Salam semua..
Aahhh..hari ini genap 3 hari (30 MAY 2011) setelah aku penghabiskan pengajian DIM (Diploma In Medic) (read : Diploma Information Management) di UiTM Merbok Kedah.. Pelbagai dugaan cabaran onar dan duri yang telah aku tempuhi..Meskipun kadang-kala terjelopok di pertengahan jalan sambil berjalan mengikuti arus kadang - kala hidup ini menongkah arus..
Oh Kawan,
Kenangan bersamamu amat berharga.. Aku teringat semasa kita pergi BBQ, Bukit Merah Laketown, Sungai Sedim walaupun kita tersesat masuk jalan entah mana hala aku pun tak tahu.. Tapi akhirnya sampai juga ke destinasi yang kita hajati..
Aku juga terkenang lagi senda tawa mu.. gurauan mu.. Dan senyuman mu wahai kawan... Aku tahu ada yang diantara kamu tidak beberapa menyenangi perangai ku.. tabiat ku.. dan cara ku.. Aku minta maaf jika aku menyakiti hati mu wahai kawan... Aku harap selepas ini kita tidak lagi menyimpan dendam..
Kawanku, 3 tahun kita bersama...Daripada hari yang pertama kita menjejakkan kaki di UiTM sehingga 30 May 2011.. Sungguh banyak kenangan bersama mu wahai kawan.. Ya, semasa aku menulis ini air mata ku berlinangan... Sungguh cepat bukan perkenalan kita? Pejam celik pejam celik telah tamat pengajian kita... Selepas ini bagaimana entah keadaan mu...
Oh Kawanku,
Masih ingatkah lagi kamu pelbagai peristiwa dan event yang telah kita hadiri dan kita menjadi organizer? Ingatkah kalian? Aku masih ingat semasa kita pergi Library Merbok, Sekolah Sungai Layar tapi tak jadi event dekat sana tu sebab ada jangkitan selsema burung so UiTM tak bagi kebenaran membuat aktiviti luar.. Dan yang paling terbuku di memori ialah Majlis Makan Malam PART 5 yang telah kita anjurkan itu... Pelbagai kerenah dan pengalama yang aku dapat... Thanks Kamarul Zaman Elias kerana telah menjadi seorang Project Manager yang bagus... nak sain :-p
Kepada rakan kelasku,
Ini ditujukan khas buat rakan-rakan kelas ku..
Aku inigin berterima kasih atas :-
1- Memilih aku menjadi Class Rep pada semester 6
2- Melayan kerenah aku yang annoying ni
3- Group dengan aku dalam assignment
Aku rasa banyak lagi yang aku nak berterima kasih tapi jasa baik kalian aku tak terbalas.. Aku harap Allah akan balaskan jasa baik kalian dengan pahala :-)
Kepada Ili, Ila, Diana, Aman, Sapik, Nik, Ustaz, Ili Fahmi, Yana, Syida, Tasha, Erin, Arina, Ida, Ekin dan juga Sean anda semua rock!
Special credit to Ila, Ili, Diana dan juga Aman kerana menjadi rakan gossip aku time class dan juga diluar class.. Setakat ini aku tak boleh cari yang becok macam angpa lagi tau tak.. nak menagis aku tau
Credit to Faiz Syafiq Ali n Kamarul Zaman (Aman) kerana sudi mengarut dengan aku semasa dalam class RARO :-) dan bergelak ketawa walaupun orang tak paham pun..
Oh kawan,
Alangkah bahagianya jika kita berjumpa lagi? Bila harapnya akan berjumpa lagi? Esok lusa kah? 1 tahun ? 5 tahun ? 10 tahun atau tidak berjumpa lagi setelah kau menikmati kejayaan yang lebih tinggi daripada yang lain?
Alangkah bahagianya jika kau tidak begitu (read : sombong / tak lupa kawan) tatkala aku dan rakan-rakan kita yang lain tidak mampu memcapai dahan (read : kejayaan) yang lebih tinggi seperti kamu... Ingatlah wahai kawan..kamu mungkin berjaya dalam hidupmu...Begitu juga aku dan kawan-kawan kita...Tapi kamu bisa berjaya ke tahap itu tanpa bantuan seorang kawan? Ingatlah wahai kawan-kawan ku..Aku berpesan kepada diriku dan jugak kawan-kawan ku sekalian.. Sekali kamu di atas tidak menjamin kamu berada selama-lamanya...
Alan you are deserve for title KING that Night! |
To those my friends yang coupling coupling nie Azlan n Aimi, Popo n Nazirah, Nasrul n Pa'in, Nik n Arina (sekadar menyebut beberapa nama) harap kalau hangpa ke jinjang pelamin jangan lupa ajak aku..Nak merasa jugak Nasi minyak hangpa semua hehe... Aku InsyaAllah kalau tiada aral yang melintang aku akan ajak hangpa makan nasi minyak jiran aku (read : aku)
Click Sini untuk tabung LabiLabi
No comments:
Post a Comment