Salam you olls..
Entry kali ini sambungan kepada entry yang sebelum ini Labi-Labi post.. Tajuk yang still sama tapi gambar jer yang berlainan..
Entry kali ini Labi-Labi nak post satu gambar yang julung-julung kalinya Labi-Labi mempersembahkan satu tayangan Anak Itek Tok We Mandi Dalam Parit terbitan KRU dan LabiLabi Media *Tiada kena mengena antara idup dan yang telah menjadi fossil*
Oke! Let's i make this thing clear ~
Actually perempuan dalam gambar bersama-sama Labi-Labi inilah Puan Labi-Labi ataupun nama scientificnya Ezzatul Aisha Bt Mokhtar..
Sekarang sudah terbongkarlah siapakah gerangan Mrs. LabiLabi kan kan kan?
*Credit to these pictures by Faiz Syafiq Ali *Jika Perlukan Khidmat JuruFoto BOLEH contact beliau..Service Percuma* HaHaHa
Click Sini untuk tabung LabiLabi
Blog ini adalah salah satu media yang akan digunakan untuk menyampaikan segala masalah dan menceritakan perihal yang terjadi keatas saya yang bukannya seorang artis yang meletop tak abis abis dengan kontroversi
Random Post
Showing posts with label UiTM. Show all posts
Showing posts with label UiTM. Show all posts
Sunday, 17 April 2011
Tuesday, 22 February 2011
Proses E-Voting UiTM Kedah
Yeeehhaaa..Tertunai juga kewajipan Labi-Labi sebagai seorang pelajar di UiTM Kedah ini apabila telah berjaya menjalankan kewajipan Labi-Labi sebagai seorang pengundi yang berkaliber,dinamik,berdaya saing, dan pelbagai BER lagi
Suasana yang Labi-Labi akan ceritakan melalui gambar-gambar yang terpampang dibawah ini.
Part ini yang Labi-Labi paling suka..KARANGAN BERGAMBAR..
Pada suatu hari yang indah lagi permai,
Gambar diatas adalah gambar yang menunjukkan betapa seriusnya UiTM Kedah mengingatkan para pelajar mereka untuk menjalankan kewajipan sebagai seorang pelajar untuk memilih Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kedah untuk sesi kali ini. Sistem pengundian secara E-Voting telah dipilih untuk memudahkan para pencacai pengira undi untuk mengira undi lah..takkan nak kira batu kot.
Labi-Labi masuk ke PINTU SESUKA HATI NOMBOR 2 milik UiTM Kedah. Setiap Fakulti memiliki pintu sesuka hati mereka sendiri. So, tak boleh lar nak main masuk je pintu rumah orang lain..takde adab namanya tu.
Selepas melangkah masuk ke dalam dewan pengundian itu terpampang lah pulak Bunting ini. Ini senang cita macam tutorial bagaimana untuk mengundi menggunakan sistem E-Voting. Memula Labi-Labi pun tak tahu la jugak mana tak nya pergi tangkap gambar je tapi tak tengok pun langkah-langkah tu..
Ini adalah tempat yang terletaknya meja para petugas bilik pengundian kerja mereka hanya check je nama pelajar yang datang nak mengundi tu.
Dua keping gambar diatas ini adalah posing classmate Labi-Labi lah..Dorang tau dorang nak masuk blog Labi-Labi yang tak femes ni tu pasal lah dorang posing bagai nak rak tu.
Ini adalah contoh gambar sistem yang sempat Labi-Labi snap sebelum Labi-Labi memulakan proses pengundian. Setiap Pelajar boleh mengundi hanya 2 orang wakil sahaja daripada fakulti masing-masing. So, sendiri mau ingat lah..Kalau korang baik dengan senior & junior dan bila nampak kitorang tak masam muka tapi senyum memanjang itu lah yang kami akan pilih.
Ha yang atas nie bukan kad no MAGNUM 4D or Sport TOTO. ini adalah security ID atau bahasa mudahnya ialah PASSWORD untuk E-Voting. Selepas vote kena masukkan kertas ini kedalam tong yang disediakan.
Sekian Terima Kasih.
-LabiLabi-
Subscribe to:
Posts (Atom)









