Random Post

Showing posts with label personal blog. Show all posts
Showing posts with label personal blog. Show all posts

Tuesday, 12 February 2013

Monolog Labi-Labi

Telah lama rasanya Labi-Labi tinggalkan blog ini. Mungkin juga ada yang tertanya-tanya kenapa blog ini tidak lagi mencoret segala kisah kehidupan Labi-Labi? Hmm, kehidupan ini penuh dengan ujian, dugaan dan segala macam pancaroba yang sentiasa mengheret kita ke arah kebinasaan.


Oh dunia,
Mungkin juga ini adalah satu petanda dimana pada saat ini Labi-Labi telah tergerak hati mencoretkan segala seribu satu rasa yang terbuku dihati? Adakah Labi-Labi ingin membuat satu penampilan semula terhadap laman Blog ini? Bagaimana harus Labi-Labi lakukan?

Jika hati kata tak mahu jangan disuruh buat begitu dan begini jika hati kata mahu tanpa disuruh dan diseru akan terus memberikan khidmat.

Buang yang keruh ambil yang jernih demi memulakan kehidupan yang baru. Patah tumbuh hilang berganti bak kata orang tua-tua dahulu. Jangan dikenag perkara yang lama kerana apa yang ada sekarang itulah matlamatmu. Perkara yang lepas dijadikan pedomanan supaya tidak lagi berlaku perkara sedemikian rupa. 

Hmm, (mengeluh panjang)
Jari jemari menaip satu persatu huruf yang ada di papan kekunci dan disusun menjadi satu patah perkataan dan satu demi satu patah perkataan bergabung menjadi satu ayat. Ayat demi ayat bergabung menjadi perenggan dan perenggan demi perenggan menjadi satu karya. Begitu juga lah kehidupan kita. Kita tidak dapat hidup bersendirian untuk mencapai kesempurnaan kerana tiada satu insan bergelar manusia itu adalah manusia yang sempurna kecuali para Rasul Allah S.W.T.

Kita? Siapa kita? kita hanya manusia yang tiada apa-apa. Mana mungkin seorang manusia itu manu mengejar kesempurnaan tetapi tidak mahukan kehidupan bersosial. Mana mungkin! Manusia oh manusia kenapa engkau terlalu angkuh? Kita serupa walaupun engkau itu perempuan dan Labi-Labi ini lelaki tetapi kita serupa. Kita datang daripada benih yang pertama yang masuk kedalam ovum kita adalah juara. Tapi walau engkau sang juara tapi kita masih tidak sempurna. Kita masih perlukan teman untuk menyempurnakan diri kita ini.

Moga-moga apa yang ada sekarang ini adalah penamat bagi sebuah episod yang lama.

Sekian, coretan monolog daripada isi hati Labi-Labi setelah sekian lama meninggalkan arena blogging personal.Semoga entry ini adalah satu petanda kebangkitan Labi-Labi dalam arena penulisan blogging ini kembali walaupun Labi-Labi sedar penulisan yang Labi-Labi hasilkan perlukan banyak tunjuk ajar daripada anda semua. Sekian. Terima kasih kerana membaca.
Click Sini untuk tabung LabiLabi

Saturday, 20 August 2011

An Article With Millions Chapter in it..

Salam sejahtera keatas kamu semua,

Sudah sekian lama Labi-Labi tidak berceloteh didalam blog yang tak la se"GAH" blog anda semua ini, tapi tujuan Labi-Labi menulis blog adalah untuk menyuarakan padangan dan harapan Labi-Labi yang hanya kecil sahaja dimata sebahagian besar manusia yang memandang.. Tapi bagi Labi-Labi harapan dan pandagan Labi-Labi adalah suatu harapan yang amat besar dan bermakna.

Seperti mana yang anda semua tahu, ini adalah blog personal Labi-Labi yang menceritakan tentang kisah hidup Labi-Labi yang picisan yang boleh diibaratkan tidak ada tempat dalam masyarakat. Secara jujur Labi-Labi cakap, siapa kisah apa yang terjadi kepada kita jika kita tidak memberi makna dan manfaat kepada seseorang atau sesuatu komuniti itu sendiri. Betul kan apa pandangan picisan Labi-Labi itu?

Ok, kali ini chapter lain pula kita lompat sekejab..

Sepertimana anda semua tahu, Labi-Labi baru sahaja kembali seperti sediakala dengan Cik Labi-Labi (read : Awek). Yeah, i really appreciate when she was ready to accept me even i told her to start with zero " 0 " back and Alhamdulillah she agreed with my words. 

Ok, now Labi-Labi mengalami suatu perasaan paranoid yang sesungguhnya Labi-Labi amat risau akan kehilangan beliau (read : awek) lagi. Ya, Labi-Labi akui pepatah orang tua-tua cakap " kalau ada jodoh takkan kemana" even sound very very sarcastic &$%$% #@!$#@$#@ tapi ini balasan kepada ayat sarcastic tersebut " Memang lah kalau ada jodoh tak kemana tapi kalau kau duduk diam je tak usaha Allah pun tak bagi jodoh itu kepada engkau ada paham?" demikianlah ayat sarcastic Labi-Labi kepada golongan yang membuka ayat tersebut dihadapan Labi-Labi. 

Labi-Labi amat risau jika Labi-Labi kehilangan beliau lagi kerana Labi-Labi tahu kali ini Labi-Labi tak kan kuat, ya Labi-Labi akur cinta kepada Allah dan Nabi Muhammad serta junjungannya itu lebih besar, tapi tak salah kan jika kita mengikut fitrah manusia yang diciptakan berpasang-pasangan dan berhak dicintai sesama manusia.

Ya! Labi-Labi akui yang Labi-Labi menjadi semakin jealous tapi itu bukan bermakna Labi-Labi nak sekat segala aktiviti, Labi-Labi cuma risau akan kehilangannya lagi sekali.. itu je..

POKOK PANGKALNYA ADALAH RISAU AKAN KEHILANGANNYA THAT'S ALL

Sedang menaip luahan hati yang mungkin tidak akan didengari oleh segelintir masyarakat ini Labi-Labi sempat juga menaip sambil mendengar lagu " Ada Band -  Haruskah Ku Mati ". Lagu ini agak boleh dikatakan menggamit memory lah, tapi bukan memory dalam computer itu oke! dan jugak memory dalam HP anda itu.. ini memory yang ada dalam benak fikiran kita je tak payah nak putar belit lagi ayat Labi-Labi ini lagi oke! Nak dengar lagu itu just click je di tajuk lagu itu kerana Labi-Labi dah linkkan ke YouTUBE dah.

Oke, ini chapter lain pula,

Sedang Labi-Labi tekan " PREVIEW " then Labi-Labi belek-belek di ruangan follower and surprisingly Labi-Labi ternampak ada seorang follower yang bernama " a girl with a nerd boyfriend "  tengok macam kenal je picture itu and JENG JENG JENG its SHAZA.. THANKS SHAZA sebab " tertekan " butang follower blog Labi-Labi yang tak se"GAH" orang lain itu, Labi-Labi betul-betul hargainya Shaza. Sila support Shaza sebab pada pengamatan mata Labi-Labi yang rabun di darat tapi clear di dalam air ini dia adalah seorang blogger baru yang trying to become 1 of us, Syabas Inspector Shahab!* nada wajib macam dalam filem hindustan *

I afraid that i will losing her again


Click Sini untuk tabung LabiLabi