Random Post

Monday, 12 September 2011

Bagaimana Hendak Sayangi Diri Anda?

Salam semua Labi-Labi ucapkan kepada anda semua para pembaca blog Labi-Labi yang tak beberapa nak semegah blog orang lain yang banyak gambar-gambar gadis-gadis comel yang menghiasi dinding-dinding blog mereka disamping gambar yang boleh "rotate" di bahagian bar tepi (read : sidebar)

Pada entry kali ini Labi-Labi nak bertanyakan kepada anda satu soalan iaitu :

Adakah anda suka dengan bentuk tubuh badan anda?



Kebanyakan orang akan berkata tidak, kerana mengikut fakta dan pemerhatian Labi-Labi keatas keadaan sekeliling yang terjadi dalam kehidupan seharian Labi-Labi ramai antara rakan-rakan Labi-Labi yang mengeluh akan keadaan bentuk tubuh badan mereka.

"Wei, aku rasa badan aku....... tak cantik bla bla bla"

"Wei, aku rasa perut aku dah mengelebeh lah bla bla bla"

"Labi-Labi, kenapa eh aku kurus sangat?"

Ayat diatas adalah diantara beribu soalan yang ditujukan kepada Labi-Labi oleh teman dan orang-orang sekeliling yang sepertinya mengeluh akan keadaan tubuh badan mereka yang tidak menepati cita rasa mereka. Ada juga diantara mereka yang benci kerana bentuk badan mereka yang gemuk, tidak menarik, boroi dan sebagainya tetapi adakah perkara yang anda benci itu akan menimbulkan suatu keadaan yang boleh menimbulkan motivasi keatas diri anda?

Jika YA adakah anda mengambil satu inisiatif untuk memperbetulkan apa yang anda rasa kurang menarik pada pandangan anda itu..

Jika TIDAK, adakah anda patut terus membenci keadaan diri anda itu sedangkan tuhan telah beri anda otak untuk berfikir supaya anda dapat ubah bentuk badan anda itu?

Labi-Labi bukan hendak menggalakkan kita untuk membuat sesuatu yang menyalahi undang-undang agama. Agama Islam, Labi-Labi tekankan tidak membenarkan umatnya membuat suatu pengubahan keatas apa yang Allah telah ciptakan seperti pembedahan plastik untuk mencantikkan wajah, " alter " kening dan sebagainya.

Labi-Labi ingin sarankan kepada yang tidak berpuas hati keatas tubuh badan atau diri anda itu agar mencari satu solusi yang dapat mengubah diri anda mendapatkan apa yang anda idamkan. Contohnya :

Kalau anda mengalami berat badan berlebihan :

1- Kurangkan makanan berlemak
2- Bersenam dengan kerap agar dapat membakar lemak
3- Berjalan kaki setiap petang di taman *jika anda tidak mampu untuk berjogging
4- Kurangkan apa yang anda makan itu kepada separuh
5- Jangan sesekali mengambil sebarang pil menguruskan badan tanpa nasihat pakar/doktor

Jika anda mengalami parut jerawat atau cela (macam Labi-Labi)

1- Kerap basuh muka anda
2- Gunakan pembersih muka yang khas untuk menghilangkan jerawat dan parut
3- Jangan biarkan muka anda berminyak
4- Gunakan krim yang dibeli di pakar kulit khas untuk menghilangkan parut jerawat

Ataupun anda boleh mencuba sesuatu seperti tips Labi-Labi dibawah ini pula yakni untuk meningkatkan motivasi diri anda.

Anda boleh mencuba untuk berkata kepada badan anda setiap kali anda pandang ke cermin dan mengatakan

" Saya suka badan saya kerana badan saya telah berbakti kepada saya. Badan saya telah membantu saya melakukan segala amal ibadat kepada Allah ". 

Sekarang, Labi-Labi mahu anda untuk mengasihi semua perkara-perkara yang bekerja dengan sempurna untuk anda. Jika anda membaca ini, maka Labi-Labi akan menganggap bahawa jantung anda berdegup, mata anda melihat, dan paru-paru anda bernafas, jadi mula di sana. "I love you, jantung dan paru-paru, untuk menjaga saya hidup selama ini." "I love you, mata, kerana membiarkan saya membaca artikel yang luar biasa ini." Dan seterusnya.

Mungkin anda akan berasa pelik apabila melakukannya tetapi apabila telah lama dan terbiasa melakukannya akan akan berasa ianya tidaklah sesuatu yang janggal malah ianya dapat meningkatkan motivasi diri anda.

Usah pedulikan apa yang akan orang sekeliling akan kata kepada anda kerana mereka tidak langsung membantu anda apabila anda ditimpa kesusahan.

Akhir kata daripada Labi-Labi, tingkatkan usaha dan selamat beramal..

Click Sini untuk tabung LabiLabi

No comments:

Post a Comment