIQLO time tu mereka ada membuat tawaran 50% discount kepada barangan terpilih sempena pembukaan cawangan baru mereka. Kain dia seriously memang lagi sedap daripada baju Padini *dengan harga yang lebih kurang/murah lagi Labi-Labi rasa*

I LOVE RED that's why hp Labi-Labi pun cover warna merah juga hehe..

Click Sini untuk tabung LabiLabi

No comments:

Post a Comment