Random Post

Saturday, 14 May 2011

Penat Sesi Menyamak Bahagian Bakeri Tesco

Pergh..penat gile samak barang-barang daripada Bahagian Bakery dekat TESCO tadi..Tadi HQ daripada TESCO hantar email dekat semua branch cakap tepung yang TESCO gune tu ada bahan babi..JAKIM yang bagitau..tapi bukan TESCO je yang kena..GIANT, CAREFOUR pun kena jugak sebab pakai tepung daripada supplier yang same..Yang pelik tu..ada tanda halal..Tapi macam ne ley lepas daripada inspection bahan KHINZIR? What the fukkk!

First time kot jadi benda macam nie..!!Arggghhh!!


So, kepada semua, sila buang roti yang anda beli tadi..kerana dikuatiri dicemari bahan BABI... Tapi selepas Labi-Labi dah samak dah semuanya takpe..nanti dah oke dah..Jangan risau..sesi menyamak dilakukan oleh orang Islam dan pihak JAKIM datang memeriksa keadaan dah :)

Click Sini untuk tabung LabiLabi

Tuesday, 10 May 2011

Apa itu CCRIS & CTOS

Salam semua...Entry kali ini Labi-Labi nak kongsi satu informasi tentang CTOS dan CCRIS

Apa itu CCRIS

pinjaman mbsb ccris
Kebanyakan institusi kewangan di Malaysia akan menghantar maklumat dalam bentuk laporan bulanan berkenaan kesemua pinjaman yang telah diberikan kepada pelanggan mereka kepada Credit Bureau (Jabatan Kredit) di Bank Negara Malaysia. CCRIS (Central Credit Reference Information System) adalah sistem pangkalan data berkomputer yang menyimpan maklumat yang telah dilaporkan oleh setiap institusi kewangan. Terdapat lebih kurang 9 Juta maklumat pinjaman peminjam di Malaysia yang disimpan di dalam sistem pangkalan data di CCRIS pada hari ini. Data pinjaman yang diterima dari institusi kewangan oleh Bank Negara akan diproses oleh CCRIS kepada format laporan kredit, dimana ianya boleh diakses oleh mana-mana institusi kewangan apabila diminta oleh mereka.


Laporan CCRIS akan menunjukkan jumlah pinjaman, interest dan caj-caj tertunggak pada setiap pinjaman anda termasuk jenis pinjaman (perumahan, peribadi, kad kredit, sewa beli dan overdraft). Ia juga memberi gambaran jumlah setiap bayaran bulanan yang perlu di bayar semula oleh peminjam kepada pihak bank untuk satu tahun (12 bulan). Laporan CCRIS juga memberitahu pinjaman yang yang telah dipohon serta maklumat ringkas terhadap saman atau bankrupsi.

Institusi kewangan selalunya akan menilai tahap kredit anda dengan menganalisa setiap pinjaman, baki pinjaman serta rekod bayaran pinjaman anda. Secara amnya, setiap institusi kewangan akan menolak permohonan anda sekiranya di dapati terdapat dua (2) bulan tertunggak untuk bayaran setiap pinjaman. Mereka juga akan menggunakan maklumat bayaran bulanan dan baki pinjaman yang sedia ada di dalam laporan CCRIS untuk mengira berapa banyak komitmen yang anda perlu tanggung setiap bulan. Maklumat ini akan digunakan untuk mengira DSR (Debt Service Ratio) anda setiap bulan. Ada sesetengah institusi kewangan akan menolak permohonan pinjaman perumahan sekiranya DSR berada pada tahap 50% atau lebih, namun tidak semua institusi kewangan begitu.

Anda boleh mendapatkan laporan pinjaman anda dengan mengunjungi BNMLINK di:
Ground Floor, D Block, Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.
Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK) (Overseas: 603-2174-1717)
Fax: 603-2174-1515
E-mail: bnmtelelink@ bnm.gov.my

Untuk maklumat lanjut berkenaan CCRIS layari: http://creditbureau.bnm.gov.my

Apa itu CTOS

pinjaman mbsb ctos
CTOS Sdn Bhd dan organisasi seumpamanya, mendapat dan mengumpul maklumat jika terdapat bankrupsi dan saman terhadap individu atau syarikat dan maklumat tersebut akan didaftarkan ke dalam pangkalan data elektronik mereka.


Maklumat bankrupsi mengandungi maklumat petisyen terhadap orang perseorangan dan syarikat, yang sedang, atau sudah bebas dari bankrupsi. Laporannya mengandungi maklumat seperti no fail mahkamah, lokasi, tarikh notis atau arahan mahkamah, nama individu, no kad pengenalan, dan jika dalam perbicaraan, tarikh sebut kes di mahkamah.

Maklumat saman pula selalunya mengandungi butiran terhadap individu dan syarikat dimana saman telah di keluarkan, no pemfailan mahkamah, lokasi pemfailan, tarikh notis atau arahan mahkamah, nama individu atau syarikat, jumlah saman (jika ada), no kad pengenalan individu atau syarikat (jika ada) dan tarikh sebut kes di mahkamah.

Anda boleh mendapatkan laporan percuma CTOS dari:
CTOS Sdn Bhd (209649-U)
Unit A-8-4, 8th Floor, Megan Avenue 1,
No 189, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur,
Malaysia
Tel: 603-2770 8833 Fax: 603-2770 8834
Website: www.ctos.com.my

Untuk maklumat lanjut layari: http://www.bheuu.gov.my/jim/index.shtml


Click Sini untuk tabung LabiLabi

Thursday, 5 May 2011

Labi-Labi dapat Kerja

Salam all...

Kali ini LabiLabi nak cerita dekat hangpa semua yang LabiLabi dah dapat kerja dah! YEEEHAAA...

Nak tahu kerja dekat mana?



Ya disana lah..Saya bangga menjadi warga TESCO..Yelah keluar rumah pukul 3.00petang * mak kata cari kerja apa tah kol 3.00 petang * and then pukul 3.30 petang dah dapat dah kerja *see mak, dah dapat kerja dah :D*

Esok akan bermula kehidupan LabiLabi sebagai staff TESCO yang berdedikasi kepada TESCO, NEGARA dan juga BANGSA..yeah!
Click Sini untuk tabung LabiLabi

Monday, 2 May 2011

Memori Seorang Bekas Class Rep KIS6B yang "Annoying"

Salam semua..

Aahhh..hari ini genap 3 hari (30 MAY 2011) setelah aku penghabiskan pengajian DIM (Diploma In Medic) (read : Diploma Information Management) di UiTM Merbok Kedah.. Pelbagai dugaan cabaran onar dan duri yang telah aku tempuhi..Meskipun kadang-kala terjelopok di pertengahan jalan sambil berjalan mengikuti arus kadang - kala hidup ini menongkah arus..


Oh Kawan,

Kenangan bersamamu amat berharga.. Aku teringat semasa kita pergi BBQ, Bukit Merah Laketown, Sungai Sedim walaupun kita tersesat masuk jalan entah mana hala aku pun tak tahu.. Tapi akhirnya sampai juga ke destinasi yang kita hajati..

Aku juga terkenang lagi senda tawa mu.. gurauan mu.. Dan senyuman mu wahai kawan... Aku tahu ada yang diantara kamu tidak beberapa menyenangi perangai ku.. tabiat ku.. dan cara ku.. Aku minta maaf jika aku menyakiti hati mu wahai kawan... Aku harap selepas ini kita tidak lagi menyimpan dendam..

Kawanku, 3 tahun kita bersama...Daripada hari yang pertama kita menjejakkan kaki di UiTM sehingga 30 May 2011.. Sungguh banyak kenangan bersama mu wahai kawan.. Ya, semasa aku menulis ini air mata ku berlinangan... Sungguh cepat bukan perkenalan kita? Pejam celik pejam celik telah tamat pengajian kita... Selepas ini bagaimana entah keadaan mu...

Oh Kawanku,

Masih ingatkah lagi kamu pelbagai peristiwa dan  event yang telah kita hadiri dan kita menjadi organizer? Ingatkah kalian? Aku masih ingat semasa kita pergi Library Merbok, Sekolah Sungai Layar tapi tak jadi event dekat sana tu sebab ada jangkitan selsema burung so UiTM tak bagi kebenaran membuat aktiviti luar.. Dan yang paling terbuku di memori ialah Majlis Makan Malam PART 5 yang telah kita anjurkan itu... Pelbagai kerenah dan pengalama yang aku dapat... Thanks Kamarul Zaman Elias kerana telah menjadi seorang Project Manager yang bagus... nak sain :-p

Kepada rakan kelasku,

Ini ditujukan khas buat rakan-rakan kelas ku..

Aku inigin berterima kasih atas :- 

1- Memilih aku menjadi Class Rep pada semester 6
2- Melayan kerenah aku yang annoying ni
3- Group dengan aku dalam assignment

Aku rasa banyak lagi yang aku nak berterima kasih tapi jasa baik kalian aku tak terbalas.. Aku harap Allah akan balaskan jasa baik kalian dengan pahala :-)

Kepada Ili, Ila, Diana, Aman, Sapik, Nik, Ustaz, Ili Fahmi, Yana, Syida, Tasha, Erin, Arina, Ida, Ekin dan juga Sean anda semua rock!

Special credit to Ila, Ili, Diana dan juga Aman kerana menjadi rakan gossip aku time class dan juga diluar class.. Setakat ini aku tak boleh cari yang becok macam angpa lagi tau tak.. nak menagis aku tau

Credit to Faiz Syafiq Ali n Kamarul Zaman (Aman) kerana sudi mengarut dengan aku semasa dalam class RARO :-) dan bergelak ketawa walaupun orang tak paham pun..

Oh kawan,

Alangkah bahagianya jika kita berjumpa lagi? Bila harapnya akan berjumpa lagi? Esok lusa kah? 1 tahun ? 5 tahun ? 10 tahun atau tidak berjumpa lagi setelah kau menikmati kejayaan yang lebih tinggi daripada yang lain?

Alangkah bahagianya jika kau tidak begitu (read : sombong / tak lupa kawan) tatkala aku dan rakan-rakan kita yang lain tidak mampu memcapai dahan (read : kejayaan) yang lebih tinggi seperti kamu... Ingatlah wahai kawan..kamu mungkin berjaya dalam hidupmu...Begitu juga aku dan kawan-kawan kita...Tapi kamu bisa berjaya ke tahap itu tanpa bantuan seorang kawan? Ingatlah wahai kawan-kawan ku..Aku berpesan kepada diriku dan jugak kawan-kawan ku sekalian.. Sekali kamu di atas tidak menjamin kamu berada selama-lamanya...

Alan you are deserve for title KING that Night!


To those my friends yang coupling coupling nie Azlan n Aimi, Popo n Nazirah, Nasrul n Pa'in, Nik n Arina (sekadar menyebut beberapa nama) harap kalau hangpa ke jinjang pelamin jangan lupa ajak aku..Nak merasa jugak Nasi minyak hangpa semua hehe... Aku InsyaAllah kalau tiada aral yang melintang aku akan ajak hangpa makan nasi minyak jiran aku (read : aku)

Click Sini untuk tabung LabiLabi